trending_flat

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November 2023, Muslim di India dan di luar India telah dikejutkan dengan dalam satu langkah kontroversi yang diambil oleh kerajaan wilayah Uttar Pradesh di India, yang diketuai oleh BJP, sebuah parti fundamentalis di India yang mengenakan larangan ke atas pengeluaran, penyimpanan, pengedaran dan penjualan produk makanan, ubat-ubatan dan kosmetik yang disahkan halal. Malah dikatakan bahawa kerajaan wilayah ini telah lama merancang untuk mengenakan larangan ke atas produk yang disahkan halal. Keputusan ini telah menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan pelbagai masyarakat, bukan sahaja dalam kalangan umat Islam di India bahkan di luar India. Kerajaan wilayah Uttar Pradesh menyatakan bahawa larangan/sekatan tersebut adalah berdasarkan isu kesihatan awam dan untuk mencegah kekeliruan. Malah mereka berhujah bahawa pensijilan halal, yang menjadi tanda aras pematuhan kepada undang-undang Islam, mengganggu piawaian kualiti yang ditetapkan oleh […]

trending_flat

Industri Ladang Hutan hasilkan Sumber Bekalan Kayu Alternatif kepada pengeluaran Hutan Asli

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah meninjau Projek Model Ladang Hutan di Hutan Simpan Sabal, Simunjan seterusnya menyempurnakan Trek Komoditi Industri Perkayuan (Ladang Hutan) Sarawak sempena siri Trek Komoditi Zon Sarawak anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) hari ini. Model Projek Ladang Hutan ini merupakan kerjasama antara Jabatan Hutan Sarawak dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bermula pada tahun 2010, bertujuan untuk memberi panduan dalam pengurusan dan pembangunan ladang hutan di Sarawak. Objektif penubuhan ladang hutan adalah bagi menampung keperluan bahan mentah industri perkayuan dan mengurangkan kebergantungan terhadap hutan asli sedia ada. Di Sarawak, inisiatif penubuhan ladang hutan telah bermula sejak tahun 1997 dan sehingga 30 Jun 2023, seluas 578,774.16 hektar ladang hutan telah dibangunkan di Sarawak melibatkan pelbagai spesies seperti Acacia Mangium (54%), Batai (19%), Eucalyptus (15%), Kelampayan (6%) […]

trending_flat

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai dan selamat. Ia bukan sahaja menyelamatkan umat daripada kesesatan di dunia malah menyelamatkan manusia di hari akhirat kelak. Perdamaian dan keselamatan yang ditawarkan Islam ini secara relatif singkatnya, ia telah berjaya menembusi seluruh pelusuk dunia. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Senario ini selari dengan hakikat bahawa Nabi SAW sendiri diutuskan sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Baginda merupakan contoh teladan yang terbaik bagi seorang Muslim. Akhlak baginda yang mulia dan ketegasan dalam kelembutan baginda menjadikan Islam diterima baik oleh masyarakat sekitar. Dalam khazanah perbendaharaan yang diwariskan Baginda sebagai pusaka kepada umat Islam, terdapat banyak contoh bagaimana teladan Baginda dalam berinteraksi dengan umat Islam mahupun bukan Islam. Baginda telah tegaskan: Aku telah tinggalkan buat kalian dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kalian berpegang pada […]

trending_flat

Forum Women In Maritime Law Enforcement perkasa peranan wanita dalam penguatkuasaan maritim serantau

BANGKOK, 24 November - Komitmen Maritim Malaysia dalam usaha memperkasakan peranan wanita diteruskan melalui penyertaan pegawai wanitanya dalam satu lagi siri forum Women in Maritime Law Enforcement (WinMLE) anjuran United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini. Forum yang menghimpunkan pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai agensi penguatkuasaan maritim di negara-negara ASEAN ini turut disertai oleh delegasi dari Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam termasuk Malaysia. Forum ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, berbincang serta berkongsi amalan terbaik kepada agensi-agensi penguatkuasa maritim di rantau Asia Tenggara mengenai hak kesamarataan jantina seperti mana yang terkandung dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030 (SDGs 2030), Matlamat 5 iaitu Hak Kesaksamaan Jantina (Gender Equality). Forum siri kesembilan ini memberi fokus kepada peranan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anggota wanita sebagai pemimpin dalam bidang yang dimonopoli kaum lelaki dalam bidang penguatkuasaan undang-undang negara […]

trending_flat

Tipu jemaah Umrah: MOTAC semak semula semua syarikat agensi pelancongan

24 November 2023 - Susulan insiden penipuan oleh segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusan jemaah yang mengerjakan umrah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti serta menyemak semula kelayakan kesemua syarikat agensi pelancongan, khususnya yang menjalankan perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dalam satu kenyataan semalam, walaupun MOTAC telah mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat yang berkenaan seperti membatalkan lesen mereka, namun masih terdapat aduan mengenai masalah sama. "Saya difahamkan masih ada ejen-ejen syarikat pelancongan ini yang degil dengan mempromosikan pakej-pakej umrah tetapi tidak melaksanakannya. Sebelum ini terdapat aduan dan keluhan orang ramai khususnya jemaah umrah yang menjadi mangsa penipuan segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusaan umrah yang tidak bertanggungjawab. Ada jemaah umrah yang tidak dibawa ke destinasi-destinasi atau diberikan perkhidmatan yang sepatutnya, seperti yang ditawarkan oleh syarikat agensi […]

trending_flat

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November - Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin sejak beliau dilantik memegang jawatan berkenaan pada 6 November lalu diteruskan bagi merapatkan kerjasama dua hala menerusi agensi-agensi di rantau ASEAN dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terbaharu Datuk Hamid telah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Diraja Thailand, Kepten Jirapong Apichatwong RTN serta Duta Besar Jepun, Tuan Yang Terutama Katsuhiko Takahashi di sini semalam. Pertemuan di antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dan Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Diraja Thailand, Kepten Jirapong Apichatwong RTN. Pertemuan di antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dan Duta Besar Jepun, Tuan Yang Terutama Katsuhiko Takahashi Antara perwakilan lain yang turut melakukan kunjungan hormat sama ialah Timbalan […]

trending_flat

JSPT kekal komited jalankan fungsi dan peranan dalam aspek penguatkuasaan undang-undang serta keselamatan jalan raya – KPN

Sumber : FB Rasmi PDRM Kuala Lumpur, 23 November 2023 – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kekal komited menjalankan fungsi dan peranan utamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan jalan raya serta terus konsisten melaksanakan penguatkuasaan selari dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, menerusi Pelan yang dibangunkan oleh Kementerian Pengangkutan tersebut, pelbagai kementerian serta agensi yang berkepentingan, termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus bekerjasama merencana perancangan strategik dan langkah intervensi sekali gus mencapai hasrat ke arah sifar kematian akibat kemalangan di negara ini. “JSPT telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Op Perdagangan secara berterusan ke atas kenderaan-kenderaan berat bagi memastikan pemandu dan pengusaha syarikat pengangkutan, mematuhi peraturan serta undang-undang keselamatan jalan raya. “Dari Januari hingga Oktober 2023, JSPT telah melaksanakan sebanyak 1,078 Op Perdagangan berbanding 797 operasi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation