trending_flat

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 - Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sabah, menyasarkan tiga (3) daerah terjejas kemarau yakni Papar, Lahad Datu dan Tawau. Operasi tersebut dijalankan selama (3) hari mulai 28 Mac sehingga 30 Mac 2024, dengan kerjasama Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Bahagian Bekalan Air Labuan setelah NADMA menerima permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah. Bagi melaksanakan OPA, pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Labuan dengan membawa empat tangki air yang mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan oleh pihak MetMalaysia. Menurut Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril bin Idrus, pelaksanaan OPA itu dibuat bagi mendapatkan sumber air yang mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas. Kemarau yang berlarutan sejak Februari lalu […]

trending_flat

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Ucapan tahmid dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT apabila pada tahun ini, masih diberikan ruang dan kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini. Ruang dan kesempatan ini adalah peluang yang sangat penting kepada semua hamba Allah untuk melipat gandakan ibadah bagi meraih sebanyak mungkin pahala yang dijanjikan pada bulan ini. Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Al-Raghib al-Isfahani ketika menjelaskan maksud ‘berkat’ (barakah) mendefinisikan berkara sebagai tetapnya kebaikan Ilahi di dalam sesuatu (perkara)’. Penjelasan beliau ini disertakan dengan contoh pemahamannya di dalam ayat al-Quran pada surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.” Beliau menyatakan bahawa dinamakan dengan […]

trending_flat

Menilai kewajaran Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM) 2026, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) telah mengutuskan delegasi rasmi pada 5 Februari lalu dan menawarkan peluang kepada Malaysia menggantikan Victoria sebagai penganjur temasya sukan kedua terbesar selepas sukan Olimpik. Dr Mohd Zaidi Md Zabri Presiden Persatuan Sukan Komanwel Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan berita penawaran untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 sebagai “peluang sekali dalam seumur hidup.” Namun, pada 22 Mac 2024, Kerajaan Malaysia secara rasminya telah memutuskan untuk menolak tawaran menganjurkan SUKOM 2026 setelah meneliti semua aspek dan implikasi. Kendatipun begitu, kita sememangnya tidak boleh menafikan romantisisme dan daya tarikan penganjuran SUKOM yang menawarkan peluang untuk kembali menyinar di pentas global seperti yang pernah kita kecapi hampir 3 dekad dahulu. Walau bagaimanapun, peluang sebegini memerlukan penilaian tuntas ketimbang impak […]

trending_flat

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pekerja asing dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 27 Mac 2024 di Kuala Lumpur. Operasi bermula pada jam 1.30 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Menurut Ketua Pengarah JIM, Dato' Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan hari ini, berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak setelah berjaya mengesan dan mengekori suspek sewaktu pertemuannya dengan seorang lagi suspek di satu lokasi sekitar Jalan Duta, Kuala Lumpur. Rentetan itu, pasukan operasi telah menahan dua orang suspek utama iaitu seorang lelaki warganegara Myanmar dan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 50 hingga 52 tahun yang disyaki sebagai ‘dalang utama’. "Hasil semakan awal mendapati suspek adalah warganegara Myanmar yang berstatus Pemastautin Tetap […]

trending_flat

Projek MySaveFood : 129.3 kilogram makanan dan 104.0 kilogram minuman berjaya dikumpulkan dari Bazar Ramadan Taman Kerang

KUANTAN 27 Mac 2024 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh telah mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Mahkota Square (Taman Kerang), Kuantan, Pahang sekali gus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024 semalam. Program BRR merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Program Payung RAHMAH MADANI untuk menggalakkan para peniaga BRR menawarkan Menu RAHMAH sebagai usaha mengurangkan beban kos sara hidup sepanjang bulan Ramadan ini. Timbalan Menteri turut melancarkan Program MySaveFood 2024 Peringkat Negeri Pahang. Program MySaveFood Ramadan merupakan satu inisiatif pengurusan sisa makanan Food Waste Management di bazar Ramadan secara berstrategi melalui usaha menyelamatkan lebihan makanan dan minuman (yang selamat dimakan/diminum) yang tidak berjaya dijual oleh peniaga bazar. Program tersebut merupakan kerjasama strategik KPDN Pahang bersama Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri […]

trending_flat

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun 2017, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah membenarkan sehingga 30% daripada keperluan kredit untuk pengijazahan diambil secara kursus dalam talian dan dibuat secara pindahan kredit oleh pelajar universiti setelah memenuhi syarat tertentu. Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Pelajar lepasan SPM dan STPM kini boleh memulakan pengajian universiti mereka dalam bidang pilihan tanpa menunggu panggilan atau pendaftaran sebagai pelajar mana-mana universiti atau institut pengajian tinggi lain. Dengan cara ini, mereka dapat mencapai 2 matlamat penting. Pertama, meringankan beban pengajian, apabila hanya perlu melengkapkan baki jumlah 70% kredit pengijazahan dengan kursus yang perlu diambil secara bersemuka pada keseluruhan tempoh pengajian, dan kedua, kemungkinan untuk memendekkan tempoh pengajian, oleh kerana telah menyelesaikan sehingga 30% daripada keperluan kredit untuk pengijazahan secara pembelajaran kendiri. Bagi memudahkan kefahaman, mari kita buat andaian berdasarkan situasi seorang […]

trending_flat

Penubuhan JKSN di bawah RUU Keselamatan Siber 2024 adalah perlu

KUALA LUMPUR. 27 Mac 2024 - Malaysia mengunjurkan ekonomi digital Negara menyumbang 25.5 peratus menjelang 2025 kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 23.2 peratus pada masa ini. Ini menunjukkan bahawa ekonomi digital Negara adalah antara tonggak utama ekonomi Malaysia. Peningkatan prasarana teknologi dan digital ini akan membuka ruang yang lebih besar kepada ancaman siber yang mana rangkaian infrastruktur digital tersambung kepada semua pengguna sama ada Kerajaan, entiti infrastruktur maklumat kritikal negara, organisasi swasta, industri dan orang ramai. Menurut Menurut Digital, Gobind Singh Deo ketika membaca teks pembukaan RUU Keselamatan Siber 2024 di Dewan Rakyat hari ini, Kerajaan telah memutuskan supaya mekanisme dan sistem pengurusan keselamatan siber Negara perlu diberi anjakan paradigma atau ditransformasikan supaya mampu menghadapi sebarang bentuk ancaman siber pada masa kini dan akan datang. "Pengurusan Keselamatan Siber Negara yang proaktif, terselaras dan berkesan memerlukan sebuah institusi yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation