trending_flat

PPKI SMK Kota Masai ‘Raja’ Merentas Desa Pendidikan Khas Pasir Gudang 

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi dan Abdul Muiz Ab Rahman  PASIR GUDANG - PPKI SMK Kota Masai dinobatkan sebagai Juara  Keseluruhan Kategori Menengah Kejohanan Merentas Desa MSSD Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2024 yang berlangsung di Bukit Layang-layang, Johor. Anugerah kejohanan disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Puan Kartini Sahirin kepada Pengetua SMK Kota Masai, Puan Saridah Abd Majid bersama barisan pendidik dan atlet SMK Kota Masai yang diketuai oleh Puan Jamilah Ali, Guru Penolong Kanan Pemdidikan Khas. Pencapaian ini membawa makna yang besar kerana ia membuktikan bahawa usaha berterusan yang dilaksanakan oleh barisan pendidik dalam memperkasakan ekosistem pendidikan termasuklah pembangunan sukan dan akademik bagi MBPK dijalankan dengan baik. Gambar barisan atlet dan Quarter Master, bersama pengurus pasukan, Cikgu Nursyamimi Pengiktirafan ini membuktikan bahawa dengan kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan penting bagi program akademik dan aktiviti pembangunan sukan dapat memberi sinar dalam melahirkan MBPK cemerlang dan berprestasi […]

trending_flat

Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN

PUTRAJAYA, 3 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengambil tindakan ke atas premis kedai serbaneka di Presint 3, Putrajaya kerana disyaki menjual produk makanan yang tertera perkataan ‘No Palm Oil’ pada plastik pembungkusan produk berkenaan pada 2 Mei 2024. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya yang bermula pada jam 11.45 pagi itu adalah hasil aduan awam yang telah diterima oleh pihak Kementerian. "Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan telah menemui produk aiskrim pelbagai perisa yang mempunyai pernyataan ‘No Palm Oil’. Kesemua produk aiskrim tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60. Kes ini akan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit Dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022. Jika sabit […]

trending_flat

Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2024 (Bernama) - Pada Minggu Epidemiologi ke-17 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,237 kes berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 tahun 2024.  Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-17 adalah sebanyak 52,887 kes berbanding 36,977 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 adalah sebanyak 63 lokaliti berbanding 80 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 63 lokaliti yang dilaporkan, 51 lokaliti di Selangor, empat (4) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Pulau Pinang, dua (2) lokaliti Perak, dua (2) lokaliti di Kedah dan satu (1) lokaliti di Sarawak. Bagi survelan chikungunya, tiada […]

trending_flat

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong Kah Woh, memaklumkan berdasarkan statistik KPM, kadar keciciran pada peringkat sekolah rendah pada tahun 2023 hanya 0.06 peratus berbanding 0.07 peratus pada tahun sebelumnya, manakala bagi peringkat sekolah menengah adalah 0.83 peratus berbanding 0.99 peratus. Statistik menunjukkan kadar keciciran murid dalam pelajaran menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dr. Samsul Farid Samsuddin Antara faktor pencapaian ini adalah strategi serta pembaharuan dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam usaha untuk mengurangkan jurang pendidikan oleh KPM. Ini termasuk menyediakan 18 jenis bantuan persekolahan pada tahun lalu. 13 jenis bantuan merupakan bantuan khusus, manakala 5 jenis merupakan bantuan umum yang diagihkan kepada murid tercicir akibat kemiskinan. Jenis-jenis bantuan yang diberikan adalah seperti Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Bantuan […]

trending_flat

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka umat Islam seluruh dunia akan beralih kepada puasa enam di bulan Syawal. Ini kerana puasa ini mempunyai kelebihan yang amat banyak sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim). Walau bagimanapun bukan setiap insan mempunyai waktu dan kelapangan yang mencukupi untuk melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Ada yang masih belum mengqadakan puasa Ramadan yang ditinggalkan sama ada disebabkan halangan haid, kesihatan, pekerjaan berat mahupun kesulitan tertentu. Persoalannya adakah mereka yang masih berhutang puasa Ramadan boleh melaksanakan puasa sunat Syawal sebelum melaksanakan qada puasa Ramadan ataupun wajib melaksanakan qada puasa Ramadan terlebih dahulu kemudian baharu melaksanakan puasa sunat Syawal. Begitu juga sah atau tidak niat menggabungkan puasa sunat Syawal dengan […]

trending_flat

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI telah memberi impak yang besar kepada seluruh kehidupan manusia secara global untuk mula mempelajari dan mengenalpasti kepentingan AI dalam kehidupan. Dr Ariyanti Mustapha Penggunaan teknologi AI yang mula berkembang sejak penyebaran wabak COVID-19 telah memberi impak kesedaran kepada semua masyarakat tentang kepentingan mendalami ilmu kecerdasan buatan yang telah mula digunakan dalam bidang pendidikan melalui pembelajaran secara atas talian, perubatan dan perniagaan dalam talian. Tanpa disedari, penggunaan AI telah mula menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia dan ia mula membuka minda masyarakat untuk melihat aspek positif yang boleh didapati hasil daripada penggunaan AI dalam pelbagai bidang kehidupan. AI Untuk Rakyat atau AI For Rakyat merupakan sebuah platform yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia yang boleh dicapai melalui pautan www.ai.gov.my. Ia merupakan sebuah platform untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar […]

trending_flat

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam masih lagi berpecah dan berselisih, serta gagal mencari titik temu dalam mewujudkan perpaduan bersama. Tidak kira isu fundamental atau isu cabang, tiada persepakatan dalam kalangan mereka, sama ada pada peringkat agamawan atau orang awam. Masing-masing ingin menjadi jaguh dengan pandangan tersendiri. Ketika para agamawan masih bertelagah dalam isu-isu khilafiyyah, maka masyarakat awam hanyut dalam memahami agama, juga mencari pendekatan dan cara untuk menjadi orang yang beragama. Mereka seolah hilang punca dan rujukan dalam beragama. Misalnya, ada sebilangan orang awam yang gemar mencampuri urusan hukum, sebilangan yang lain suka menjatuhkan hukum kepada orang, sebilangan cenderung kepada pandangan pelik hingga mengabaikan keputusan pihak berkuasa agama. Tidak kurang, ada juga kelompok yang anti kepada elemen Sunnah dan berbau agama dengan label Arabisasi. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Lebih lanjut, segelintir […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation