trending_flat

Hannah Yeoh akan turun ke Dataran Merdeka beri sokongan kepada pasukan Hoki Malaysia

22 Januari 2023 - Bagi memudahkan para peminat sukan menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Sepanyol dalam Piala Dunia Hoki 2023, dua buah skin besar telah disediakan di dua buah lokasi. Lokasi-lokasi tersebut adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Perkarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga akan turut bersama-sama para peminat menyaksikan perlawanan tersebut di Dataran Merdeka. "Yang tak balik kampung, malam ini 2 lokasi BIG SCREEN untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023. Untuk memberikan sokongan kepada team Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baru Cina di Dataran Merdeka. Jom!" kata Hannah dalam satu hantaran di halaman sosial media beliau. Perlawanan tersebut akan bermula pada jam 6:45 waktu Malaysia.

trending_flat

KBS berhasrat teruskan Program Skrin Besar – Hannah Yeoh

20 Januari 2023 - Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan bahawa program “skrin besar” yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena perlawanan separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 telah berjaya menarik lebih 150,000 orang pengunjung di 60 lokasi seluruh negara. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, program yang berlangsung pada 7 Januari 2023 dihadiri 62,800 penonton di 17 lokasi tayangan manakala seramai 87,710 orang menyaksikan Separuh Akhir Kedua pada 10 Januari 2023 di 43 lokasi, termasuk 18 universiti awam. "KBS menganjurkan program ini berikutan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan Malaysia vs Thailand, tidak dapat digunakan disebabkan isu tempahan antara perlawanan bola sepak dengan konsert Jay Chou. Kedua-dua program ini mempunyai jumlah peminat yang besar dan kepentingan kedua-dua pihak perlu dijaga. Justeru, KBS telah bertindak pantas dengan mengambil inisiatif menganjurkan Program Skrin […]

trending_flat

Jurulatih Bola Tampar Yang Terlibat Dalam Insiden Menampar Pemain Dihenti Daripada Aktiviti Kejurulatihan

PUTRAJAYA, 12 Januari 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian khusus terhadap insiden jurulatih bola tampar yang menampar dua orang pemainnya semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang tular di media sosial baru-baru ini. KBS dan KPM berpendirian senada selepas Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) membatalkan lesen jurulatih itu melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplinnya. Justeru sebagai langkah awal, jurulatih sukan tersebut yang juga merupakan seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk menjadi jurulatih untuk murid sekolah. Jurulatih itu telah ditarik balik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA, bahkan belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK), seperti yang dipersetujui bersama antara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) Institut Sukan Negara dengan persatuan-persatuan sukan […]

trending_flat

TAHNIAH BUAT HARIMAU MALAYA MENANG PERINGKAT PERTAMA SEPARUH AKHIR AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022

Syabas dan tahniah buat Harimau Malaya menang di peringkat pertama separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 selepas menewaskan Thailand 1 - 0 . Sumber Foto : Twitter KBS KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyaksikan perlawanan peringkat pertama separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sumber Foto : Twitter KBS Sumber Foto : Twitter KBS Turut hadir memberi sokongan YB@hannahyeoh , Menteri Belia dan Sukan, YB @AdamAdli , Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, KSU KBS. Semoga Harimau Malaya meneruskan aksi cemerlang pada perlawanan peringkat kedua separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 menentang Thailand pada 10 Januari 2023 nanti. -Sumber Twitter KBS

trending_flat

Separuh Akhir AFF Malaysia vs Thailand : Skrin Besar disediakan di 14 lokasi

7 JANUARI 2023 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menyediakan Skrin Besar di 14 lokasi bagi memastikan peminat bola sopak negara menyaksikan perlawanan separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Club 2022 antara Malaysia dan Thailand pada malam ini. Hi semua, @KBSMalaysia @PerpaduanNegara akan menyediakan Skrin Besar di 14 lokasi bagi memastikan rakyat boleh menikmati aksi Malaysia melawan Thailand. Semoga sokongan padu ini akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir. Tolong RT! @StadiumMalaysia @FAM_Malaysia @ASTROARENA pic.twitter.com/ooFxXe0zQ1— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) January 6, 2023 Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti tertera di poster di bawah : Semoga sokongan padu akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir. Lagi Berita Sukan : Gaya HidupMY LNASukanSukan Separuh Akhir AFF Malaysia vs Thailand : Skrin Besar disediakan di 14 lokasi By hebahan amJanuary 7, 2023 HighlightsMY LNASukan […]

trending_flat

KELAB JELAJAH ALPINE MALAYSIA (KJAM) CIPTA REKOD TAWAN 14 PUNCAK GUNUNG TERTINGGI DI MALAYSIA DALAM TEMPOH 87 HARI

KUALA LUMPUR, 2 JANUARI 2022 - Kelab Jelajah Alpine Malaysia (Alpine Club Malaysia) atau dikenali sebagai ACM menutup kalender 2022 dengan rekod terbaharu iaitu pendakian 14 puncak gunung tertinggi di Malaysia dalam tempoh kurang 100 hari. Pendakian dilakukan oleh Presidennya, Muhammad Illaham Ishak, 46, menerusi projek pendakian khas KJAM yang merujuk kepada Malaysia Book of Record iaitu '14 Peaks Malaysia'. Menurut satu kenyataan KJAM kepada media hari ini, pendakian Muhammad Illaham dibantu oleh beberapa pendaki sokongan yang bertukar-tukar bagi setiap gunung yang didaki. Pendakian bermula di Gunung Tambuyukon, Sabah pada 12 September 2022 dan berakhir di Gunung Mulu, Sarawak pada 4 Disember 2022. Ia mengambil masa selama 87 hari, menepati perancangan awalnya untuk berakhir dalam tempoh kurang 100 hari pendakian. Gunung-gunung yang didaki adalah 7 gunung tertinggi di kepulauan Borneo atau Seven Summits Borneo dan 7 gunung tertinggi di Semenanjung. […]

trending_flat

Insiden jurulatih tampar pemain tidak wajar berlaku – Young Syefura

1 JANUARI 2023 - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman memandang serius insiden seorang jurulatih lelaki dewasa skuad bola tampar perempuan bawah 14 negeri Melaka yang menampar 2 orang pemainnya ekoran prestasi yang tidak memuaskan di sebuah kejohanan di Johor pada bulan Disember lalu. Young Syefura yang juga merupakan Timbalan Ketua DAPSY Kebangsayaan berkata perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan jika ia telah menjadi satu budaya di dalam mana-mana sukan, ia perlu dihentikan dengan segera. "Kekerasan tidak menjamin prestasi cemerlang seseorang atlet bahkan akan memberikan tekanan kepada atlet tersebut yang akhirnya akan memberikan impak kepada mental beliau. Sukan adalah satu bidang yang sihat. Kita tidak boleh membiarkan budaya begini menular di dalam bidang sukan. Menjadi adat pertandingan ada kalah dan menang. Sebagai seorang jurulatih, beliau sepatutnya menerima apa sahaja keputusan dengan terbuka dan menjadikan ia sebagai satu panduan untuk melatih […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation