trending_flat

KUSKOP Bantu Bubbles O2 Kembangkan Perusahaan, Tembusi Pasaran Antarabangsa

RANTAU, 22 Ogos 2024 - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited untuk terus membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengembangkan perusahaan mereka sehingga pasaran antarabangsa. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ini termasuk sokongan berterusan kepada Bubbles O2, syarikat peneraju industri air mineral beroksigen di Malaysia agar terus berkembang pesat. Beliau berkata, ini penting agar syarikat-syarikat tempatan terus menyumbang kepada ekonomi negara seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. “Bubbles O2 adalah salah satu syarikat yang telah menerima pelbagai bentuk bantuan daripada agensi di bawah KUSKOP seperti SME Corp. Malaysia, SME Bank, dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas). Sokongan ini termasuklah pembiayaan, geran dan program pembangunan bertujuan membantu syarikat ini mengembangkan perniagaannya di dalam dan luar negara. Pernas pada tahun ini telah melabur sebanyak RM5 juta bagi pembelian mesin dan perbelanjaan operasi untuk syarikat Bubbles O2,” katanya. Beliau berkata […]

trending_flat

Ewon lancarkan Konvoi Jiwa Merdeka KUSKOP

PUTRAJAYA, 21 Ogos 2024 - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan Program Konvoi Jiwa Merdeka KUSKOP sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024, di Lobi kementerian, di sini, hari ini. Beliau berkata, program tersebut adalah antara pengisian Bulan Kebangsaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan warga Kementerian dan agensi-agensinya. “Warga KUSKOP adalah antara rakyat Malaysia yang amat bertuah kerana mendapat tempat dalam perkidmatan awam. Penempatan dalam kementerian ini harus ada nilainya iaitu memastikan Malaysia terus merdeka, maju ke hadapan dan terus membangun. Oleh itu saya menyeru seluruh warga kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian ini yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan usahawan dan koperasi supaya terus melipatgandakan usaha memberikan perkhidmatan terbaik membela nasib usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana, penjaja dan peniaga kecil serta koperasi agar mereka terus maju bersama, seiring pembangunan negara ini. Komuniti […]

trending_flat

SMK Sri Perak menjejak aspirasi ke menara gading di UM

Setiap pelajar sekolah yang menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, tentunya akan lebih teruja dalam usahanya apabila merasai sendiri pengalaman menjejakkan kaki ke sebuah universiti. Menyedari hakikat ini, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perak, Parit Buntar, Perak, baru-baru ini. Program ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan dalam usaha menjalinkan hubungan sosial dengan pihak sekolah, yang selaras dengan visi Universiti Malaya untuk melangkaui batasan ilmu dan membentuk pemimpin beraspirasi. Selain itu, program ini juga mencerminkan nilai-nilai teras Universiti Malaya seperti kesungguhan, perpaduan, integriti, keikhlasan, dan empati. Pelajar SMK Sri Perak teruja menjejakkan kaki ke UM Menurut Ketua, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Dr. Kamal Solhaimi Fadzil, program ini antara lainnya bertujuan untuk memberikan peluang kepada pensyarah dan mahasiswa Jabatan […]

trending_flat

Anwar tiba di New Delhi perkukuh hubungan 67 tahun Malaysia-India

NEW DELHI, 19 Ogos 2024 (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara India di sini pada Isnin, untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan. Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam, di sini pada 9.47 malam (12.17 tengah malam waktu Malaysia). Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Digital Gobind Singh Deo; dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Steven Sim. Ketibaan Anwar disambut Menteri Kereta Api India V.Somanna, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N.Reddy dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa. Acara sambutan rasmi Perdana Menteri yang akan berada […]

trending_flat

Balai Seni Negara adakan sesi Dialog Penggiat Seni bersama Timbalan Menteri MOTAC

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2024 – Balai Seni Negara telah mengadakan “Dialog Penggiat Seni Visual Bersama YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)” bertempat di Auditorium, Balai Seni Negara semalam. Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Encik Shaik Rizal Sulaiman, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Encik Amerrudin Ahmad, pegawai-pegawai kanan MOTAC, jabatan serta agensi. Sesi dialog tu diadakan dengan matlamat untuk mewujudkan platform komunikasi dua hala antara Timbalan Menteri MOTAC dan para penggiat seni tempatan dalam mengutarakan cadangan dan pandangan mereka berkaitan seni. "Sesi dialog yang berlangsung kira-kira satu jam ini dihadiri seramai 200 orang, terdiri daripada penggiat seni, wakil persatuan seni, galeri seni awam dan swasta serta warga akademik. Pertemuan antara YB Timbalan Menteri MOTAC dan para penggiat seni tempatan ini secara langsung dapat membuka ruang bagi membincangkan pelbagai […]

trending_flat

Dialog Belanjawan Kuskop bersama Pimpinan Gabungan Persatuan Penjaja, lebih 50 Isu dibangkitkan

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2024 - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerima lebih 50 isu, cadangan dan pandangan yang disuarakan para penjaja dalam Dialog Belanjawan KUSKOP 2025 bersama para pemimpin gabungan persatuan penjaja, di sini, hari ini. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, antara isu itu ialah berkaitan keperluan dan masalah yang dihadapi para penjaja dan peniaga kecil-kecilan termasuk peniaga pasar malam. “Pimpinan penjaja telah membangkitkan banyak perkara bukan hanya terkait dengan cadangan belanjawan tetapi juga penambahbaikan inisiatif Kerajaan sedia ada serta isu-isu yang melibatkan Kementerian lain, Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan. Semua cadangan itu telahpun direkodkan untuk tindakan lanjut kementerian dan akan dimasukkan sebagai input kementerian dalam Belanjawan 2025,” katanya. Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 KUSKOP bersama pimpinan gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan serta pengerusi-pengerusi di peringkat negeri, di sini, […]

trending_flat

JIM tumpaskan satu sindiket ejen haram

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2024 - Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram dalam satu Operasi Khas pada 15 Ogos 2024 hasil serbuan di 7 lokasi berbeza iaitu Cheras, Mid Valley City, Desa Pandan, Taman Midah, Sungai Besi di Kuala Lumpur, Sepang di Selangor dan Bandar Enstek di Negeri Sembilan. Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin Bin Jusoh, operasi yang bermula pada jam 10.30 pagi melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Katanya, berdasarkan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah berjaya menahan 4 orang lelaki warganegara Malaysia yang mana 2 orang daripada mereka adalah dalang utama sindiket tersebut. "Penahanan juga melibatkan 2 orang perempuan warganegara China yang disyaki sebagai ahli sindiket. Turut ditahan 1 orang lelaki warganegara China yang dipercayai sebagai pelanggan kepada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation