“KALIH BAGI SAMA” – DI MANA SONGSANGNYA?
ALOR SETAR, 17 Jun - Di mana songsangnya kempen 'Kalih Bagi Sama'? Jelas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kempen itu adalah sebahagian gerakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menawan kembali pengundi di negeri berkenaan selain tidak melanggar amalan demokrasi di negara ini. “Di mana songsangnya? Istilah songsang tak ada apabila tiba kempen pilihan raya, kita guna ‘Kalih Bagi Sama’ kerana ia adalah hak parti untuk berkempen. Kita tawarkan kepada rakyat Kedah jika undi BN dan PH, makna sama undi kerajaan di Persekutuan. “Dalam amalan demokrasi ini tak salah, ada perkara lebih salah jika mencarut, maki orang, fitnah, ikut suka hati kata pada orang. Itu semua lebih dahsyat lagi daripada songsang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas UMNO Kedah di sini, malam tadi. https://youtu.be/IwvocWQVBZc Jelas Mahdzir, kempen itu juga adalah tawaran […]