trending_flat

Fit Malaysia kembali

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim telah merasmikan program Fit Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 bertempat di Padang Kota Lama, George Town semalam. Fit Malaysia merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat untuk membudaya dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat seiring dengan kerangka Malaysia MADANI. Menurut KBS, penganjuran program kali ini berkonsepkan karnival kecergasan dengan pengisian aktiviti seperti fun ride 10km & 30km, fun run 5km & 10km, fun walk 3km, senamrobik, lompat tali, pameran kecergasan dan kesihatan dan banyak lagi. "Setelah dua tahun tidak dilaksanakan berikutan penularan pandemik COVID-19, Fit Malaysia kembali dengan mengekalkan tema “Lets’s Get Fit” dengan objektif seperti meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif, cergas dan sihat, membudayakan sukan dalam kalangan […]

trending_flat

Pendaki Malaysia, Mohd Khafiz berjaya tawan puncak K2

Sejarah tercipta untuk negara apabila Jalur Gemilang sekali lagi berkibar di puncak dunia. Mohd Khafiz Bin Bachok, 45, pendaki negara kelahiran PonFan, Johor berjaya menjejakkan kakinya ke puncak Gunung K2 yang berketinggian 8,611m dari aras laut yang juga merupakan gunung kedua tertinggi di dunia tepat jam 11:52 pagi (2:52 petang waktu Malaysia). Alhamdulillah, sekalung tahniah buat Mohd Khafiz. Impian untuk ke puncak dunia yang disemai sejak 25 tahun yang lalu akhirnya menjadi kenyataan. Mohd Khafiz memulakan pendakiannya dari Skardu dan mengambil masa selama 8 hari untuk sampai ke Kem Induk. Akibat cuaca yang Fdak berapa baik, proses rotasi bagi tujuan penyesuaian diri dengan altitude tinggi hanya dapat dimulakan pada 12 Julai 2023. Proses rotasi dibuat sehingga ke Kem 2 sebelum beliau turun semula ke Kem Induk. Pendakian sebenar hanya bermula pada 22 Julai 2023 di mana beliau sampai ke Kem […]

trending_flat

Program Malaysia Aktif @ Komuniti kukuhkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan

PULAU PINANG, 10 JUN 2023 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah melancarkan program Malaysia Aktif @ Komuniti bertempat di PPR Taman Bagan Jaya, Butterworth, Pulau Pinang hari ini. Sumber foto : Facebook rasmi KBS Program tersebut merupakan inisiatif baharu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan sokongan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi merealisasikan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat khususnya di komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA). Menurut KBS, pengisian aktiviti senamrobik atau zumba, objektif program adalah seperti berikut iaitu menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat terutamanya melibatkan komuniti PPR dan PPA, menyemai pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (sporting nation) dan mengukuhkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti serta bertindak sebagai langkah intervensi sosial bagimengelakkan gejala negatif terutamanya […]

trending_flat

Bajet pembangunan litar tidak pernah disalurkan kepada KBS

PUTRAJAYA, 29 Mei 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa peruntukan RM 20 juta bagi pembangunan satu litar di setiap negeri yang diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri Kesembilan, Dato’ Seri Ismail Sabri tidak pernah dibahaskan di Parlimen dan tidak mendapat kelulusan. Menurut KBS dalam satu kenyataan hari ini, ia adalah kerana Ismail Sabri telah membubarkan Parlimen sejurus selepas membentangkan belanjawan beliau. Justeru bajet tersebut yang diumumkan dalam Bajet 2023 tidak pernah disalurkan kepada KBS bagi pembangunan litar drag seperti yang diumumkan. "Selain daripada itu, bajet tersebut diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada pihak KBS. RM 20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar di setiap negeri. KBS amat prihatin terhadap faktor keselamatan anak muda dan tidak berhasrat untuk membina litar berdasarkan konsep sekadar ada. Tidak dinafikan sukan permotoran di litar drag merupakan perlumbaan di platform yang baik […]

trending_flat

KERTEH FC – KELAB KAMPUNG DAPAT SENTUHAN DNA AKADEMI BOLA SEPAK SEPANYOL

KERTEH, 27 Mei 2023- Kelab bola sepak komuniti, Kerteh FC yang berpangkalan di Pekan Kerteh, Terengganu, mengorak langkah dengan mendapatkan sentuhan DNA sebuah akademi bola sepak yang berpangkalan di Barcelona, Sepanyol, iaitu RieraSport. Ia terhasil menerusi kerjasama dengan pemilik RieraSport, Oscar Riera yang dilantik sebagai Penasihat Teknikal Kerteh FC. Menurut Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim, Oscar kini berada di Kerteh untuk berkongsi ilmu dan kepakarannya dengan jurulatih dan pelatih kelab tersebut. "Kerteh FC telah bekerjasama dengan Oscar sejak 1 Mei 2020. Sebagai Penasihat Teknikal, Oscar bertanggungjawab untuk membentuk DNA Kerteh FC dengan menyediakan metodologi latihan kepada pemain dan jurulatih kelab Kerteh FC. Sepanjang pandemik Covid19 melanda dunia, Kerteh FC dan Oscar bekerja secara komunikasi atas talian bagi pertukaran idea dan maklumat. Hanya tahun ini, Oscar berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Kerteh dan bertemu dengan pelajar, pemain dan ibu […]

trending_flat

KBS Wajibkan Pengiring Untuk Atlet Para Negara Ke Kejohanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua atlet Para negara ditemani pegawai pengiring untuk semua penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa, berkuatkuasa dengan serta merta. Ketetapan itu, yang bakal diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bersama-sama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet Para negara dijaga sepanjang masa demi memastikan fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas. Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di sidang media di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Foto oleh FADLISHAM FADZIL “Saya telah mengarahkan MSN menyelaraskan keperluan tersebut supaya atlet-atlet Para kita akan dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap kejohanan atau pertandingan peringkat antarabangsa yang mereka sertai,” kata Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh. Jumlah pegawai pengiring untuk atlet-atlet Para negara itu tertakluk kepada […]

trending_flat

Sesi dialog awam bukti komitmen KBS dalam mengangkat martabat sektor sukan negara

PUTRAJAYA, 31 Januari 2023 - Satu sesi dialog awam Menteri Belia Dan Sukan (KBS) bersama ketua-ketua eksekutif dan pemain industri sukan Malaysia telah diadakan di sini pada hari ini. Menurut KBS, sesi tersebut bertujuan memberi peluang kepada ketua-ketua eksekutif dan pemain industri sukan negara untuk memberi dan menyatakan pandangan serta cadangan kepada Menteri mengenai langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk memperkasakan dan memperkembangkan lagi sektor industri sukan negara supaya kedua-dua belah pihak memperoleh keuntungan. "Seramai 297 orang pemegang taruh dari pelbagai industri telah hadir pada hari ini antaranya dari pihak telekomunikasi, gymnasium, pengurusan acara, peruncitan sukan, e-sports, penerbangan dan pelbagai lagi. Kementerian mengambil maklum akan semua perkara yang telah dibangkitkan oleh pihak industri sukan dan akan berusaha untuk membantu menyelesaikan isu-isu tersebut." kata KBS. Sebagai langkah proaktif, pihak KBS telah menetapkan beberapa perkara yang akan dibincangkan seperti: i. Mempermudahkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation