trending_flat

[Video] Temubual bersama Chef @ Grandmama’s bahagian ke -2

Tontoni bahagian kedua video sesi temubual bersama Chef Chin Shuenn Liang yang merupakan tulang belakang restoran Grandmama's di Pavilion KL. Wartawan : AJ BlackPenyunting video : Errie Naham (Johnboy)Penerbit : Rizal Omar @lifenewsagency.com And now guys, enjoy the second part of the interview with the Chef behind the magic at Grandmama’s Pavilion KL! #lifestyle #restaurant #sumptuous #delicious #Chef #foodie #celebration #grandmama #pavilionkl ♬ original sound - LNA

trending_flat

Menteri Kerja Raya lakukan tinjuan di Kelantan

23 Disember 2022 - Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan kerja Raya (JKR) di peringkat negeri dan daerah telah diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga susulan bencana banjir buruk yang menimpa di beberapa buah negeri. Menurut Alexander dalam satu kenyataan hari ini, KKR memberi tumpuan dalam memastikan semua infrastruktur awam seperti jalan raya dan jambatan selamat digunakan, bukan sahaja oleh orang awam tetapi juga pasukan keselamatan yang ditugaskan di kawasan terjejas. "Seperti yang kita sedia maklum, negeri-negeri di sebelah pantai timur sedang menghadapi situasi banjir besar. Susulan itu saya telah ke Kelantan bagi meninjau keadaan infrastruktur jalan raya, cerun dan jambatan yang terjejas akibat banjir tersebut. Lokasi pertama tinjauan adalah di laluan Jalan Persekutuan FT003 di Seksyen 664.00, Laluan Kota Bharu – Kuala Terengganu yang telah ditenggelami air pada 18.12.2022, Ahad, […]

trending_flat

Amaran Hujan Berterusan (BAHAYA) di Sarawak sehingga esok

23 Disember 2022 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada hari ini tengah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (BAHAYA) berkuatkuasa sehingga 24 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut: Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong. Amaran Hujan Berterusan (BURUK) turut dikeluarkan berkuatkuasa sehingga 24 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut: Sarawak: Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro). Manakala Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuatkuasa sehingga 24 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut: i) Sarawak: Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang. Seterusnya Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuatkuasa sehingga 26 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut: i) Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat; ii) WP Labuan

trending_flat

PDRM benteras perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2022 - Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan yang melibatkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan OP SOGA IX bermula 19 November 2022 hingga 21 Disember 2022. Hasilnya, beberapa serbuan dan tangkapan telah dibuat dan statistik berakhir pada 21 Disember 2022 adalah seperti berikut : Hasil rampasan keseluruhan meliputi: • Nilai had kredit di dalam perisian sebanyak RM22,353,866.27 dan Dollar Hong Kong 382,995.60; • Wang tunai berjumlah RM518,563.00 dan Dollar Singapura 500; • 74 unit komputer; • 47 unit komputer riba; • Empat (4) unit tablet; • 817 unit telefon bimbit; • Tiga (3) unit mesin kira-kira; • 28 unit modem; • 24 unit router; • Lapan (8) unit printer; • 386 keping sim kad; • 120 helai kertas catitan yang mempunyai catitan disyaki pertaruhan; dan • 27 keping […]

trending_flat

Syarikat Tamin sumbang 1 tan barang makanan asas bantu mangsa banjir

PUTRAJAYA, 22 Disember 2022 - Sumbangan barangan makanan asas daripada Syarikat Tamin Sdn Bhd telah diterima oleh Food Bank Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada hari ini. Sumbangan tersebut adalah bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan-kawasan terlibat terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, Syarikat Tamin sentiasa tampil ke hadapan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan B40. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Tamin Sdn Bhd, Tuan Abdul Talib bin Abdul Rahman telah menyerahkan sendiri sumbangan ini kepada Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub "Syarikat Tamin telah menyumbangkan sebanyak 1 tan barang makanan asas yang dianggarkan bernilai RM7,300.00 bagi peringkat pertama ini dan akan melakukan penghantaran sumbangan seterusnya secara berperingkat. Sumbangan ini kemudiannya akan diselaraskan oleh Sekretariat Food Bank Malaysia sebelum […]

trending_flat

Intipati Sidang Media PM PASCA Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA, 21 DISEMBER 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa sidang Parlimen yang berlangsung baru-baru ini memberi tumpuan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi setelah mendapat mandat yang lebih jelas setelah beliau memperolehi undi percaya yang besar. Katanya dalam satu sidang media semalam, keutamaan juga segi urus tadbir kerajaan yg cekap bagi mengatasi masalah kelulusan permohonan perniagaan supaya lebih pantas. "Kementerian Sumber Manusia dan Dalam Negeri perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan." katanya. Anwar turut memaklumkan bahawa berkenaan soal MA63, Timbalan Perdana Menteri diberi tempoh satu bulan utk memaklumkan status kemajuannya. "Sehingga kini, perkembangan yang jauh lebih baik telah dicapai, termasuklah hak kawal selia gas daripada Petronas dipindahkan kepada kerajaan Negeri Sabah." ujarnya. Anwar turut berkata Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan, manakala Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) […]

trending_flat

Banjir : Peruntukan RM50 juta masing-masing disalurkan ke Kelantan dan Terengganu

KELANTAN 21 Disember 2022 - Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing di Negeri Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023. Menurut Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di sini hari ini, jumlah keseluruhan bantuan untuk kedua-dua negeri adalah sebanyak RM100 juta. Bantuan tersebut adalah sebagai pemberian wang ihsan dan perincian adalah seperti berikut:  RM1,000.00 (Ringgit Malaysia satu ribu) kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS); dan  RM10,000.00 (Ringgit Malaysia sepuluh ribu) kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir (bayaran diberikan kepada KIR). Terdahulu di Putrajaya petang tadi, Anwar mengumumkan pembatalan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023. Katanya, ia dibatalkan setelah mengambilkira bencana banjir yang menimpa sebahagian negara pada ketika ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation