UM hasilkan elektrolit bateri dari tanah liat
Bateri litium-ion (Li-ion) yang ditemui dan dibangunkan oleh pemenang Hadiah Nobel pada tahun 2019, John B Goodenough pada tahun 1970 dipercayai sebagai kejayaan milenium. Ia adalah pemecut teknologi moden dan pemangkin gaya hidup kontemporari dengan pengunaan yang meluas dalam pelbagai bidang seperti ketenteraan, peralatan elektronik, kenderaan elektrik dan juga aplikasi euroangkasa. Walau bagaimanapun, disebabkan sifat tenaga boleh diperbaharui yang terputus-putus, terdapat keperluan mendesak untuk menyimpan tenaga yang dituai daripada sumber boleh diperbaharui, menjadikan permintaan untuk bateri alternatif meningkat. Bateri natrium-ion (Na-ion) boleh dianggap sebagai salah satu bahan alternatif kerana Na lebih mudah didapati dalam air laut jika dibandingkan dengan Li, dan ianya berpotensi untuk menjimatkan kos. Permintaan untuk bateri berkeadaan pepejal makin meningkat buat masa sekarang, kerana ianya didorong oleh keperluan untuk keselamatan yang lebih baik, kadar hayat yang lebih tinggi dan mesra alam sekitar bagi memenuhi keperluan sebagai bateri […]