trending_flat

Sambutan Ramadan Lebih Bermakna Tahun Ini Bersama Durioo+

KUALA LUMPUR 1 Mac 2023 - Bulan Ramadan yang dinanti-nantikan akan tiba kurang dari sebulan dari sekarang. Durioo+, Platform Video Selamat Untuk Kanak-Kanak Islam mengajak anda semua untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan ini bersama dengan mereka. Festival Marhaban Ya Ramadan bersama Durioo+ akan dilangsungkan di IOI City Mall pada 18 dan 19 Mac 2023. Bertemakan “Kembara Ramadan”, Durioo+ mengajak keluarga-keluarga Muslim untuk mengimbau kembali kenangan Ramadan bersama anak-anak mereka. Tarikan utama festival ini adalah Konsert Nasyeed Marhaban Ya Ramadan bersama Raihan, InTeam, Lah Ahmad, Najwa Latif dan Mateen akan berlangsung pada hari Ahad, 19 Mac pukul 2.30 petang. Selain daripada itu, festival ini juga menyediakan aktiviti menarik seperti Konsert Muzikal animasi Durioo+ Mina Mila dan Little Ammar, aktiviti-aktiviti permainan dan gerai jualan dari lebih 30 vendor. Kemasukan adalah percuma dari 10 pagi ke 10 malam. Tidak terhenti disini, Durioo+ mengisi […]

trending_flat

Program Peduli Veteran Peringkat Negeri Pulau Pinang

PULAU PINANG, 2 Mac 2023 - Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah menyempurnakan Program Peduli Veteran dan menyantuni lima orang Veteran ATM di sekitar Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu manifestasi Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM dalam memastikan agenda kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya sentiasa diutamakan. Program Peduli Veteran yang dijalankan merangkumi lawatan kebajikan ke rumah veteran yang memerlukan bantuan seperti yang mengalami sakit kritikal, kronik serta hidup dalam keadaan daif. Disamping bertanya khabar, turut diselitkan penyerahan bantuan peralatan pesakit, bantuan wang tunai dan penyampaian sumbangan kotak makanan. Impak positif berjaya direalisasikan daripada inisiatif yang amat bermakna ini dalam agenda memastikan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM terus terbela dan sentiasa terpelihara sejajar dengan jasa bakti dan pengorbanan yang Veteran ATM curahkan selama ini dalam menentukan keamanan dan […]

trending_flat

Abang Johari menyeru rakyat Sarawak sentiasa berwaspada dengan kemungkinan banjir

KUCHING, 2 Mac 2023 – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru rakyat Sarawak agar sentiasa berwaspada dengan kemungkinan banjir yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja sehingga 15 Mac nanti. Katanya, di (kawasan) Batu Kawa ada sedikit pengurangan (terjejas banjir) dan tidak seperti pada tahun-tahun yang lepas dengan adanya benteng di Kampung Rantau Panjang. “Saya rasa selepas benteng ini siap, kita dapat mempertahankan kampung-kampung daripada banjir kilat,” katanya semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu Kawa di sini, hari ini. Menurut Abang Johari, kerajaan negeri ketika ini sedang melaksanakan satu kajian menyeluruh dalam usaha memperbaiki sistem saliran sedia ada dan akan mengadaptasi sistem saliran terbaik dunia termasuk dari negara Belanda bagi menangani banjir di negara tersebut. “Belanda merupakan sebuah negara yang […]

trending_flat

Hospital Umum Sarawak cari waris pesakit tanpa pengenalan diri

KUCHING, 1 Mac - Hospital Umum Sarawak (HUS) kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki dalam pertengahan umur tanpa pengenalan diri. Merujuk kepada kenyataan dari pihak HUS, lelaki tersebut dijumpai di tepi Jalan Padungan pada 27 Februari 2023 jam 11.30 malam dan dibawa oleh ambulans ke HUS, kini ditempatkan di Wad Neurosurgeri HDU kerana mengalami kecederaan di kepala serta masih tidak sedarkan diri. Dalam penemuan tersebut, tiada telefon bimbit mahupun butiran pengenalan diri atau kenderaan pesakit dijumpai menyebabkan pihak hospital sukar menjejaki waris/ahli keluarga. Sehubungan itu, pihak HUS menyeru waris atau ahli keluarga pesakit untuk menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan Puan Nor-Asmawati Mohd Ali di talian 082-276 793 / 276 666 sambungan (4375) pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat)atau Wad Neorosurgeri HDU di talian 082-276 666 sambungan (3813) dengan kadar segera.

trending_flat

Turkiye rakan dagang pertanian berpontensi tinggi

KUALA LUMPUR, 1 MAC 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Datuk Seri Mohamad bin Sabu telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Emir Salim Yüksel, Duta Besar Turkiye di Malaysia pada 28 Februari 2023 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur. Menurut MAFS pertemuan kali pertama itu adalah bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian terutamanya dalam bidang pertanian moden dan penyelidikan pertanian. "Kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama perdagangan dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan. Dalam pertemuan ini, Turkiye bersedia menawarkan sumber daging, ayam dan produk ayam, madu dan buah-buahan untuk dieksport ke Malaysia. Tambahan pula, Turkiye juga bersedia berkongsi kepakarannya dalam bidang teknologi pertanian moden dan mekanisasi untuk membantu industri pertanian Malaysia." kata MAFS. Turkiye merupakan rakan dagang pertanian yang berpotensi tinggi untuk Malaysia. Untuk rekod, […]

trending_flat

Malaysian Social Entrepreneur, Kelvin Tan Named As Obama Leader Among 105 Emerging Leaders

KUALA LUMPUR, 22 February 2023 - The Obama Foundation Leaders programme has announced Kelvin Tan, co-founder and CEO of Project ID among 105 emerging leaders selected to join the programme’s 2023 cohort this year. The programme trains participants around the world in leadership development and civic engagement to help build their skills and scale their work across public, private, and non-profit sectors. Kelvin, from Malaysia, will be one of just 35 Leaders participating in the Asia-Pacific programme. This year’s Asia-Pacific cohort represents 22 nations and territories  across the region. He got his start as a public-school teacher through Teach For Malaysia and went on to co-found and manage Project ID for more than a decade. He has also been recognised as an Acumen Fellow and as a Tatler Gen.T Honouree. He most recently founded Edflow, a digital learning platform to […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Sulawesi, Indonesia

27 FEBRUARI 2023 –Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Sulawesi, Indonesia pada pukul  9:26 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 9:26 pagi, 27 Februari 2023Koordinat: 1.6° Selatan 120.2° TimurLokasi: Sulawesi, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 91km Tenggara dari Palu,IndonesiaKedalaman: 36 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation