Fadillah rasmikan Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja
KUCHING, 25 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah merasmikan Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Di majlis tersebut, Fadillah turut menegaskan isu buruh paksa dan eksploitasi pekerja adalah perkara asas yang perlu diambil tahu secara serius oleh setiap majikan dan pemain industri. Kredit Foto: Halaman Facebook rasmi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof Katanya lagi, pada tahun ini, Malaysia telah diletakkan dalam Tahap 2 atau Tier 2 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia, oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS), setelah berada di Tahap 2 Pemerhatian atau “Tier 2 Watch List” pada Tahun 2023. Sebelum itu , Malaysia berada di Tahap 3 atau “Tier 3” dua tahun berturut-turut , […]