KPKM akif aksanakan program pembangunan sektor agromakanan di Sarawak
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2023 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus aktif melaksanakan program pembangunan dalam sektor agromakanan bagi membantu petani, penternak serta pesawah terutamanya di kawasan pedalaman negeri Sarawak. Menurut Menterinya Datuk Seri Haji Mohamad Sabu ketika menjawab soalan lisan dari Dato Henry Sum Agong [Lawas] di Parlimen hari ini, i bawah Rolling Plan Ketiga (RP3), RMKe-12, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM21.5 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pertanian di negeri Sarawak di mana ia melibatkan seramai lebih dari 1,000 orang petani yang menerima manfaat hasil pelaksanaan program-program tersebut. Di antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut: Program Pembangunan Industri Buah-Buahan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya Bau, Lundu, Samarahan, Serian, Siburan, Saratok, Sibu, Selangau, Daro, Subis, dan Lawas; Program Pembangunan Tanaman Sayuran dan Kontan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya di Samarahan, Asajaya, Simunjan, Gedong, Sri Aman, […]