trending_flat

Gempa bumi kuat di Jawa, Indonesia

14 April 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Jawa, Indonesia pada pukul 5:55 petang semalam. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:37 petang, 14 April 2023Koordinat: 6.2° Selatan 113.0° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.5Jarak: 113km Utara dari Surabaya,IndonesiaKedalaman: 589 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

trending_flat

Penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan

PUTRAJAYA 14 April 2023 - Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 22 dan 23 April 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, MOT berkata bahawa larangan ini akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan) mengambilkira akan peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman. "Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian. Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini." kata MOT. Maklumat larangan tersebut adalah seperti tertera di poster di bawah : Tambah MOT, menurut Perintah Had Laju Kebangsaan (Pemberhentian Sementara) (No.2) 2023 P.U.(A) 118 bertarikh […]

trending_flat

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan pelantikan Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 12 April 2023. Dalam satu siaran media hari ini. Tourism Malaysia berkata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing telah bersetuju melantik Dato’ Dr. Ammar secara rasmi bagi menggantikan Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April 2023. "Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Hotel dan Pengurusan Pelancongan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dato’ Dr. Ammar sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah dan Oceania). Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Kanan Pengurusan selain menerajui Bahagian Perancangan Strategik serta Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia. Selain […]

trending_flat

300 Staf Dan Pelajar Bertadarus Dan Iftar Di Dewan Tunku Canselor UM

KUALA LUMPUR, 13 April 2023 - Seramai 300 peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar Universiti Malaya (UM) telah menyertai Majlis Tadarus Al-Quran sempena penganjuran Iftar Perdana UM 2023 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor UM semalam. Majlis Tadarus ini berjaya dilaksanakan dengan tajaan daripada beberapa individu iaitu UM Holdings, Kedutaan Arab Saudi dengan kerjasama pihak Akademi Pengajian Islam dan Kompleks Nasyrul Quran. Menurut Pengarah Majlis Iftar Perdana UM 2023/Ketua Penolong Pendaftar, Rumiza Ahmad, majlis tadarus ini pertama kali dijalankan di DTC di mana setiap peserta menerima tajaan Al-Quran, sejadah dan juadah iftar. “Selain itu, edaran bubur lambuk, Majlis Khatam Al-Quran, tahlil  dan serahan sumbangan kepada 85 pelajar dan staf asnaf juga dijalankan pada hari yang sama. Saya berharap agar program seperti ini dapat dijadikan acara tahunan universiti,” katanya. Iftar Perdana UM 2023 yang julung kalinya diadakan di DTC UM […]

trending_flat

Jalin Hubungan Penduduk Setempat Banteras Jenayah Rentas Sempadan

KOTA TINGGI, 13 April 2023 - Bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan khususnya komuniti maritim tentang ancaman jenayah rentas sempadan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Australian Border Force (ABF) telah menganjurkan program Iftar bersama masyarakat setempat di Tanjung Sedili hari ini. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, program ini dilaksanakan sebagai platform bagi memberikan maklumat kepada masyarakat tempatan agar tidak terlibat atau dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam aktiviti jenayah di laut. “Kegiatan seperti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, penyeludupan dadah serta barang kawalan merupakan aktiviti jenayah yang telah dikesan dilakukan oleh penjenayah. Justeru saya menasihati kepada komuniti maritim agar tidak terjerumus dalam kegiatan ini. Program pada hari ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Maritim Malaysia serta pihak ABF dalam usaha menyampaikan penerangan dan […]

trending_flat

UMNO Kedah Cadangkan Sambutan Hari Songkran Dimasukkan Dalam Kalendar Tahunan Pelancongan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 13 April - UMNO Kedah menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri memasukkan Hari Songkran yang disambut pada hari ini setiap tahun oleh masyarakat Siam ke dalam kalendar tahunan pelancongan negeri itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sambutan Hari Songkran sememangnya mempunyai keunikan tersendiri yang boleh dijadikan daya tarikan pelancong. "Kedah di bawah Kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf sumbangan dan sokongan masyarakat Siam dalam kemajuan, pembangunan serta keamanan negeri Kedah khasnya dan negara Malaysia amnya. Justeru, UMNO Kedah menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang melihat kepada kepentingan sumbangan masyarakat Siam di negeri ini dari segi kepentingan eko-pelancongan menerusi budaya dan adat resam mereka iaitu sambutan Hari Songkran", katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini. Jelas Mahdzir, sumbangan masyarakat Siam di negeri itu tidak boleh dipinggirkan sama sekali walaupun jumlahnya minoriti berbanding kaum lain. Ini kerana masyarakat Siam […]

trending_flat

Agenda Perumahan Malaysia Madani Terus Diperkasa Melalui Pembinaan 56,002 Unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) Di Seluruh Negara

PUTRAJAYA, 13 APRIL 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyerahkan surat tawaran dan kunci rumah kepada 40 penerima Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi negeri Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan pada hari ini. Majlis penyerahan surat tawaran dan kunci rumah RMR ini juga turut berlangsung di seluruh negara melibatkan seramai 180 penerima secara keseluruhannya. Program RMR merupakan salah satu program yang diwujudkan bagi membantu golongan sasar yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Sejak RMR diperkenalkan bermula tahun 2002 sehingga bulan Mac 2023, SPNB telah berjaya membina sebanyak 56,002 unit RMR di seluruh negara. Kerajaan juga turut memperuntukkan sebanyak RM358 juta bagi membina 4,250 unit RMR di seluruh negara. Bagi menangani isu peningkatan harga barang asas binaan yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation