trending_flat

Restoran Marrybrown tawarkan Menu RAHMAH

JOHOR BAHRU, 25 Februari 2023 - Restoran Marrybrown yang merupakan antara rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas atau QSR (Quick Service And Fast Casual) utama di Malaysia telah menjadi restoran makanan segera halal tempatan pertama yang telah melancarkan “Menu RAHMAH” di negara ini. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu kenyataan hari ini, Menu RAHMAH itu ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH Burger Ayam atau Menu RAHMAH Nasi Kari dan disertakan dengan sebotol air minuman dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu. "Hidangan tersebut boleh dibeli bermula pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 8 malam setiap hari di lebih 200 cawangan Marrybrown seluruh negara kecuali di semua cawangan Marrybrown di lapangan terbang dan juga taman tema Genting." katanya. Dalam pada itu, Menterinya Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, […]

trending_flat

Perjawatan Maritim Malaysia Dijangka Diisi Sepenuhnya menjelang 2026

KUANTAN, 25 Februari 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) telah menjayakan latihan asas kepada 788 pegawai dan 2,528 pegawai lain-lain pangkat penguatkuasa Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (ASMAS), Kuantan Pahang sejak ia mula beroperasi pada 2 Mac 2013. Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dato’ Haji Ruji bin Haji Ubi berkata sempena Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 yang diadakan pada hari ini, seramai 78 orang pelatih terdiri daripada 61 elaki dan 17 wanita telah berjaya menamatkan latihan selama sembilan bulan di akademi ini. Daripada jumlah berkenaan, Maritim Malaysia kini telah mengisi perjawatan sebanyak 90.76% daripada jumlah perjawatan yang diluluskan. Beliau turut menjangkakan sebanyak 490 perjawatan yang masih belum diisi akan dipenuhi menjelangtahun 2026. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 […]

trending_flat

Belanjawan 2023 bukti komitmen Kerajaan Persekutuan perjuangkan kebajikan Sabah dan Sarawak

24 Februari 2023 - Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof menyifatkan bahawa peningkatan peruntukan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2023 berbanding Belanjawan 2022 membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan. Menurut Fadillah dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Sabah menerima peruntukan berjumlah RM6.5 bilion dalam Belanjawan 2023 berbanding RM5.16 bilion pada 2022, manakala Sarawak menerima peruntukan RM5.6 bilion pada 2023 berbanding RM4.67 bilion pada 2022. "Belanjawan 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia Madani juga, jelas membuktikan komitmen dan iltizam berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur di kedua-dua negeri berkenaan. Ini terbukti dengan sejumlah RM20 bilion diperuntukan untuk menerus dan menyegerakan pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Pan Borneo Sarawak serta Sabah Sarawak Link Road dengan jajaran lebih 1,000 kilometer. […]

trending_flat

Belanjawan 2023 : Memperkasa Peranan KPKT Dalam Meningkatkan Kesejahteraan Masyarakat Malaysia Madani

PUTRAJAYA, 24 Februari 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2023 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada petang ini yang mengetengahkan nilai-nilai MADANI dalam menentukan hala tuju negara (set the direction), menyemai harapan (hope) dan membina keyakinan rakyat (build confidence). KPKT telah menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM5.333 bilion pada tahun 2023 berbanding RM5.146 bilion (2022) iaitu peningkatan sebanyak 3.63% bersamaan RM186.9 juta. YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata, “KPKT komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah dirangka bagi memperkasa setiap lapisan masyarakat sama ada dari sudut ekonomi mahupun sosial”. Tambah beliau, “Belanjawan 2023 yang reformis, progresif dan mesra rakyat ini memberikan mandat kepada KPKT untuk terus mengukuhkan agenda kesejahteraan rakyat dalam sektor perumahan, kebombaan, komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).” Belanjawan 2023 dilihat terus […]

trending_flat

Fahmi sambut baik Belanjawan 2023

24 Februari 2023 - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyambut baik pengumuman Belanjawan 2023 yang merupakan cerminan prinsip Malaysia MADANI yang berteraskan sistem nilai yang luhur serta komprehensif untuk manfaat rakyat. Menurut Fahmi dalam satu kenyataan hari ini, Belanjawan 2023 berjumlah RM388.1 bilion berfokus kepada tiga tekad iaitupemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola yang baik. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ditemuramah media. Sumber Foto FB Live RTM "Sehubungan itu, Belanjawan 2023 Malaysia MADANI dengan peruntukan kepada KKD berjumlah RM2.737 bilion akan mengutamakan kemudahan Internet untuk rakyat, merealisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital serta mendukung usaha membangunkan industri kreatif. Peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan diperkasakan bagi membantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-Dagang. Sekurang-kurangnya satu (1) PEDi akan diwujudkan di setiap DUN bagi meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam […]

trending_flat

Rangkul Pingat Gangsa Aiga 2022, Bukti Maritim Malaysia Serius Tangani Isu Integriti

PUTRAJAYA, 24 Februari 2023 - Usaha Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memastikan seluruh warganya berintegriti membuahkan hasil apabila telah menerima pengiktirafan daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) iaitu dengan merangkul pingat gangsa bagi Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) tahun 2022 baru-baru ini. Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, anugerah yang diterima ini bukti Maritim Malaysia komited dan sentiasa memandang serius mengenai isu integriti para pegawai dan anggota khususnya mereka yang berada di lapangan. Beliau menambah, pengiktirafan yang diterima ini mencerminkan usaha yang dilaksanakan Maritim Malaysia dalam mendepani cabaran risiko ketirisan, isu-isu governans dan integriti sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Datuk Mohd Zubil turut berkata, tidak dinafikan dalam usaha menjadikan Maritim Malaysia berintegriti, terdapat kes-kes terpencil yang telah mencalarkan nama baik agensi ini. Namun ia tidak melemahkan Maritim Malaysia untuk sentiasa memastikan para pegawai dan […]

trending_flat

Kuala Lumpur Disenaraikan Sebagai Lokasi Terbaharu Hab De Rantau Untuk Nomad Digital

PETALING JAYA, 23 Februari 2023 – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching hari ini merasmikan DE Rantau@Kuala Lumpur bertempat di Komune Living, Bangsar South anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). DE Rantau merupakan program yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan di ASEAN sekali gus meningkatkan penggunaan digital dan mempromosikan mobiliti profesional digital dan pelancongan di seluruh negara. Program ini merupakan salah satu daripada Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) dijangka mampu menyumbang sehingga RM4.8 bilion perbelanjaan kepada ekonomi domestik negara menjelang tahun 2025. DE Rantau turut memberi faedah melalui perkongsian maklumat, kepakaran dan kemahiran kepada pasaran tenaga kerja negara dengan nomad digital dari seluruh dunia. Ini adalah selaras dengan inisiatif Malaysia Digital yang memberi tumpuan menggerakkan rakyat untuk memainkan peranan penting dalam ekonomi digital. Kuala Lumpur merupakan lokasi program nomad digital ketiga selepas Pulau Pinang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation