Penemuan alat ganti kenderaan tiruan dalam serbuan oleh KPDN, nilai rampasan lebih RM200 ribu
PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas dua (2) buah premis yang merupakan syarikat pengedar alat ganti kenderaan di sekitar Batu Caves, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Februari 2023. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pasukan serbuan telah menemukan sejumlah 3,043 unit alat ganti kenderaan iaitu penapis minyak kenderaan, penapis angin kenderaan dan tali sawat kenderaan yang menggunakan jenama Hyundai dan KIA yang disyaki tiruan. Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan semalam, kesemua alat ganti tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 240,792.00. "Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan dua (2) orang individu lelaki, warga tempatan yang mengaku sebagai pemilik kedua-dua premis terbabit, berumur lingkungan lewat 30 dan 40-an untuk membantu siasatan […]