trending_flat

KUNJUNGAN HORMAT SPEAKER PARLIMEN SINGAPURA

KUALA LUMPUR: “Ahli Parlimen golongan muda Malaysia dan Singapura perlu mewujudkan ekosistem kerjasama berasaskan kepentingan bersama antara kedua-dua negara. Wakil rakyat kedua-dua negara perlu dijalinkan melalui hubungan mesra anggota legislatif sebagai pembentuk dasar dan perundangan”. Demikian antara perkara yang dibincangkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, ketika menerima kunjungan hormat Speaker Parlimen Singapura, Yang Berhormat Tan Chuan Jin di Parlimen hari ini. Dalam pertemuan tersebut, perbincangan juga menjurus kepada asuhan akhlak legislatif dalam kalangan wakil rakyat dan hubungan kerjasama dua hala antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura. Kunjungan Speaker Parlimen Singapura ke Malaysia turut diraikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Datuk Johari Abdul dalam satu majlis khas yang diadakan semalam. Menurut Tan Sri Rais, buat masa sekarang Parlimen Malaysia bercadang untuk mewujudkan semula Parlimen Belia sama seperti Parlimen […]

trending_flat

Gempa bumi kuat berlaku di Turkiye pagi tadi

21 FEBRUARI 2023 - – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Turkiye pada pukul 1:04 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:04 pagi, 21 Februari 2023Koordinat: 36.1° Utara 35.9° TimurLokasi: TurkiyeMagnitud: 6.3Jarak: 114km Tenggara dari Adana ,TurkiyeKedalaman: 58 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Menteri KKR adakan perjumpaan bersama kontraktor kecil G1, G2 dan G3 KL dan Selangor

KUALA LUMPUR 20 Februari 2023 – Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengadakanperjumpaan dengan kontraktor kecil G1, G2 dan G3 dari Kuala Lumpur dan Selangor di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya semalam. Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan, perjumpaan itu adalah sebahagian usaha Kementerian sebagaimana konsep “industrial engagement” berinteraksi secara terus untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu dan cabaran yang dihadapi para kontraktor kecil dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan dan juga swasta. Kata KKR, menerusi sesi itu, kontraktor kecil dapat menyuarakan pandangan kepada Menteri Kerja Raya dan juga ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian tersebut. "Sesi libat urus dan interaksi ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan YB Menteri Kerja Raya dalam memastikan isu dan cabaran penggiat industri termasuk para kontraktor kecil dalam pelaksanaan projek-projek didengar dan dapat mencari solusi bersama secara berkesan serta […]

trending_flat

AEON BiG Sambut Seruan Kerajaan Laksanakan Program Rahmah

KUALA LUMPUR 20 Februari 2023 - AEON BiG (M) Sdn. Bhd atau AEON BiG hari ini melancarkan Program Rahmah yang merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah untuk terus membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi, seiring merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Majlis pelancaran Program Rahmah AEON BiG tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di AEON BiG Wangsa Maju. Di dalam Jualan Rahmah, AEON BiG menawarkan 100 produk terpilih yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan. Antara barangan terpilih yang dijual melalui Jualan Rahmah ini termasuk beras, minyak masak, makanan proses, peralatan mandian dan banyak lagi keperluan asas lain. Selain itu, AEON BiG juga memperkenalkan pelbagai set Menu Rahmah berserta air mineral yang berharga RM4.95 sahaja. Menu ini terdiri daripada Menu Rahmah Ayam, […]

trending_flat

Warisan Seni Budaya di Tengah Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 19 Februari 2023 - Lorong Tuanku Abdul Rahman 7 bersebelahan Wisma Budi di Jalan Tuanku Abdul Rahman akan dijadikan sebagai lokasi untuk menjual dan memperagakan bahan pameran kraf Melayu dan di sebelah belakang bangunan akan menyediakan gerai jualan makanan warisan pelbagai kaum. Demikian antara cadangan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim semasa mengadakan lawatan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Mahadi Che Ngah, di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) semalam. Selain daripada pameran dan jualan juadah tradisional, pengunjung juga boleh menyaksikan pertunjukan nyanyian lagu-lagu asli, persembahan buskers, deklamasi sajak, puisi lama seperti pantun dan pameran lukisan yang menumpukan kepada sejarah dan budaya bangsa pada setiap hujung minggu. “Usaha ini sesungguhnya mendapat sokongan daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana ia akan menyerlahkan semula Budi Bahasa Budaya Kita, […]

trending_flat

Elaun Pelajar Latihan Industri

19 Februari 2023 - Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Majikan Malaysia menyatakan ’Elaun mandatori untuk pelajar latihan industri akan menghalang majikan sektor swasta daripada menawarkan penempatan latihan’. Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ingin menekankan bahawa kenyataan yang disampaikan pada 16 Feb 2023 itu adalah untuk menggalakkan sektor swasta mencontohi langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan berkaitan latihan amali bergaji dan tidak ada rancangan untuk mewajibkannya pada masa ini, terutamanya kerana syarikat masihmelalui pemulihan pasca Covid-19. Beliau seterusnya menyatakan bahawa perkara itu akan dibawa ke Kabinet di mana kebaikan dan keburukan akan dibincangkan. Hannah berkata demikian semasa sidang media di Parlimen bagi tujuan membalas soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan program internship berbayar dalam sektor swasta seperti sektor Kerajaan. YB Menteri Belia dan Sukan menjawab dengan […]

trending_flat

KBS Wajibkan Pengiring Untuk Atlet Para Negara Ke Kejohanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua atlet Para negara ditemani pegawai pengiring untuk semua penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa, berkuatkuasa dengan serta merta. Ketetapan itu, yang bakal diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bersama-sama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet Para negara dijaga sepanjang masa demi memastikan fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas. Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di sidang media di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Foto oleh FADLISHAM FADZIL “Saya telah mengarahkan MSN menyelaraskan keperluan tersebut supaya atlet-atlet Para kita akan dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap kejohanan atau pertandingan peringkat antarabangsa yang mereka sertai,” kata Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh. Jumlah pegawai pengiring untuk atlet-atlet Para negara itu tertakluk kepada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation