trending_flat

Budaya ‘cosplay’ dalam kalangan remaja Islam: Antara minat dan hukum

Oleh: Dr. Ariyanti Mustapha  Dinamisme berfesyen dalam kalangan wanita sering mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan zaman, masa, dan teknologi yang sentiasa berkembang. Perkembangan dalam berfesyen pada hari ini bukan sahaja diminati oleh golongan berkerjaya dan remaja, tetapi juga oleh perkembangan dalam penggunaan media sosial dan TikTok yang telah membawa pengaruh besar kepada dunia fesyen dalam kalangan remaja. Interaksi sosial dari pelbagai budaya, agama, dan cara hidup melalui perkembangan media sosial telah membawa paradigma dalam perubahan fesyen dan minat dalam kalangan remaja. Penulisan kali ini akan mengupas trend remaja pada masa kini yang sangat meminati watak-watak animasi dalam manga Jepun yang diterjemahkan melalui pemakaian baju yang dinamakan sebagai ‘Cosplay’.  Perkataan ‘Cosplay’ merupakan singkatan daripada perkataan “costume play” dalam bahasa Inggeris atau Kosupure dalam bahasa Jepun yang diperagakan dengan pelbagai jenis pakaian yang menggambarkan watak-watak yang diilhamkan daripada Manga (Komik Jepun), anime […]

trending_flat

Semangat maulid perbaharui cinta kita kepada Rasulullah, senjata perangi ajaran sesat

Oleh: Rusli Abdul Roni Sempena-maulid-Nabi-SAW-mari-kita-menilai-kembali-kecintaan-kita-kepada-apa-yang-sebenarnya-dibawa-oleh-Rasulullah-SAW-Mataq-Darul-Ulum-Unsplash.jpg Setiap kali bulan Rabiulawal tiba, umat Islam di seluruh dunia menyambut tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan penuh makna, kegembiraan, dan kesyukuran menjadi umatnya. Rutin tahunan ini adalah momen penting untuk memperbaharui cinta kita kepada junjungan agung, Baginda Rasulullah SAW, serta memperkukuhkan kefahaman kita terhadap ajaran Baginda. Namun, di sebalik kegembiraan ini, terdapat cabaran yang tidak dapat dinafikan, iaitu kemunculan dan penularan ajaran sesat yang berlegar di tengah masyarakat Islam. Ajaran sesat ini bukan sahaja menggugat akidah umat Islam tetapi juga menyesatkan pemikiran serta mengaburkan kefahaman terhadap ajaran sebenar yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Ini terjadi kerana ada segelintir individu yang kurang memahami ajaran Islam atau terpengaruh oleh kumpulan yang menyimpang dari ajaran dan tauladan Rasulullah SAW. Walhal, Allah SWT telah menjelaskan dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu […]

trending_flat

Bidaan REC akan dibuka melalui mGATS

PUTRAJAYA, 5 Oktober 2024- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan membuka bidaan sijil tenaga boleh baharu (Renewable Energy Certificate – REC) daripada penjanaan tahun 2024 melalui platform Malaysia Green Attribute Trading System (mGATS) bagi membolehkan syarikat korporat dan entiti perniagaan memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Dalam satu kenyataan hari ini, PETRA memaklumkan bahawa platform bidaan mGATS yang telah dibangun dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikatnya TNBX Sdn. Bhd. telah diluncurkan pada 8 Mei 2024. “Syarikat korporat boleh menyertai bidaan di platform ini untuk mendapatkan sijil TBB yang diperlukan. Penawaran sijil TBB sebanyak 1000 GWj sijil TBB daripada sumber hidro dan 100GWj sijil TBB daripada sumber solar akan dibuka untuk bidaan mulai 12 tengahari pada 7 Oktober 2024 hingga 5 petang pada 11hb Oktober 2024. Proses bidaan ini akan dilakukan melalui […]

trending_flat

NRW akan ditambah baik

PUTRAJAYA, 4 OKTOBER 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merangka cadangan penambahbaikan Program Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) Kebangsaan dalam usaha meningkatkan pengurusan air di seluruh negara. Menurut PETRA, cadangan itu melibatkan kos sebanyak RM2.525 bilion dan telah dipersetujui olehJemaah Menteri pada 24 Julai 2024. Program itu akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran dan program tersebut akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran. Program itu merangkumi dua pendekatan : Pendekatan 1 melibatkan penggantian paip kritikal dan penyelesaian NRW holistik di enam negeri iaitu Negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Pendekatan 2 bagi negeri-negeri lain seperti Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, dengan kadar imbuhan balik secara prorata untuk menggalakkan penyertaan operator air. "Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan turut mencadangkan peruntukan […]

trending_flat

Menyimbang kecemerlangan akademik dan nilai modal insan

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Masyarakat kini sering dihadapkan dengan cabaran untuk mencapai kecemerlangan akademik. Pelajar terpaksa bersaing dengan rakan sebaya mereka untuk mendapatkan pencapaian terbaik, namun dalam kesibukan tersebut, penting untuk tidak mengabaikan nilai modal insan. Modal insan merujuk kepada kualiti dan nilai diri yang perlu dihasilkan melalui pendidikan dan pengalaman seharian. Mencari keseimbangan antara kedua-dua aspek ini iaitu, kecemerlangan akademik dan nilai modal insan, ia adalah kunci untuk pembangunan individu yang holistik dan berintegriti selari dengan konsep ihsan yang dituntut Islam. Dalam hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) diperkenalkan sebagai proses pendidikan. Pembentukan jatidiri perlu dibentuk diperingkat sekolah rendah lagi, sama ada dilaksanakan secara formal atau tidak formal bagi mengubah corak pemikiran serta tingkah laku masyarakat supaya menjadi lebih peka dan prihatin terhadap persamaan hak kemanusiaan. APAB diwujudkan bagi membantu negara mencapai matlamat membina […]

trending_flat

Memperkukuhkan hubungan antara ASEAN, Taiwan dan Korea Selatan

Oleh Dr Nurliana Kamaruddin (Gambar ibu pejabat ASEAN di Jakarta, Wikimedia Commons) Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dekad kebelakangan ini rantau Asia Tenggara semakin menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk membina kerjasama ekonomi, keselamatan dan politik. Ini bukan sahaja kerana kedudukan geografi rantau ini tetapi pembangunan ekonomi dan infrastuktur yang pesat juga membuka banyak peluang pelaburan dan pasaran baru. Bagi anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dominasi China dan Jepun sebagai kuasa ekonomi kedua dan ketiga terbesar dunia tidak dapat dinafikan. Kedua-dua negara ini juga mempunyai hubungan mendalam serta memainkan peranan yang besar dalam sejarah pembangunan negara-negara Asia Tenggara. Namun demikian, negara-negara ASEAN juga perlu mengambil kesempatan untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan ekonomi-ekonomi dan kuasa pertengahan lain di Asia Timur seperti Taiwan dan Korea Selatan. Taiwan dan Korea Selatan telah mengambil langkah proaktif dengan mengetengahkan hubungan diplomatik dengan negara-negara ASEAN sejak […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation