Susulan dari mesej Whatsapp tular yang mendakwa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing hidang minuman keras dan makan daging khinzir di pejabatnya dan pekerja beragama Islam terpaksa membersihkannya, Ahli PArlimen Bintulu itu tampil hari ini menafikan perkara tersebut. Menurut Tiong dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini, beliau sebenarnya tidak ada masa untuk melayan fitnah tersebut. Namun, disebabkan ia tular, maka beliau perlu menjawabnya supaya orang ramai tidak terpedaya. Kata Tiong, kandungan mesej tersebut bukan sahaja palsu, tetapi juga menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang secara jelas bertujuan mencetuskan kebencian. Malah, ia turut mencemarkan imej pentadbiran negara. Mengulas lanjut, Tiong berkata beliau pernah ditertawakan kerana makan makanan yang hampir sama setiap hari. "Saya juga pernah ditertawakan kerana makan makanan yang hampir sama setiap hari. Sama ada makanan yang dibawa sendiri atau makanan yang dijamu ketika […]