trending_flat

MDEC sediakan Program eUsahawan ke arah penggunaan teknologi digital

KUALA LUMPUR 22 Mei 2023 - Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching memaklumkan bahawa KKD menerusi agensinya Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menyediakan Program eUsahawan yang bertujuan untuk membina budaya yang lebih inklusif ke arah penggunaan teknologi digital serta menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan digital terutama dalam bidang pemasaran digital dan e-dagang. Menurut Teo Nie Ching ketika menjawab soalan dari Gobind Singh Deo [Damansara] di Parlimen hari ini, eUsahawan menyediakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran digital yang dilaksanakan secara dalam talian dan fizikal kepada usahawan dan peniaga kecil tempatan di seluruh Malaysia. "Sejak 2015, MDEC menawarkan beberapa modul latihan program eUsahawan. Pertama, latihan “eUsahawan Fundamental” yang menawarkan latihan asas keusahawan digital dimana latihan ini akan menyentuh keseluruhan topik berkaitan pengurusan perniagaan, keusahawanan, pendigitalan dan pemasaran digital. Selain itu, mulai tahun ini, latihan “eUsahawan Modular” telah diperkenalkan bagi […]

trending_flat

KUNJUNGAN HORMAT SPEAKER PARLIMEN SINGAPURA

KUALA LUMPUR: “Ahli Parlimen golongan muda Malaysia dan Singapura perlu mewujudkan ekosistem kerjasama berasaskan kepentingan bersama antara kedua-dua negara. Wakil rakyat kedua-dua negara perlu dijalinkan melalui hubungan mesra anggota legislatif sebagai pembentuk dasar dan perundangan”. Demikian antara perkara yang dibincangkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, ketika menerima kunjungan hormat Speaker Parlimen Singapura, Yang Berhormat Tan Chuan Jin di Parlimen hari ini. Dalam pertemuan tersebut, perbincangan juga menjurus kepada asuhan akhlak legislatif dalam kalangan wakil rakyat dan hubungan kerjasama dua hala antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura. Kunjungan Speaker Parlimen Singapura ke Malaysia turut diraikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Datuk Johari Abdul dalam satu majlis khas yang diadakan semalam. Menurut Tan Sri Rais, buat masa sekarang Parlimen Malaysia bercadang untuk mewujudkan semula Parlimen Belia sama seperti Parlimen […]

trending_flat

Ismail Sabri terharu dengan titah YDPA

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berasa terharu dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin  Al-Mustafa Billah Shah pada pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini yang memberi titah penghargaan kepada kerja keras sebelum ini, hingga Malaysia muncul menjadi yang terbaik di Asia Tenggara kini. Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini, kejayaan yang dicapai tidak datang dengan mudah seperti yang dibayangkan. "Ia adalah berkat kerja keras, muafakat dan keyakinan setiap jabatan dan institusi, serta ketekunan setiap Keluarga Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini sejak bangkit dengan gah-nya dari pandemik COVID-19. Saya terharu dengan titah Tuanku pada pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini yang memberi titah penghargaan kepada kerja keras sebelum ini, hingga negara kita muncul menjadi […]

trending_flat

RUU kesalahan menghendap perlu dibentang semula di sidang Parlimen akan datang

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh memaklumkan bahawa sejak bulan Januari 2023, beliau telah mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri, Women’s Aid Organisation dan juga Badan Peguam Malaysia bagi meneliti semula peruntukkan-peruntukkan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 yang berhubung kesalahan menghendap (stalking). Dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Ramkarpal berkata hasil daripada kesemua sesi libat urus tersebut, beliau telah mencadangkan penambahbaikan kepada draf RUU tersebut bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan ini secara holistik dan merangkumi semua aspek perundangan. "Satu Memorandum Jemaah Menteri berhubung RUU ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana […]

trending_flat

PM terima Memorandum Transformasi Parlimen

KUALA LUMPUR, 29 DISEMBER 2022 - Memorandum Transformasi Parlimen telah disampaikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari bin Abdul kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada petang semalam. Ia adalah sebagai susulan komitmen yang telah dibuat antara Kerajaan dengan Pembangkang Februari lalu. Perdana Menteri menyambut baik usaha tersebut dan memaklumkan kepada kedua-dua Speaker bahawa penelitian khusus akan dilakukan termasuk pandangan objektif Jemaah Menteri dan pihak-pihak berwajib yang lain. Jawatankuasa Transformasi Parlimen itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Rais semenjak setahun lalu telah menyelesaikan kerja-kerja semakan perundangan ke arah menjadikan Parlimen bebas daripada kepentingan dan kuasa mana-mana pihak termasuk pihak Eksekutif. Memorandum itu juga mengesyorkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperbaharui dan dilunaskan dengan segera supaya konsep “Asingan Kuasa” benar-benar dilaksanakan dan bersekali menjaga kepentingan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation