trending_flat

Fahmi Fadzil Iktiraf Selebriti Wawa Zainal, Aeril Zafrel & Ac Mizal Sebagai Usahawan Cemerlang Di Anugerah SEBA 2022

KUALA LUMPUR, 8 DECEMBER 2022 – Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil merasmikan acara penganugerahan tahunan ‘SME and Entrepreneurs Business Award 2022 (SEBA 2022) Central Grand Awards Presentation Gala’ dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Suriani Ahmad. Dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia, SEBA 2022 Central Grand Awards dilangsungkan pada 8 Disember 2022 di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Bertemakan “RISE UP”, gala penganugerahan edisi ke-7 ini meraikan SME dan usahawan terkemuka di Malaysia termasuk pelakon dan model, Wawa Zainal, pelakon Aeril Zafrel, selebriti tempatan Dato’ Mizal Zaini (AC Mizal), usahawan terkenal TikTok, Hosni Mubarak Elarab, Usahawan Terbaik Tahun ini YBhg Datuk (Dr) Vinod Sekhar dari Petra Group berserta jenama Malaysia paling berjaya seperti Uncle Don’s, Hartalega, dan banyak lagi. Sebanyak 55 anugerah disampaikan kepada usahawan-usahawan teladan bagi menghargai prestasi cemerlang dan usaha inovatif mereka […]

trending_flat

MOTAC sambut baik pelantikan Timbalan Menteri yang baharu

10 Disember 2022 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengalu-alukan pelantikan Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu. Menurut MOTAC dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Khairul Firdaus yang berasal dari Sabah merupakan seorang pemimpin muda yang diyakini berupaya untuk memberikan idea yang berinovatif dan relevan dengan situasi semasa bagi merancakkan sektor pelancongan, seni dan budaya negara. "Pihak MOTAC optimis pemilihan dan pelantikan YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan akan memperkukuhkan serta melengkapkan barisan kepimpinan dan pasukan kerja MOTAC yang diterajui oleh YB Dato Sri Tiong King Sing selaku Menteri MOTAC. Seluruh warga MOTAC merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan atas pelantikan ini. MOTAC akan terus bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kelangsungan industri ini dapat terus diperkasakan." kata MOTAC.

trending_flat

Serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia berlaku pada 12 November 2022 – Fahmi

PUTRAJAYA 10 Disember 2022 - Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa Kementerian Komunikasi dan Digital yang diterajuinya mengambil serius dakwaan berhubung insiden ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia akibat digodam oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin. Menurut Fahmi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Pasukan Penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital yang terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Capital A yang merupakan syarikat induk kepada AirAsia pada 1 Disember 2022. "Siasatan awal mendapati serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia telah berlaku pada 12 November 2022 yang berpunca dari akses tanpa kebenaran mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware), berpotensi menyebabkan kebocoran data. Susulan daripada perbincangan tersebut, Capital A telah diarahkan untuk mengemukakan dokumen keterangan berserta bukti data berkomputer yang berkaitan dengan siasatan kes […]

trending_flat

PELUNCURAN BUKU KEADILAN BAGI ORANG YANG BERSOLAT TERBITAN ABIM, DI PERAK

13hb November 2022: Alhamdulillah, bertempat di Chepor, Perak, Presiden ABIM Ke-2, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluncurkan buku “Keadilan Bagi Orang Yang Bersolat” terbitan ABIM dan Institut Bitara sempena Majlis Pelancaran Pra Sambutan 30 Tahun SERI ABIM Al-Ummah, Perak. Hadir sama, Prof. Ustaz Dr. Razali Nawawi (Presiden ABIM Pertama); Prof. Dato’ Dr. Redzuan Othman (Pengerusi Majlis Syura WADAH-ABIM-PKPIM Kebangsaan) dan Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM ke-10). Naskah ini adalah satu nukilan dari inspirasi yang digarap sewaktu DSAI menatap Kitab “Munyatu ‘l-Musalli” karangan Shaykh Daud bin Abdullah Al-Fatani, ketika dipenjarakan sebagai tahanan politik. Kitab ini amat besar nilainya dalam kompilasi khazanah manuskrip Melayu lama yang menjadi simbol penerusan kegemilangan budaya ilmu di alam Melayu. Shaykh Daud ketika mengajar tentang kesempurnaan solat menerusi tulisan beliau dalam kitab Munyatu ‘l-Musalli turut mengabadikan kepentingan menghormati kerukunan masyarakat terutama sang penguasa yang wajib […]

