Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah laksanakan 215 program kesedaran pengguna sejak 2013
KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 - Kementerian DIgital melalui agensinya Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sentiasa bekerjasama dengan Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara untuk bersiap siaga dalam menangani ancaman keselamatan siber. Menjawab soalan lisan di Dewan Negara hari ini, Timbalan Menterinya, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata bagi memastikan data peribadi tidak diceroboh, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) yang menguatkuasakan Akta 709, telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kesedaran pengguna data dan rakyat mengenai Akta 709 bagi menjamin keselamatan data peribadi dalam transaksi komersial di Malaysia. "Sejak tahun 2013 sehingga 7 Mac 2024, sebanyak 215 program kesedaran telah dilaksanakan oleh JPDP. Selain itu, sebagai langkah interim sebelum pindaan Akta 709 diluluskan, JPDP telah memperkenalkan Notifikasi Ketirisan Data secara pentadbiran. Notifikasi ini hendaklah dikemukakan kepada JPDP oleh pengguna data yang menghadapi insiden ketirisan data […]