trending_flat

Industri biojisim perlukan peneraju khusus

Oleh: Prof Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Berdasarkan data terkini daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Malaysia kini berupaya menghasilkan lebih 450 MW tenaga daripada biojisim. Sungguh pun kedengaran besar jumlahnya, ini hanyalah berkadaran dengan 1.2% daripada tenaga elektrik yang dijana di Malaysia dan penggunaan tenaga biojisim ini telah berjaya mengurangkan pelepasan hampir 400 Gigagram karbon dioksida (CO₂) berkadaran ke udara. Malaysia mampu mendepani industri biojisim masa hadapan, berbekalkan pengalaman bersama sektor komoditi kelapa sawit (Wikimedia Commons) Baru-baru ini juga kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi telah memperkenalkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030. Ini mengukuhkan lagi kedudukan biojisim sebagai sumber yang mampan untuk penjanaan produk berasaskan bio baharu seperti biotenaga, biobahan dan baja bio. Setakat ini, China dan Brazil mendominasi penjanaan biotenaga menggunakan biojisim di peringkat global. Walaubagaimanapun, sumber biojisim yang digunakan mereka adalah amat berlainan dengan negara kita. Di […]

trending_flat

Kumpulan Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases dan GTT Mengumumkan Perkongsian untuk Memajukan Pasaran Perkapalan Bahan api LNG

TEMECULA, California, Sept. 07, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group, sebahagian daripada bahagian Perniagaan Industri Nikkiso Co. Ltd. dan GTT hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menjalankan perkongsian bagi menyokong pasaran pengangkutan kargo berkuasa LNG. Perkongsian antara Nikkiso CE&IG dan GTT membawa bersama kejuruteraan dan teknologi terkini untuk pembendungan membran dan sistem proses LNG serta perkakasan, perkilangan global dan kebolehan integrasi teknikal yang terbaik dalam kelasnya. Teknologi Recycool™ GTT yang dilindungi oleh paten memastikan gas didih-habis (BOG) diperoleh semula dan diuruskan dengan selamat untuk mengelakkan pancaran dan menambah baik kecekapan bahan api. Disepadukan dengan skid pam gas bahan api tekanan tinggi Nikkiso, perkongsian tersebut menawarkan prestasi dipertingkatkan melalui pengekalan kebolehpercayaan, ketahanan dan kecekapan kepada pemilik kapal untuk memberikan pelanggan kelebihan saing di pasaran. “Perkongsian kami bersama GTT dan kepakaran kami yang saling melengkapi memajukan pertumbuhan […]

trending_flat

Fadillah kongsi komitmen Malaysia terhadap Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC)

JAKARTA, 5 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah menyampaikan Ucaptama di Forum Kelestarian Antarabangsa Indonesia (ISF) 2024 yang pembukaannya telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Bapak Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia. 𝗞𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 𝗙𝗼𝘁𝗼 : 𝗕𝗶𝗿𝗼 𝗣𝗲𝗿𝘀, 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮, 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 Dalam ucaptama tersebut, beliau menekankan keperluan kerjasama serantau dalam menangani perubahan iklim — isu yang melangkaui sempadan dan memberi kesan kepada semua aspek ekonomi dan masyarakat. "Saya berkongsi komitmen Malaysia terhadap Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC), rangka kerja yang meningkatkan keselamatan, kebolehcapaian dan kemampanan tenaga. Inisiatif seperti Grid Kuasa ASEAN dan Saluran Paip Gas Trans-ASEAN memainkan peranan penting dalam memacu integrasi dan daya tahan tenaga serantau sambil mempercepatkan penggunaan tenaga boleh baharu. Malaysia komited kepada sasaran 70% tenaga boleh baharu menerusi campuran penjanaan […]

trending_flat

Fadillah tiba di Jakarta

JAKARTA, 4 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah selamat tiba di Jakarta. Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta dalam sesi lawatan kerja rasmi beliau mulai hari ini hingga 6 September 2024. Beliau hadir dan menyampaikan ucaptama di Indonesia International Sustainability Forum 2024 (ISF 2024) di Jakarta, Indonesia pada 5 – 6 September 2024 atas jemputan Kerajaan Indonesia. Kredit : FB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof  "Selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), saya akan menyampaikan ucaptama di ISF 2024 bagi menzahirkan pendirian Malaysia dalam menunjukkan komitmen aktif dalam agenda kemampanan dan kelestarian dalam mitigasi iklim melalui perluasan penggunaan tenaga boleh baharu di peringkat nasional dan serantau. Ini termasuk dalam aspek coal phasing-out yang penting untuk diketengahkan di forum antarabangsa seperti ISF 2024. Ia juga […]

trending_flat

Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group Mengumumkan Ia Akan Menggandakan Kapasiti Pengilangan di Eropah

TEMECULA, California, Sept. 04, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases (Kumpulan), sebahagian daripada segmen Perniagaan Industri Nikkiso Co. Ltd. meraikan perluasan operasi pengilangannya di Wurzen, Saxony, Jerman pada 29 Ogos semasa majlis pecah tanah. Ruang tambahan akan hampir menggandakan kapasiti pengilangan Kumpulan di Eropah. Dengan ruang tambahan, Kumpulan akan membina perniagaan penangkapan karbon sedia ada dan membawa keupayaan pengilangan baharu untuk pemasangan pam kriogenik, penukar haba dan gelincir bahan api hidrogen untuk memenuhi permintaan pasaran bagi peralatan kriogenik dan penyelesaian loji yang digunakan dalam projek tenaga bersih seperti stesen penjanaan bahan api hidrogen, terminal LNG dan ammonia serta loji pengeluaran hidrogen. “Nikkiso melabur untuk memenuhi permintaan pasaran tenaga bersih dan mengembangkan operasi kami di Jerman kerana keadaan pasaran yang semakin menggalakkan untuk penyelesaian tenaga rendah karbon,” kata Peter Wagner, Pengerusi Eksekutif, Lembaga Nikkiso CE&IG. Memperluaskan ruang […]

trending_flat

Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Indonesia Sustainability Forum (ISF)

PUTRAJAYA, 3 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta dalam sesi lawatan kerja rasmi beliau pada 4 hingga 6 September 2024. Dalam rangka lawatan kerja rasmi tersebut, beliau dijangka akan hadir dan menyampaikan ucaptama di Indonesia International Sustainability Forum 2024 (ISF 2024) di Jakarta, Indonesia pada 5 – 6 September 2024 atas jemputan Kerajaan Indonesia. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof . Kredit : FB Rasmi Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof "Kehadiran YAB Dato’ Sri Haji Fadillah ke forum ini bakal memperkukuh imej dan peranan Malaysia dalam agenda kelestarian dan kemampanan di peringkat antarabangsa terutamanya dalam visi peralihan tenaga, selain menggambarkan komitmen berterusan Malaysia dalam mencapai agenda net zero […]

trending_flat

PETRA : Garis panduan pelaksanaan CRESS akan dikeluarkan pada September 2024

PUTRAJAYA, 22 Ogos 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memperkenalkan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat atau Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), yang merupakan inisiatif progresif Kerajaan Madani dalam mewujudkan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna. Menurut PETRA dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, inisiatif berteraskan akses pihak ketiga itu dijangka akan dilaksanakan pada September 2024. Justeru, satu sesi dialog dan penerangan kepada pihak industri mengenai pelaksanaan Program CRESS telah diadakan pada hari ini bagi mendapat maklum balas daripada pihak industri mengenai prinsip asas serta kerangka pelaksanaan program tersebut. Sesi dialog tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan seramai kira-kira 250 pemain industri telah hadir dan pelbagai idea serta pandangan berkaitan pelaksanaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation