trending_flat

Cadangan Ngeh Koo Ham satu kekhilafan

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2023 - Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook (Anthony Loke) menegaskan bahawa kenyataan Datoโ€™ Ngeh Koo Ham yang mencadangkan pelantikan pakar perundangan bukan Islam untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah merupakan satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa tersebut. Kata Anthony dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa tersebut ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor dan bertujuan untuk menasihati Majlis tersebut dengan cadangan-cadangan memperkasakan bidang tugas Mahkamah Syariah. "Sebarang cadangan oleh jawatankuasa tersebut yang melibatkan sebarang pindaan undang-undang perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk proses penggubalan rang undang-undang seperti biasa. Perlu ditegaskan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas ini bukan ditentukan oleh Jemaah Menteri tetapi oleh MKI dan mereka melapor secara langsung kepada MKI." kata Anthony. Beliau mengakui bahawa beliau sedar bahawa kenyataan Datoโ€™ Ngeh akan […]

trending_flat

Usah Perlekeh Kebijaksanaan Pengundi – Raja Ahmad Iskandar Fareez

Cadangan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sebagai projek perintis (pilot project) sewajarnya dilihat sebagai langkah positif bagi pemerkasaan hak demokratik warga ibu kota. Langkah itu turut memberikan peluang kepada para pengundi di Kuala Lumpur untuk melibatkan diri dalam melakar corak pembangunan bandar raya terbesar di negara ini memandangkan WPKL masih belum mempunyai perwakilan bertaraf Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih oleh rakyatnya sendiri. Menurut Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Raja Ahmad Iskandar Fareez dalam satu kenyataan, keterbukaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa untuk membincangkan cadangan berkenaan secara lanjut bersama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sangat dialu-alukan. Katanya, semoga perbincangan itu bakal membuahkan hasil dalam usaha untuk memperkasa demokrasi di WPKL. "Dalam tempoh seminggu sejak cadangan ini diketengahkan semula oleh Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur […]

trending_flat

Tolak DNAA kes rasuah jadi keutamaan BERSIH – Muhammad Faisal

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan memberikan keutamaan kepada kempen menolak amalan rasuah dengan menggesa pihak peguam negara untuk tidak lagi memberikan DNAA berkaitan kes rasuah. Selain daripada itu, perkara-perkara lain yang akan menjadi keutamaan perjuangan BERSIH pada tahun hadapan adalah persempadanan semula kawasan pilihan raya dan peruntukan sama rata Ahli Parlimen. "Alhamdulillah baru selesai mesyuarat AJK Pemandu / SC @bersihofficial. Melihat kehadapan 2024 terdapat beberapa isu besar yang perlu diberi keutamaan. Antaranya 1) Kempen tolak rasuah dengan penekanan tolak DNAA untuk kes rasuah, 2) isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yg perlu dilakukan dengan adil & seimbang dan 3) CDF - peruntukan pembangunan sama rata untuk setiap ahli Parlimen." kata Pengerusi BERSIH Muhammad Faisal Aziz dalam satu hantaran ringkas di halaman X rasmi beliau. Menerusi DNAA, orang kena tuduh (OKT) boleh dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika […]

trending_flat

Melihat Ke Hadapan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Bukan Dari Sisi Perkauman

Oleh Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz, Pengerusi BERSIH Isu Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sering dilihat panas apabila ia sering dilihat dari sisi perkauman. Mana tidaknya, secara sejarah ia dikaitkan dengan insiden-insiden yang dianggap mengganggu kestabilan politik negara khususnya pada era 1960-an yang akhirnya membawa kepada pergantungan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1965 seterusnya dihentikan pada tahun 1976 apabila kerajaan menggubal Akta Kerajaan Tempatan menyebabkan pilihan raya kerajaan tempatan dimansuhkan. Kekhuatiran ini timbul bila mana kawasan bandar sering dikaitkan dengan kawasan yang didominasi secara besar oleh kaum Cina seolah kaum Melayu akan hilang kuasa mentadbir bandar. Saya fikir dalam konteks semasa, demografi bandar sudah tidak sama dengan tahun 1960-an memandangkang pada zaman tersebut kita mewarisi barah pecah dan perintah yang ditinggalkan penjajah Inggeris yang sengaja membiarkan kaum Cina berada di Bandar, Melayu di Kampung dan India di ladang getah. Melihat […]

trending_flat

Komen Ahli Parlimen Masjid Tanah kelirukan fakta program MM2H – Tiong King Sing

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing membidas komen Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin terhadap program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) baru baru ini. Kata King Sing melalui satu posting di halaman Facebook rasmi beliau semalam, selain mengelirukan fakta, komen Mas Ermieyati Samsudin tersebut juga telah mencetuskan isu perkauman, sedangkan program tersebut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. "Program ๐— ๐— ๐Ÿฎ๐—› ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐˜€ ๐—˜๐—ฟ๐—บ๐—ถ๐—ฒ๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฟ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—–๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎApa yang beliau cuba sampaikan menerusi provokasi dengan memilih satu negara tertentuTambahan pula, ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜๐˜‚๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ (๐—ฃ๐—ฅ). Adakah Mas Ermieyati sengaja melakukan provokasi kaumAdakah Mas Ermieyati cuba merosakkan keharmonian […]

trending_flat

Melayu dan Islam tak perlu tersinggung kenyataan Lim Kit Siang, sebaliknya…

Oleh Sheikh Umar Bagharib bin Ali Pandangan Tan Sri Lim Kit Siang (LKS) tidak salah. Bahkan pandangan LKS bagi saya adalah pandangan yang 'berperlembagaan'. Orang Melayu dan Islam tidak perlu risau. Kerana perlembagaan juga telah menetapkan garis-garis jelas berkaitan soal 'Melayu', 'Islam' serta hak keadilan yang mesti diberikan kepada semua kaum di negara kita. Sheikh Umar Bagharib bin Ali Untuk orang Melayu, isu paling utama bagi saya ialah mencari jalan bagaimana melahirkan para pemimpin Melayu yang jujur, adil, berintegriti serta mampu melonjakkan ekonomi negara. Malaysia harus bangkit lebih tinggi dan menjadi negara yang disegani. Bukan bertelagah tentang kenyataan LKS! Untuk orang Islam, kepimpinan terkait rapat soal kompetensi dan intergriti. Sarjana Islam Ibnu Taimiyyah menyebutnya sebagai 'Al-Quwwah' dan 'Al-Amanah'. Al-Quwwah bermaksud kepakaran dan kemampuan dalam mengendalikan bidang kuasa yg diberikan. Al-Amanah pula menurut Al-Mawardi ialah taqwa kepada Allah dan tidak menjual […]

trending_flat

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai pemberian kuasa pentadbiran dalam sektor kesihatan dan pendidikan kepada Sabah dan Sarawak. Kredit video : Rancangan Podcast Politik Malaysia, Keluar Sekejap. Sedutan EP50 #KeluarSekejap:Ulasan @TSWanJunaidi tentang pemberian kuasa pentadbiran dalam sektor kesihatan dan pendidikan kepada Sabah dan Sarawak. Dengar dan tonton Episode 50 penuh di Spotify atau YouTube. #KeluarSekejap pic.twitter.com/v0QTV4ATHp— Keluar Sekejap (@keluarsekejap) September 16, 2023

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–