Perpaduan melalui Seni Budaya perkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum
PUTRAJAYA, 18 September 2024 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival Budaya Putrajaya 2024 yang bertemakan “Perpaduan melalui Seni Budaya” selama tiga (3) hari bermula 20 hingga 22 September 2024 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Menurut MOTAC, program itu akan menampilkan pelbagai aktiviti seni, budaya, warisan serta pelancongan dan ia terbuka kepada orang awam. "Matlamat utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum, sambil mengetengahkan seni dan warisan Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Program ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran umum tentang pentingnya memelihara dan mempromosikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik." kata MOTAC. Program yang menjadi tumpuan orang ramai setiap tahun tersebut diteruskan atas saranan YAB Perdana Menteri untuk menjadikannya sebuah program tahunan/ signature program kerana berpotensi untuk menarik kemasukan pelancong asing. […]