trending_flat

AMBANK SUMBANG RM350,000 UNTUK MEMPERKASA GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BAGI ORANG BUTA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- AmBank berbesar hati menyumbang RM350,000 untuk Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) untuk membiayai Pusat Latihan Gurney (GTC) MAB dalam memainkan peranan aktif untuk memperkasakan orang cacat penglihatan dengan menyediakan perkhidmatan dan peluang kepada mereka untuk penyertaan dan penglibatan yang lebih besar, serta integrasi dalam masyarakat. Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, Pengerusi, Kumpulan AmBank berkata, “AmBank berbangga dapat bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia untuk menyokong inisiatif yang membantu insan cacat penglihatan menjalani kehidupan yang memuaskan. Perkongsian ini adalah petanda baik dan seiring seruan kerajaan untuk meningkatkan sokongan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ia bertujuan untuk menyediakan sumber dan meningkatkan penghayatan kemasyarakatan, membolehkan individu kurang upaya hidup berdikari, mendapatkan pekerjaan dan menyumbang secara bermakna kepada pembinaan negara.” MAB Gurney Training Centre (GTC) adalah satu-satunya pusat latihan bertauliah di Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan […]

trending_flat

Belanjawan 2025 bukti kerajaan cakna OKU

Oleh: Dr. Hanira Hanafi Kebelakangan ini, Kerajaan Madani melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meneruskan agenda memperkasakan golongan OKU melalui pelan strategi di bawah Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) dalam 15 bidang termasuk advokasi, kesihatan, pemulihan, aksesibiliti, pendidikan, pekerjaan, dan penyelidikan. Pelan strategi tersebut terus dilaksanakan dan dipergiatkan bagi memastikan golongan itu mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Usaha memperkasakan golongan OKU dilihat menjadi agenda berterusan kerajaan MADANI melalui pembentangan Belanjawan Madani Ketiga yang dibuat baru-baru ini. Selain bantuan perniagaan, pekerjaan, pendidikan, inisiatif percukaian dan kesejahteraan komuniti OKU, belanjawan 2025 turut memperuntukkan secara khusus bagi kebajikan dan pendidikan anak-anak autistik untuk masa depan mereka yang lebih terjamin. Pada keseluruhannya, inisiatif-inisiatif tersebut merangkumi beberapa aspek utama. Dari segi bantuan dan pembiayaan perniagaan, kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan disediakan oleh agensi Kerajaan melalui TEKUN dan BSN, […]

trending_flat

Fahami cabaran penjagaan anak OKU

Oleh: Dr. Hanira Hanafi Kes kematian adik Zayn Rayyan yang merupakan kanak-kanak OKU Autism memberi impak yang besar kepada masyarakat iaitu dorongan untuk meningkatkan penjagaan, keselamatan, dan sokongan kepada kanak-kanak OKU, serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab sosial dalam komuniti. Pihak kerajaan sebenarnya telah lama menggubal dan melaksana Dasar Orang Upaya Negara yang menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Cabaran menjaga anak OKU harus difahami oleh semua pihak (Manoj Kulkarni - Unsplash) Dasar ini bertujuan antaranya adalah untuk memastikan OKU mempunyai hak dan peluang yang sama tanpa sebarang diskriminasi atas sebab ketidakupayaannya serta mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak mereka sebagai OKU. Namun demikian, usaha ini tidak dapat dicapai melainkan dengan kerjasama penuh dan bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta NGO, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja […]

trending_flat

Teater “Kenapa Kau Bayang Waktu” sorot isu kesihatan mental pasca-pandemik

Sebuah pementasan teater yang memperihalkan isu kesihatan mental di kalangan pelbagai segmen masyarakat telah dipentaskan di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya (UM), baru-baru ini. Pementasan ini adalah sebuah kerjasama sulung di antara Festival ArtXpression dan Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan OKU UM, dalam menjayakan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat UM. “Kenapa Kau Bayang Waktu” yang diarahkan oleh Harith Amirrul, merupakan sebuah produksi Kolektif Laraseni, dan menampilkan tiga pelakon muda yang mula mendapat tempat di dalam dunia teater: Megat Adli, Hana Nadira, dan Khairunazwan Rodzy. Naskhah asli karya Harith Amirrul ini cuba menyorot kisah-kisah masyarakat sebelum, semasa, dan selepas pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020 melalui tiga watak utamanya. Mardiah, lakonan Hana Nadira, menghuraikan cabaran wanita berkerjaya semasa pandemik COVID-19 dan bagaimana ia memberi kesan terhadap perkahwinannya. Nasir lakonan Khairunazwan Rodzy menyentuh hati penonton apabila terpaksa mengharungi kritikan […]

trending_flat

JBSN laksanakan pencarian bakat OKU melalui INSPIRE i-Talent

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2023 - Populasi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiakan Masyarakatsetakat 31 Januari 2023 adalah sebanyak 637,537 orang, ataupun 1.85% daripada populasi Malaysia. Statistik tersebut belum lagi ditolak had umur dan bilangan mereka yang berminat dan melepasi klasifikasi sukan para. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pada tahun ini, penyertaan atlet para dalam kejohanan sukan prestasi tinggi (sekurang-kurangnya peringkat PARA SUKMA) adalah seramai 1,781 orang. "Dalam tempoh masa 10 tahun dari sekarang, KBS menyasarkan peningkatan peratusan penyertaan atlet para kejohanan sukan prestasi tinggi di pelbagai temasya sukan antarabangsa." kata Hannah ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Batu di Dewan Rakyat hari ini. Tambahnya, KBS melalui beberapa agensi mempunyai skop tugas yang berbeza dalam pembangunan sukan dan Kebajikan Paralimpik dan Pesara. "JBSN melaksanakan program pencarian bakat dalam kalangan OKU di setiap negeri melalui INSPIRE i-Talent di […]

trending_flat

Kesedaran awal ibu bapa bantu optimum potensi anak OKU

Oleh: Dr. Hanira Hanafi Berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008, OKU bermaksud “termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”. Dr. Hanira Hanafi Berdasarkan data terkini (sehingga 31 Januari 2023) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, golongan OKU yang paling ramai mendaftar adalah dari kategori OKU Masalah Pembelajaran iaitu seramai 235,751 orang. Golongan ini merupakan mereka yang mempunyai masalah berikut samada secara ringan, sederhana atau teruk: Global Developmental Delay (GDD), Sindrom Down, Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD), Autisme (Autism Spectrum Disorder), Kurang Upaya Intelektual dan Specific Learning Disability (Specific LD - Dyslexia Dyscalculia Dysgraphia). Golongan OKU Masalah Pembelajaran adalah golongan yang paling berisiko kerana kebanyakan anak-anak dari kategori ini kelihatan normal dari segi rupa paras mereka. Ini menyebabkan ramai ibu-bapa tidak menyedari […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation