trending_flat

KUSKOP LAKSANA 53 PROJEK PREMIS TAMU DESA DI SABAH BAGU TAHUN 2024.

Ewon-ketika-menjawab-pertanyaan-lisan-di-Parlimen-hari-ini_.jpeg KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2024 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan 53 Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) di Sabah bagi tahun 2024. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 36 projek Tamu Desa dilaksanakan dalam Fasa 1 dan 17 tapak Tamu Desa dikenal pasti di Sabah untuk pelaksanaan Fasa 2 tahun ini. Beliau berkata, bagi Sarawak, sebanyak 13 Tamu Desa akan dilaksanakan dalam Fasa 1 dan 20 tapak Tamu Desa dalam Fasa 2. “KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak. “Pada tahun ini, KUSKOP diperuntukkan RM20 juta bagi pelaksanaan premis projek Tamu Desa termasuk RM1 juta daripadanya disalurkan kepada persatuan-persatuan penjaja. “Dalam hal ini, KUSKOP bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah melaksanakan program Tamu Desa di kedua-dua negeri itu bermula […]

trending_flat

Mengukuh pendidikan STEM melalui inovasi makmal jarak jauh

Oleh: Dr. Mohd Nashrul Mohd Zubir Seorang pelajar sedang menggunakan sistem makmal jarak jauh yang dihasilkan Dalam dekad ini, kita telah pun melihat perubahan yang drastik dalam kaedah pendidikan kita. Revolusi digital yang menyeluruh telah mengubah pelbagai aspek kehidupan seharian, termasuklah dalam bidang pendidikan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Sebagai seorang penyelidik dan pendidik, saya percaya bahawa sudah tiba masanya kita melihat kepada pendekatan yang lebih fleksibel, inovatif, dan inklusif dalam mengajar serta mendalami mata pelajaran STEM. Salah satu inovasi terkini yang saya bangunkan bersama rakan-rakan penyelidik adalah makmal jarak jauh, yang bukan sahaja mampu memodenkan cara pembelajaran, malah turut memberikan impak positif terhadap minat dan penglibatan pelajar dalam bidang ini. Mengapa makmal jarak jauh? Makmal adalah komponen terpenting dalam pendidikan STEM. Ia adalah tempat di mana teori sains dipraktikkan dan diuji. Melalui eksperimen, pelajar dapat […]

trending_flat

Realiti golongan B40 menjelang Bajet 2025

Oleh: Dr. Mohd Khairi Ismail Peningkatan kos sara hidup di Malaysia memberi kesan yang tidak seimbang kepada B40 Pada tahun 2024, ekonomi global menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang memuaskan dan sekaligus memberi kesan kepada kadar kemiskinan terutama kepada golongan pendapatan 40% terbawah (B40) di Malaysia. Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund (IMF)) mengunjurkan pertumbuhan global di bawah 3 peratus yang secara tidak langsung memberi kesan kepada pengangguran Malaysia pada kadar 4.5%. Pada masa yang sama, kadar inflasi disasarkan pada 3-4% dan menyebabkan kos sara hidup terus meningkat. Keadaan ini akan menyumbang kepada peningkatan kadar kemiskinan dan menyebabkan wujud keperluan campur tangan menerusi pelaksanaan dasar dan polisi yang efektif. Dengan ketidaktentuan ekonomi global dan pertumbuhan ekonomi negara yang perlahan, kadar kemiskinan dijangka meningkat terutamanya melibatkan golongan B40. Faktor inflasi semasa memberi kesan yang mendalam kepada kumpulan B40 di Malaysia kerana ia secara […]

trending_flat

Masyarakat harus lebih bijak memilih

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Industri halal di Malaysia berpotensi menyediakan peluang yang luas kepada pengeluar makanan untuk mengembangkan perniagaan (Amanda Lim - Unsplash) Kehidupan seorang muslim adalah sering berkisarkan di antara konsep Halal dan Haram. Kedua-dua terma ini adalah berfungsi untuk menjadi garis panduan kepada umat islam dalam melaksanakan aktiviti penghidupan seharian berlandaskan syariat. Konsep Halal dalam perspektif makanan adalah merujuk kepada makanan yang dibenarkan untuk diambil oleh umat islam. Manakala, konsep haram pula adalah membawa maksud sebaliknya. Konsep makanan halal ini adalah merangkumi secara menyeluruh dengan menggalakkan umat Islam untuk mengambil produk makanan yang berkhasiat serta dihasilkan secara suci dan bersih dari perspektif Islam itu sendiri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai perkhabaran yang tular dalam ruangan internet adalah berkaitan restoran atau premis makan yang tidak memiliki persijilan Halal, terutamanya bagi premis yang terletak di dalam kawasan pusat […]

trending_flat

Bahaya batu api dalam masyarakat

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi  Perceraian merupakan isu sensitif yang kian mendapat perhatian, bukan sahaja dalam kalangan mereka yang terlibat tetapi juga di kalangan netizen yang sering menjadi ‘pemerhati’ dan ‘pengulas’ di media sosial. Namun, dalam keadaan seperti ini, peranan netizen sebagai ‘batu api’ atau punca ketegangan boleh menjadi lebih berbahaya daripada isu perceraian itu sendiri. Jangan pula kita menjadi batu api dalam apa juga isu di media sosial (Austin Distel - Unsplash) Dalam Islam, kita ditegah daripada terlibat dalam hal-hal yang tidak memberi manfaat. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Di antara tanda-tanda baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.” (Hadith riwayat al-Tirmizi no 2317) Hadith ini menyampaikan mesej yang jelas: seorang Muslim yang baik tidak campur tangan dalam perkara yang tiada manfaat. Dalam era digital ini, ramai yang tidak menyedari bahawa setiap perkataan dan komen yang dilontarkan, […]

trending_flat

Menilai pengajaran, bukan riuh bergosip

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Dalam era media sosial yang berkembang pesat, segala aspek kehidupan selebriti atau pempengaruh sering kali menjadi tumpuan umum. Setiap gerak-geri mereka diikuti dan setiap perincian mengenai kehidupan mereka termasuk perceraian menjadi bahan perbincangan hangat di kalangan netizen. Salah satu isu yang sering menarik perhatian ialah perceraian selebriti di mana setiap perincian mengenai perpisahan mereka dikongsi dan dianalisis. Namun, adakah kita benar-benar perlu melibatkan diri dalam perbincangan ini terutamanya jika kita tidak mengenali mereka secara peribadi? Perlu diingat bahawa perceraian adalah isu peribadi dan menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat untuk tidak menjadikannya bahan gosip semata-mata. Dalam hal ini, kita harus memahami bahawa setiap individu tanpa mengira status atau populariti mempunyai hak untuk menjaga aib dan privasi mereka. Ambillah pengajaran dari apa juga kejadian, dan bukan dengan mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan fitnah tak berasas (John Schnobrich - […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation