trending_flat

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengambil serius akan pengumuman menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB), oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming. Dilaporkan sejumlah RM5.21 juta telah diperuntukkan dalam sebuah Program Sentuhan Kasih KPKT pada 18 April 2024 di Kuala Kubu Bharu, Selangor.  BERSIH melihat pengumuman ini telah melanggar garis panduan Larangan 3C: No Conditions (tidak bersyarat), No Campaign (tidak berkempen) dan No Candidates (tidak bawa calon) yang telah digariskan BERSIH sejak Pilihan Raya Negeri 2023 yang lepas kepada kerajaan bukan sementara (non-caretaker government) , seperti Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam konteks pilihan raya kecil.  Seperti dilaporkan media, Nga Kor Ming turut menyeru penduduk balik kampung dan meminta mengundi parti yang “baik, prihatin, progresif” walaupun tidak menyebut mana-mana parti politik dalam kerajaan. Peruntukan khusus kepada KKB […]

trending_flat

CHARM terima RM80,000 daripada KBS

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah hadir ke Sekolah Sri Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan para atlet dari Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM) sebelum mereka berlepas ke Orlando, Amerika Syarikat di mana mereka akan bertanding di Kejohanan Sorak Dunia 2024. CHARM turut menerima RM50,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyertai kejohanan itu. Di samping itu, CHARM juga menerima RM30,000 daripada peruntukan Menteri sebagai sokongan untuk aktiviti mereka. Jumlah RM50,000 diluluskan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWSAN) merupakan salah satu inisiatif dana yang diperuntukkan di bawah KBS. Pasukan itu terdiri daripada 20 orang atlet berumur antara 12 hingga 15 tahun, dua jurulatih dan seorang pengurus pasukan. “Apabila belia kita terlibat dałam sukan, mereka akan belajar berpasukan, menyokong satu sama lain, dan bermain mengikut peraturan. Dengan ini, pembinaan negara akan berlaku. […]

trending_flat

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 1/2024 pada hari ini. Mesyuarat tersebut berperanan untuk menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif dan program pembangunan sukan. Ia termasuklah memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (sporting nation). Menurut Dr. Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak dua (2) kertas pertimbangan dibentang dan dibincangkan dalam mesyuarat JKPS tersebut, iaitu Pelan Industri Sukan dan Kerjasama Strategik Antara Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS), Kementerian Belia Dan Sukan Dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Dan Kementerian Kesihatan Dalam Pendidikan Anti-doping. "Mesyuarat juga bersetuju semua Kementerian yang terlibat perlu menggalas peranan masing-masing dalam menambahbaik program, kemudahan dan peralatan sukan bagi menampung perubahan populasi negara yang dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2030. Menurut […]

trending_flat

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam yang berjihad melawan hawa nafsu ketika sebulan berpuasa. Keseronokan dan kegemaran terhadap nikmat makan, minum, dan pasangan wajib ditinggalkan sepenuhnya pada waktu siang demi memenuhi tuntutan rukun Islam yang ketiga: berpuasa di bulan Ramadan, yang bermula terbit matahari hingga tenggelam di ufuk barat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183) Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Umat Islam dikurniakan dua hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang disambut sejak zaman Rasulullah SAW hingga hari ini demi kelestarian Sunnah Nabi sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya perkara yang pertama kita mulakan pada hariraya kita ini ialah kita sembahyang, kemudian kita kembali ke rumah lalu kita menyembelih […]

trending_flat

Jarak bukan penghambat kemesraan Aidilfitri

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nurfarahira Ahmad Yaccob Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan masyarakat Muslim berkumpul, meraikan, dan bersyukur setelah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Dr. Azmawaty Mohamad Nor Nurfarahira Ahmad Yaccob Jauh di mata, dekat di hati, merupakan salah satu ungkapan yang sering meniti di bibir masyarakat apabila tidak dapat berjumpa dengan orang yang tersayang sewaktu menjelang Hari Raya Aidilfitri. Tradisi budaya dan nilai yang sering diamalkan dan masih dikekalkan bagi masyarakat kita adalah pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini bersama ahli keluarga. Menelusuri tradisi budaya ini, kita mengetahui bahawa tidak semua orang diberi kesempatan untuk merasai sambutan hari raya yang meriah disebabkan kekangan waktu untuk bekerja pada hari perayaan. Tugas untuk berkhidmat dan mencari rezeki perlu diutamakan untuk menjamin kelangsungan hidup dan ekonomi keluarga yang […]

trending_flat

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa tindakan puak Houthi di Yaman yang mahu menyerang kapal-kapal yang ada kaitan dengan Israel di Laut Merah tidak memberi kesan besar kepada Malaysia. Houthi Yaman serang kapal Malaysia?Sejak penghujung tahun lepas, puak Houthi di Yaman telah mengumumkan mereka akan menyerang kapal-kapal yang ada kaitan dengan Israel di Laut Merah. Serangan ini telah mengganggu industri perkapalan dunia dan kapal-kapal yang menghantar produk… pic.twitter.com/V0Mn8hfg7n— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) April 16, 2024 Katanya dalam satu video di Halaman X rasmi beliau, walaupun Malaysia menyokong Palestin, antara kapal yang diserang termasuklah dari Jepun dan Panama. "Jadi walaupun kita bukan sekutu Israel, kemungkinan kapal kita diserang masih ada." kata Tengku Zafrul. Justeru banyak kapal perkapalan dunia mengelak dari menggunakan Laut Merah, sebaliknya menggunakan laluan Tanjung Harapan. Maka masa perjalanan […]

trending_flat

MCMC panggil Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo esok

CYBERJAYA, 16 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa Badrul Hisham bin Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim bin Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) telah dipanggil untuk rakaman percakapan esok. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak. "Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan." kata MCMC. Seterusnya MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation