Masyarakat Siam Kedah Diyakini Bersama BN-PH
ALOR SETAR, 26 Julai - Masyarakat Siam di Kedah diyakini akan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sokongan itu dinyatakan hasil perjumpaan bersama hampir 40 kepimpinan masyarakat Siam dari seluruh Kedah. "Kita adakan diskusi ini adalah untuk membincangkan perkara termasuk isu pentadbiran, pembangunan, masa depan masyarakat Siam dan beberapa lagi perkara yang masih membelenggu masyarakat berkenaan..ada perkara yang dibincangkan itu berkaitan dengan 'new deals' (manifesto) untuk PRN nanti. "Saya setuju banyak perkara yang dibangkitkan oleh mereka itu adalah 'unfinish business' (benda tidak selesai) dan kita mengambil kira semua perkara itu dan akan dibangkitkan pada pelancaran manifesto yang akan diadakan di Sungai Petani, esok." Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama Masyarakat Siam di Bangunan Tunku di sini, semalam. […]