trending_flat

Talentcorp berperanan penting dalam menyokong Kesuma untuk memperkasa Agenda Wanita

PETALING JAYA, 6 Mac (Bernama) - Dalam kerangka Ekonomi MADANI, Kerajaan telah mensasarkan kepentingan penglibatan Wanita dalam tenaga kerja sebanyak 60 peratus bagi memperkukuh strategi bakat yang akan memenuhi keperluan Ekonomi MADANI. Namun, pertumbuhan kadar penyertaan Wanita dalam tenaga kerja masih lagi rendah iaitu sebanyak 56.3 peratus pada suku tahun ke-empat 2023. Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui agensinya, Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) memperkenalkan Inisiatif baharu iaitu Wanita MyWIRA yang bertujuan untuk mengurangkan jurang tenaga kerja. Sebagai agensi yang ditugaskan untuk menggerakkan strategi bakat, Wanita MyWIRA akan menjadi sebuah hub inisiatif yang akan memperkasa wanita serta menstruktur kesemua program-program Wanita di bawah seliaan TalentCorp. YB Steven Sim Chee Keong dalam ucapannya semasa melancarkan Inisiatif tersebut berkata, TalentCorp telah diberikan mandat oleh KESUMA untuk memperkasa tenaga kerja Negara, termasuklah mempertingkat inisiatif yang mengangkat nilai Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman (DEI) yang membantu mencapai matlamat Kadar Penyertaan Tenaga […]

trending_flat

Solusi lambakan rumah gagal dijual perlu dicari bersama

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Setiap tahun begitu banyak unit perumahan yang telah dibina oleh syarikat pemaju perumahan di Malaysia sama ada di kawasan bandar dan juga luar bandar. Beratus-ratus syarikat yang terlibat dalam aktiviti peniagaan dan pembangunan harta tanah yang telah berdaftar dengan REHDA Malaysia berdasarkan data yang telah dikemaskini pada 2 Disember 2023. Dr. Nurul Ashikin Alias Berdasarkan Laporan Pasaran Harta Tanah bagi separuh penggal ketiga 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mendedahkan bahawa terdapat 31,092 unit kediaman yang telah siap dibina tetapi tidak terjual bagi tempoh masa itu dengan jumlah nilai keseluruhan adalah RM18.96 bilion. Situasi ini menimbulkan tanda tanya apabila masih ada pemaju perumahan yang tetap membangunkan harta tanah kediaman sedangkan masih terdapat banyak bilangan unit rumah yang belum terjual. Apakah faktor yang mendorong kepada kegagalan penjualan rumah? Apakah strategi yang dilaksanakan […]

trending_flat

MOTAC adakan kolaborasi dan libat urus, perkasakan pelancongan di Semporna

5 Mac 2024 – Semporna merupakan pilihan pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya dari negara China dan Korea kerana keindahan pulau dan khazanahnya. Bagi memperkasakan industri pelancongan di Semporna dari segi keselamatan dan kebersihan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama dengan Pejabat Daerah Semporna, Majlis Daerah Semporna, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Pejabat Kesihatan Daerah Semporna, Kolej Komuniti Semporna, agensi kerajaan lain, penggiat industri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan kolaborasi dan libat urus bersama bagi membolehkan rakyat menerima manfaat dari pelaksanaan dasar yang lebih terancang dan bersasar. Justeru, Timbalan MOTAC Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, telah turun padang untuk memantau program-program yang diadakan sepanjang 2 hingga 3 Mac 2024. "Antaranya adalah Program Voluntourism: Bersih dan Selamat Semporna Kalasahan Ku yang diadakan pada 2 Mac 2023 bertempat […]

trending_flat

Impak sosioekonomi pelaksanaan kenaikan cukai perkhidmatan perlu dipantau

Oleh: Dr. Nor Salwati Othman Sektor perkhidmatan adalah sektor yang bercirikan pengeluaran perkhidmatan bukan produk akhir, yang dapat dinikmati dan ianya merangkumi perhatian, nasihat, pengalaman, dan perbincangan. Di Malaysia, sektor perkhidmatan menyumbang lebih daripada separuh KDNKnya, menjadikan sektor perkhidmatan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti dan pendapatan negara. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan jumlah hasil keseluruhan sektor perkhidmatan bagi 2023 adalah RM2.3 trilion, meningkat 8.4 peratus daripada RM2.1 trilion pada 2022. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong dan runcit; pengangkutan dan penyimpanan; serta maklumat dan komunikasi masing-masing meningkat 7.7 peratus (+RM119.1 bilion); 15.8 peratus (+RM20.4 bilion); dan 5.3 peratus (+RM8.6 bilion) berbanding angka pada 2022. Di dalam pembentangan belanjawan 2024 yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar cukai perkhidmatan kepada dari 6% kepada 8% dan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 10:48 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:48 pagi, 4 Mac 2024Koordinat: 5.8° Selatan 102.1° TimurLokasi: Selatan Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 224km Selatan dari Bengkulu,IndonesiaKedalaman: 41 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Spritzer Menerima Dua Anugerah di Anugerah Jenama Putra 2023

KUALA LUMPUR/TAIPING, 4 Mac 2024 – SPRITZER dengan bangganya mengumumkan telah menerima dua anugerah di Anugerah Jenama Putra 2023 yang telah diadakan baru-baru ini. Dua anugerah tersebut adalah Anugerah Emas dalam Kategori Minuman-Bukan Alkohol untuk Spritzer, dan Anugerah Personaliti Jenama Putra dalam Kategori Khas untuk Pengasas dan Pengarah Urusan, Dato Lim Kok Boon. Ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan Spritzer terhadap kecemerlangan, kualiti, dan kelestarian. Dato’ Lim Kok Boon, Pengasas & Pengarah Urusan Spritzer berkata, “Kami bersyukur kepada semua pasukan kami yang luar biasa, yang dedikasi dan kepakarannya telah membawa kemenangan untuk kami pada hari ini. Dengan sokongan selanjutnya daripada mereka, kami yakin akan teruskan mencapai kecemerlangan.” Dr. Chuah Chaw Teo, Pengarah Spritzer, menyatakan kegembiraan dan penghargaan kami terhadap pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan oleh orang ramai di Malaysia terhadap jenama Spritzer. Pengiktirafan ini merupakan pencapaian penting kerana menunjukkan kepercayaan […]

trending_flat

Pindaan Akta 355 langkah memperkasa Mahkamah Syariah

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin, Dr. Hanira Hanafi Keputusan Mahkamah Persekutuan melalui Kes Nik Elin secara majoriti membatalkan 16 daripada 18 peruntukan kesalahan jenayah syariah yang dicabar melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2019 baru-baru ini mencetuskan banyak kontroversi. Pelbagai reaksi diutarakan banyak pihak dalam mengulas isu ini. Dari satu aspek, ada pihak mengetengahkan bahawa isu yang berlaku hanya melibatkan isu teknikal bidang kuasa sahaja. Ada juga yang berpendapat kes ini bukan setakat isu bidang kuasa Badan Perundangan Negeri, sebaliknya memang wujud usaha tersirat untuk mengurangkan lagi limitasi Mahkamah Syariah yang sedia terhad. Dr. Siti Aisyah Samudin Dr. Hanira Hanafi Pendekatan intipati yang dilaksanakan dalam memutuskan kes ini, berisiko memberi kesan domino ke atas peruntukan undang-undang negeri lain yang mengandungi konten atau bidang yang sama dalam undang-undang persekutuan, biarpun istilah yang digunakan adalah berbeza. Mahkamah persekutuan melalui pendekatan dan tafsiran […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation