trending_flat

FesKEP 2024 tampilkan keunikan pelbagai etnik dan budaya masyarakat peribumi

TEMERLOH, 20 Julai 2024 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Silat Gerak Lian Pahang menganjurkan Festival Kesenian Peribumi Malaysia Pahang 2024 (FesKEP) pada 19 hingga 21 Julai 2024 bermula pukul 10.00 pagi bertempat di Dataran Temerloh, Pahang. Pada malam ini, Persembahan Paluan Suara Alam disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Ramli Mohd Nor. Festival tersebut turut dihadiri oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Cik Leong Yu Man dan Ketua Setiausaha MOTAC, Dato’ Roslan Abdul Rahman. Menurut JKKN, objektif utama penganjuran festival ini adalah untuk mengetengahkan keunikan pelbagai etnik dan budaya masyarakat peribumi dari pelbagai suku kaum dan memupuk semangat perpaduan bersama masyarakat dalam aktiviti seni budaya. “Festival ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat orang peribumi tempatan dengan penjualan produk mereka, malah turut mempromosikan […]

trending_flat

Papan tanda ‘1 Kampung 1 Pantun’ Melaka ditambah baik

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI AYER KEROH 11 Julai – Kerajan Negeri akan menambah baik pemasangan papan tanda 1 Kampung 1 Pantun seperti yang diperkenalkan sebelum ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia susulan terdapat kawasan kampung yang telah membina struktur papan tanda pantun di pintu masuk kampung, namun ada juga yang hanya menggunakan kain rentang. Jelasnya, satu prosedur operasi standard (SOP) baharu akan diperkenalkan bagi menambah baik dan menyelaras pelaksanaan itu di setiap kampung. “Kita melihat kebanyakan SOP sebelum ini ada yang tidak diikuti kerana ada dalam kalangan mereka tidak mengetahui kaedah bagaimana untuk memastikan papan tanda ini boleh dilihat oleh masyarakat. “Justeru itu, kita akan menambah baik perkara ini tidak lama lagi bagi memastikan ia selaras di setiap kampung,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malam Sirih […]

trending_flat

Seni & Kreatif Jambatan Perpaduan Rakyat Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Baru-baru ini kecoh laporan di media massa mengenai rumah banglo kepunyaan biduanita negara Sharifah Aini yang telah dirobohkan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan premis bangunan pejabat. Malah menurut wakil syarikat pemaju tersebut, CK Tang beliau juga terkejut apabila mengetahui tentang pemilik asal rumah banglo tersebut dan melahirkan rasa kagum dengan reka bentuk asal rumah banglo itu. Sebenarnya perobohan sesuatu premis untuk pembangunan semula bukanlah sesuatu yang pelik, namun perkara ini mendapat perhatian media dan orang ramai kerana bekas pemiliknya adalah Allahyarham Datuk Sharifah Aini, biduanita negara bersuara emas yang dikenali oleh rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan peringkat umur, termasuklah wakil syarikat pemaju yang melahirkan rasa kagum dengan koleksi muzik yang ada di dalam banglo tersebut. Lagu-lagu beliau kekal evergreen dan karya dan legasi biduanita bersuara emas ini telah menyatukan rakyat Malaysia melalui bidang seni. “Tepuk amai-amai.. belalang…“ Mungkin sebahagian besar […]

trending_flat

Pameran Projek Arkib: Mustapa Hj. Ibrahim Memperingati Seorang Seniman

KUALA LUMPUR 9 Julai 2024 – Balai Seni Negara mengadakan pameran “Projek Arkib: Mustapa Hj. Ibrahim” bermula 26 Jun 2024 hingga 21 Januari 2025 di Galeri Potret, Balai Seni Negara. Pameran arkib tu menghimpunkan koleksi nadir Mustapa Hj. Ibrahim yang telah didaftarkan sebagai koleksi seni visual negara seperti fotografi hitam putih dan warna, manuskrip puisi, cetakan sutera saring, catan serta dua buah arca. Pameran itu turut bertujuan untuk menyebar kesedaran ‘pendokumentasian’ dalam kalangan seniman-seniman muda untuk membangunkan arkib mereka sendiri sebagai kepentingan nilai sejarah seni di masa hadapan. Mustapa Hj. Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946 di Bagan Datuk, Perak dan meninggal dunia pada 28 Mac 2024 di Selangor. Beliau adalah tokoh pelukis yang menjadi penggerak kepada penubuhan kumpulan seniman yang digelar ‘Anak Alam’ sekitar tahun 1970-an. Mustapa Hj. Ibrahim bukan sahaja seorang pelukis, malah beliau berbakat sebagai penyair, pelukis ilustrasi, […]

trending_flat

Laluan jalur rempah, khazanah Melaka-Indonesia

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI BANDARAYA MELAKA 2 Julai – Melaka akan terus memperkukuh kerjasama dengan Indonesia dalam usaha memartabatkan warisan seni dan budaya yang telah dijalin sejak sekian lama. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuk usaha memartabatkan kembali sejarah laluan jalur rempah nusantara yang menjadikan negeri ini tersohor sebagai pusat perdagangan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jelas Ketua Menteri, Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha yang dilaksanakan republik itu, sekali gus mengangkat kembali sejarah kegemilangan nusantara untuk diwariskan kepada generasi muda. “Kita mesti berusaha untuk membongkarkan rahsia lama dalam sejarah laluan jalur rempah ini kerana dahulu Melaka dan Indonesia adalah pusat perdagangan bagi jualan rempah bagi pasaran Asia Barat serta Eropah. “Ia dilaksanakan supaya dapat mengimbau semula sejarah ini dan diwarisi generasi muda. Malah hubungan ini juga dapat diperkukuhkan seperti mana […]

trending_flat

Melaka persinggahan pertama pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah

Oleh NURSALIAWATI SALBERI / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 1 Julai 2024 – Hubungan sejarah yang panjang antara Indonesia dan Malaysia menyaksikan Melaka menjadi destinasi pertama persinggahan pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah di luar negara kepulauan itu. Direktor Jenderal Kebudayaan Kementerian Pendidikan Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia (Kemendikbudristek) Hilmar Farid berkata, pelayaran yang dimulakan sejak 2017 itu adalah usaha pihaknya menjejak tinggalan jalur rempah yang bermula di negara itu sejak 2000 tahun yang lalu dan dibawa sehingga ke Timur Afrika. Katanya, tiga pelayaran dibuat dalam perairan Indonesia dan Melaka menjadi persinggahan luar pertama, selepas ini jelajah itu akan diteruskan ke negara lain. “Beberapa aspek diambil dalam pemilihan Melaka sebagai lokasi pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah ini, antaranya berdasarkan hubungan sejarah yang panjang antara Malaysia dan Indonesia termasuk Melaka pernah menjadi pusat perdagangan terkenal dunia suatu masa dahulu. “Selain status Melaka […]

trending_flat

Muzium Hunan Menganjurkan “The Art Of Life – Pameran Digital Mengasyikkan Budaya Dinasti Han Mawangdui”

CHANGSHA, China, 26 Jun 2024 (Bernama) - Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 bagi penggalian arkeologi bagi Makam Han di Mawangdui. Muzium Hunan, bersama dengan Perpustakaan Digital China dan pasukan Wang Yuejin, profesor di CAMLab, Universiti Harvard, telah melancarkan "The Art of Life - Pameran Digital Mengasyikkan Budaya Dinasti Han Mawangdui" pada 8 Jun, 2024.Bertujuan untuk meneroka cara-cara bagi memajukan penyepaduan budaya dan teknologi yang mendalam, pameran itu menggerakkan sumber akademik dari seluruh dunia dan menggunakan teknologi multimedia termaju bagi mempersembahkan warisan kebudayaan bagi Makam Han di Mawangdui di dalam bentuk digital melalui satu pengalaman multimedia teater, dengan menawarkan sekilas pandangan ke dalam intipati tamadun awal dan pencapaian seni China. Pameran itu menyampaikan satu paparan holistik berhubung seni, imaginasi dan pandangan dunia sebagaimana yang dicerminkan oleh budaya Makam Han di Mawangdui dan berusaha untuk mencipta satu paradigma baharu untuk persembahan digital […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation