Tourism Malaysia Lancar Pakej Agropelancongan Durian Tourism 2024/2025
LENGGENG, 27 Jun 2024 – Dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negara, Tourism Malaysia hari telah melancarkan sebanyak 62 pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 bagi memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Malaysia menerusi kerjasama dengan 27 pengendali pelancongan tempatan. Menurut Tourism Malaysia, pakej yang ditawarkan bermula serendah RM70 seorang untuk aktiviti makan duriandi Relau, Kedah sehingga RM4,450 bagi itinerari 3 Hari 2 Malam (3H2M) di Bentong Bilut Hills, Pahang. Pelbagai aktiviti lain yang ditawarkan termasuklah lawatan ke dusun durian, pengalaman mengutip serta menikmati durian dan buah-buahan tempatan, mengikuti kelas memasak, membuat tempoyak, berakit, merasai pengalaman tinggal di kampung selain menaiki kereta api dan bermain golf. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Encik Saidi Bundan berkata pakej-pakej yang dibangunkan pada kali ini meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah bermula Jun 2024 untuk tempoh […]