trending_flat

‘CFM RANGERS’:
WIRA BAHARU KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2022 – Forum Pengguna Komunikasi & MultimediaMalaysia (CFM) telah melancarkan skuad sukarelawan yang dikenali sebagai ‘CFMRangers’ bagi menjalankan program-program kesedaran dan juga mengumpulkanmaklumat berhubung isu komunikasi dan multimedia bersama komuniti tempatandiseluruh Malaysia Pengerusi CFM, En. Muhammad Radzillah Abdullah berkata, untuk pelancaran skuadsukarelawan ‘CFM Rangers’ ini, terdiri daripada pelajar Institut Pengajian TinggiAwam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh Malaysia,antaranya adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Kolej Universiti Agrosains Malaysia(UCAM) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTECH) Shah Alam. “Para pelajar IPTA dan IPTS adalah kumpulan besar yang berkait rapat dengankomunikasi dan multimedia di mana pembelajaran kelas secara dalam talian,penggunaan internet bagi mendapatkan maklumat, kaedah berinteraksi sesamarakan, untuk membuat pesanan makanan malahan juga menggunakan internetsebagai platform untuk jualan dalam talian.” Jelasnya, perkembangan landskap dan evolusi komunikasi dan multimediasememangnya memberi kesan baik […]

trending_flat

Fahmi harap RTM berperanan jadikan Kerajaan Perpaduan lebih baik

KUALA LUMPUR, 8 Disember 2022 - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berharap stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan terus komited untuk memainkan peranan sebagai agensi penyiar dengan informasi dan hiburan terkini melalui pelbagai platform TV, radio dan media digital kepada rakyat Malaysia bagi menjadikan Kerajaan Perpaduan ini lebih baik. "Salah satu inisiatif bagi meningkatkan kualiti potensi penyiaran ialah IPPTAR merupakan satu kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak. Saya yakin IPPTAR dapat mempertingkatkan potensi modal insan seiring dengan perkembangan teknologi penyiaran yang terkini. Terima kasih atas kesempatan lawatan ini dan saya harap semua pihak memainkan peranan yang lebih baik serta jelas agar memastikan Kerajaan Perpaduan ini dapat dicapai bersama-sama." kata beliau dalam satu hantaran di Facebook rasminya semalam. Semalam beliau mengadakan lawatan ke RTM bagi bersama-sama dengan warga RTM dan menyampaikan beberapa taklimat kepada semua jabatan untuk mencipta pelbagai kandungan […]

trending_flat

PRESIDEN ABIM HADIRI SIRI DIALOG YANG MENAMPILKAN BILAL ERDOĞAN DARI TÜRKIYE

6 DISEMBER 2022: - Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz dan pimpinan ABIM telah berpartisipasi dalam Siri Dialog “The Role of Asia-Pacific Countries in New Conjecture for Malaysian Youth” menampilkan H.E. Necmeddin Bilal Erdoğan, Presiden The World Ethno Sports Confederation bertempat di Yunus Emre Institute, Jalan Sultan Ismail. Kehadiran beliau adalah utusan Presiden Türkiye sebagai penghormatan Türkiye kepada Kerajaan Perpaduan Malaysia pimpinan Perdana Menteri ke 10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Program tersebut adalah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM), Islamic Cooperation Youth Forum (ICYF) dan Pejabat Kedutaan Türkiye di Malaysia. Hadir sama Duta Republik Türkiye di Malaysia, H.E. Emir Salim Yuksel; Presiden ICYFDC Mr. Taha Ahyan; Presiden MBM Sdra. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; dan Mantan Presiden MBM Sdra. Jufitri Joha. H.E. Necmeddin juga merupakan anak kepada Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan. Terdahulu, pada Disember 2021, Faisal […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation