Usaha dan tawakal sumber tabah hadapi ujian
Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Setiap tahun, musim peperiksaan merupakan waktu yang mendebarkan bagi setiap pelajar tidak kira pada peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti. Ada yang menjadikan peperiksaan tersebut sebagai ukuran tahap pencapaian atas usaha namun tidak kurang juga yang mengganggap peperiksaan sebagai satu cabaran yang membimbangkan serta menakutkan. Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Namun, dengan persediaan yang betul dan strategi yang efektif, pengorbanan masa, fokus dan motivasi dari pelbagai pihak, pelajar boleh menghadapi peperiksaan dengan keyakinan dan mencapai kejayaan. Ia merupakan salah satu dari jalan usaha. Islam sangat memandang unsur usaha kerana ia adalah satu perkara yang bernilai sangat tinggi, dan ia merupakan faktor penting dalam memberi motivasi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Usaha juga dapat menjadikan umat itu aktif, menegah umat pasif, malas dan bergantung hidup dari bantuan orang lain. Allah berfirman dalam surah Al-Jumaah ayat […]