trending_flat

Tawaran MRSM 2024 kepada golongan B40 lebih dari 80 peratus

KUALA KUBU BHARU 11 Mac 2024 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) merekodkan pengambilan pelajar tingkatan 1 dan 4 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sesi 2024 khusus buat keluarga berpendapatan rendah B40 adalah melebihi 80% setakat ini. Menurut Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebanyak 7,424 tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar di seluruh negara. “Lebih dari 6,000 tawaran telah diberikan kepada pelajar B40 untuk ditempatkan ke MRSM. Walaupun begitu, laporan perkembangan terkini tentang penerimaan tawaran oleh pelajar golongan tersebut adalah sebanyak 76%. “Pengambilan kuota B40 bagi pelajar MRSM sesi 2024 menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada kali ini. Dasar kita menetapkan bahawa 60% kuota harus diisi oleh pelajar B40. Sejajar dengan hasrat itu, tahun ini kita berjaya menyediakan tawaran melebihi daripada peratusan asal sebagai usaha murni kita bagi mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah mendapat kemudahan pembelajaran […]

trending_flat

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah berjaya mematahkan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi OPS TIRIS 3.0 dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah premis tanpa nama di Kampung Batu 1, Dengkil, Selangor disyaki dijadikan stor haram tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi pada 8 Mac 2024. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Cawangan Sepang yang bermula kira-kira jam 5.30 petang adalah hasil maklumat awal daripada risikan yang telah dilakukan oleh pihak KPDN Putrajaya eberapa hari sebelum operasi dilaksanakan. "Hasil maklumat awal yang diperolehi, modus operandi sindiket ini adalah mengisi minyak diesel bersubsidi daripada beberapa buah stesen minyak di sekitar kawasan berhampiran tempat kejadian dengan menggunakan lori yang telah diubahsuai sebelum dibawa ke lokasi serbuan yang merupakan […]

trending_flat

KPKM pandang serius impak El Nino kepada sektor Agromakanan

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2024 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memandang serius mengenai kesan fenomena El Nino kepada sektor agromakanan khususnya terhadap sub sektor padi dan beras kerana ianya boleh menjejaskan bekalan makanan negara. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Beufort di Dewan Rakyat pagi ini, KPKM telah dan sedang mengambil beberapa langkah bagi menampan impak fenomena tersebut. "Pertama, Kementerian menerusi agensi dibawahnya iaitu MADA, KADA dan IADA telah mengambil inisiatif awal seperti mengagihkan pam backwards dan pam mudah alih berkuasa antara 7hp hingga 30hp, membina telaga tiub, memperbaiki rumah pam dan sebagainya bagi membekalkan air memandangkan bekalan air dari pengairan utama berada pada tahap minimum. Kedua, Memperbanyakkan parit jejari dan mendalamkan saliran sawah sedia ada bagi membantu mencukupkan bekalan sumber air ke dalam sawah. Ketiga, beberapa kawasan juga telah […]

trending_flat

Kerajaan beriltizam teruskan agenda pemerkasaan Bumiputera sebagai agenda nasional

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2024 - Dalam usaha menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia dan memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih bermutu, Kerajaan beriltizam untuk meneruskan agenda pemerkasaan Bumiputera sebagai agenda nasional ke arah mencapai outcome yang saksama untuk Bumiputera. Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Kerajaan akan melakukan anjakan dalam menambah baik agenda pemerkasaan Bumiputera bagi memastikan hala tuju ini adalah lebih bersifat inklusif tanpa meminggirkan sesiapa di Malaysia. "Selain itu, Kerajaan akan memperluaskan peranan syarikat berkaitan Kerajaan dan syarikat berkaitan pelaburan Kerajaan (GLC dan GLIC) dalam mendukung agenda Bumiputera sebagai agenda nasional serta memainkan peranan lebih proaktif dalam mempergiat serta menggerakkan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui pelaksanaan dasar serta inisiatif di GLC dan GLIC berkenaan. Kerajaan juga sedang meneliti dan menambah baik agenda baharu pemerkasaan Bumiputera. Sehubungan itu, penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera […]

trending_flat

Memperkasa si penghayun buaian yang mampu menggoncang dunia

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2024 pada semua kaum wanita. Ketahuilah bahawa anda semua adalah wanita hebat. Perkataan wanita itu sendiri membawa maksud yang sangat mendalam kerana peranan wanita sebagai tonggak dalam pembangunan negara. Peribadi seorang wanita yang penuh kelembutan dan keayuan tidak bermakna gagal dalam menjalankan tugas sebagai ibu, rakan sekerja, isteri dan pelbagai lagi peranan yang dimainkan. Ketegasan yang dimiliki oleh wanita itu sendiri turut dikagumi kaum lelaki. Peribahasa, tangan yang menghayun buaian dapat mengoncang dunia melihat bagaimana seorang wanita itu berjaya memperkasakan diri untuk turut sama berdiri sama tinggi atau lebih tinggi dari gender yang berlawanan. Wanita turut membuktikan mereka layak untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang yang diceburi, walaupun pada awalnya kurang keyakinan atau perlu mencari kekuatan dalam mengasah keupayaan yang ada dalam diri. Itulah antara ciri-ciri wanita hebat. Dr. Azmawaty […]

trending_flat

PJR Ramadan inisiatif Kerajaan bantu kurangkan kos sara hidup

PAPAR, 10 MAC 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini memperluaskan Agenda Payung RAHMAH MADANI melalui pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) Ramadan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali pelaksanaan PJR Ramadan melibatkan sebanyak 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara. Maklumat pelaksanaan PJR Ramadan boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah. "PJR Ramadan akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga di antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal. Selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan,PJR Ramadan akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai hasil laut, beras dan telur ayam. Bekalan produk yang terlibat pada jualan murah ini juga melibatkan kerjasama daripada agensi Kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan […]

trending_flat

Rumpai laut Sabah sumbang kira-kira 54% pengeluaran akuakultur nasional

SEMPORNA, 10 Mac 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bagi melihat dan melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna. Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), lawatan itu bertujuan melihat salah satu penyumbang industri akuakultur kepada profil industri perikanan negara. "Negeri Sabah yang merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia, mempunyai kawasan seluas 72,500 kilometer persegi, dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur. Negeri ini juga berada dalam lingkungan Segitiga Batu Karang (Coral Tiangle) yang merupakan kawasan biodiversiti tinggi. Memiliki perairan yang luas dan terlindung dari ombak kuat serta subur, Sabah adalah penyumbang utama kepada pengeluaran rumpai laut negara melalui aktiviti akuakultur. Spesies utama yang diternak di perairan di Sabah ialah Kappaphycus dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation