trending_flat

MET Malaysia keluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning)

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 02.00 petang, 26 Disember 2023 telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning),seperti yang dipaparkan di bawah. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisikotinggi. "Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan. Semua Pusat Operasi/Kawalan Bencana Peringkat Pusat hendaklah memanjangkan Notis ini ke peringkat Negeri dan Daerah. Butiran PPS pada jam 12:00 PM, 26 Disember 2023 adalah seperti berikut :

trending_flat

Tingkatkan kesedaran ancaman di laut sewaktu musim cuti sekolah

๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang melaksanakan rondaan Preventive Search & Rescue (SAR) di sekitar perairan Pulau Kendi dan Teluk Bahang sempena sambutan perayaan Hari Natal. Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, pemantauan dilakukan oleh beberapa buah bot ronda pada setiap hari yang terdiri daripada pasukan yang bertugas di bawah rutin rondaan Maritim Malaysia. Tambah beliau, anggota yang melaksanakan rondaan pantai turut berkomunikasi secara langsung dengan komuniti maritim yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha bot penumpang dan bot pancing dengan mengedarkan pelekat maklumat keselamatan di laut. Ketika keadaan cuaca yang tidak menentu, aktiviti pelancongan di sekitar perairan pantai juga dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi semasa. Inisiatif yang bermula pada 22 Disember hingga hari ini bertujuan membendung kejadian yang tidak diingini dan juga sebagai bantuan kecemasan serta […]

trending_flat

Luruan monsun dijangka berlaku sehingga 27 Disember

Menurut Laporan Harian Bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga 25 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat sepuluh (14) daerah di lima (5) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) yang dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 5,018 dalam tempoh 24 jam (berbanding 1,741 mangsa pada 24 Disember 2023). Ia melibatkan 1,361 keluarga yang ditempatkan di 77 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Manakala jumlah PPS yang dibuka juga bertambah berbanding 21 buah pada 24 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (1,174 mangsa), diikuti Dungun, Terengganu (1,157 mangsa) dan Tanah Merah, Kelantan (733 mangsa). Terdapat dua (2) kematian akibat banjir MTL yang melibatkan satu (1) kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023) dan satu (1) kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) direkodkan […]

trending_flat

Rukun Negara bukan sekadar ikrar di bibir

Oleh: Prof. Madya Dr. Aizan Binti Ali@ Mat Zin Rukun Negara nadi pendidikan rakyat Malaysia. Setiap warga Malaysia pasti melafazkan ikrar Rukun Negara ini seminggu sekali dalam perhimpunan mingguan di peringkat sekolah. Apabila tamat pengajian di peringkat rendah dan menengah tiada lagi rutin ucapan ikrar tersebut. Soalan yang timbul, adakah ikrar yang diucapkan hanya di bibir dan tiada kesan di hati sehingga melanggar rukun kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan rukun yang kelima; kesopanan dan tata susila? Rukun kelima merupakan teras keharmonian hidup sesama rakyat yang pelbagai bangsa, agama, fahaman politik, status ekonomi dan sosial. Prof. Madya Dr. Aizan Binti Ali@ Mat Zin Jika ditelusuri sejarah negara Malaysia, Rukun Negara diperkenalkan pada tahun 1970 selepas tragedi 13 Mei 1969 dengan tujuan memupuk perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun Rukun Negara […]

trending_flat

Tindakan pantas Maritim Malaysia selamatkan 2 bot nelayan terbalik

๐—ฆ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Berpantang maut sebelum ajal, teriakan dua nelayan meminta pertolongan dari laut didengari oleh pegawai bertugas Zon Maritim Sandakan semasa membuat rondaan di jeti dekat sini, semalam. Kejadian itu berlaku pada sekitar jam 10.50 malam di mana pencarian mangsa menggunakan kaedah 'Search Light' dilakukan iaitu kira-kira 0.29 batu nautika selatan Pulau Berhala, tidak jauh dari Jeti Maritim Sandakan. BOT KILAT 34 diatur gerak ke lokasi di mana kedua-dua mangsa diselamatkan dalam satu OP CARILAMAT namun bot yang dinaiki mereka didapati karam. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, Roslee Awang, 43 dan rakannya Fadzier Salleh, 36, masing-masing warga tempatan didapati tidak memakai jaket keselamatan dan keadaan laut dengan ombak besar serta arus kuat telah menyebabkan bot yang dinaiki mereka terbalik lalu tenggelam. Komuniti nelayan dinasihatkan agar mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika melakukan sebarang aktiviti […]

trending_flat

Tingkatkan Pencegahan Penularan COVID-19 tanpa menakutkan pelancong – Tiong King Sing

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) supaya lebih berhati-hati apabila memberi maklumat mengenai COVID-19 agar ianya ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ข๐ฆ๐›๐ฎ๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ญ๐š๐ค๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ฌ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข. Katanya dalam satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau, tidak dinafikan bahawa COVID-19 merupakan isu kesihatan awam yang penting dan tidak boleh โ€˜disorok bawah karpetโ€™. Namun, menurutnya adalah penting tidak bertindak secara berlebih-lebihan sehingga menyebabkan keadaaan bertambah buruk. "Penting untuk kita mengelakkan daripada menimbulkan ketakutan dan mewujudkan persepsi negatif terhadap Malaysia, terutamanya sektor pelancongan sekaligus merugikan ekonomi negara. Saya membuat rayuan ini berdasarkan kepada kebimbangan serta aduan yang dinyatakan oleh kedua-dua industri pelancongan dan orang ramai. Kita perlu mengambil pendekatan realistik, dengan mengambil kira perbezaan situasi semasa dengan situasi yang pernah berlaku sebelum ini ketika wabak mula menular. ๐€๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐›๐š๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐ค๐ข๐ซ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ซ๐š๐ฌ๐š ๐ฉ๐š๐ง๐ข๐ค […]

trending_flat

Timbalan KPN dan isteri hadir Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan PDRM 2023

Kuala Lumpur, 23 Disember 2023 โ€“ "Seikhlas Budi, Titipan Memori" menjadi tema bagi Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2023 yang diadakan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Seramai 251 pesara pegawai kanan polis bersama pasangan dari seluruh kontinjen, untuk menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara dan Pasukan selama ini. Lebih bermakna, majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay selaku Timbalan Yang di-Pertua Mes PDRM bersama isteri SAC Datin Sri Datoโ€™ Zalena Mohd Ariffin yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia. Berucap dalam majlis malam tadi, Dato' Sri Ayob Khan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan beliau kepada para pesara atas segala khidmat bakti yang diberikan bersama PDRM dan mengalu-alukan sebarang nasihat dan teguran membina agar Pasukan dapat terus mengorak […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–