trending_flat

Usah dipenjarakan jiwa dan mindamu merdeka ini

Oleh: Rusli Abdul Roni Merdekakan jiwamu dengan membebaskan hati dan minda dari belenggu dan penjajahan dari anasir luar yang melemahkan (Putra Mahirudin - Unsplash) Setiap kali bulan Ogos dan September tiba, kita sebagai rakyat Malaysia pastinya terkenang kembali sejarah panjang perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan. Hari Kebangsaan disambut dengan pelbagai aktiviti patriotik yang penuh semangat—dari kibaran Jalur Gemilang di setiap penjuru negara hingga perarakan megah yang dihadiri oleh pemimpin negara, rakyat jelata, bahkan tetamu antarabangsa. Namun, hakikat kemerdekaan itu tentunya lebih mendalam daripada sekadar acara perayaan tahunan. Persoalan utama yang perlu kita renungi ialah, sejauh mana kita benar-benar merdeka dalam erti kata sebenar? Adakah kita hanya merdeka secara fizikal, politik, ekonomi, sosial, dan budaya, atau masih ada ruang di mana jiwa dan minda kita terbelenggu? Sejak Almarhum Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, rakyat telah disatukan oleh […]

trending_flat

[Video] Ewon hadir di Pavilion KUSKOP

Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick di Pavilion KUSKOP sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Edisi ke-20 hari ini. https://youtube.com/shorts/hpSKbEWz76s?feature=share Beliau turut berkesempatan merasmikan pelancaran produk Rendang Daging Nekna.

trending_flat

Sambutan Maulid Nabi bukti kecintaan, kesyukuran dan kegembiraan

Oleh: Dr. Mahyudin Daud, Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh Pensyariatan sambutan Maulid Nabi SAW itu jelas daripada al-Quran, sunnah dan pandangan ulama (Nahrizul Adib Kadri - Unsplash) Perayaan Maulid Nabi adalah bukti cinta kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW sekaligus memuliakan Baginda dan bergembira dengan kurnian Allah SWT yang paling besar. Sambutan tersebut juga adalah satu cara menzahirkan syukur kepada Allah Yang Maha Esa atas nikmat kelahiran Nabi SAW sebagaimana firman Allah SWT: “Katakanlah wahai Muhammad SAW (kepada umatmu) dengan limpah kurnia Allah dan dengan rahmatNya maka dengan demikian bergembiralah oleh kaum muslimin.” Bagi pencinta Rasulullah SAW, sambutan tersebut adalah wajar secara logik dan disyariatkan berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Umat Islam sejak berkurun lamanya telah mengadakan sambutan tersebut dan para ulama telah bersepakat di atas hukum istihsannya bahkan tidak ada seorang ulama muktabar pun yang mengingkarinya. Merayakan Maulid Nabi hakikatnya […]

trending_flat

Fadillah dedahkan kandungan draf MoU

KUALA LUMPUR, 16 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof mengambil keputusan untuk mendedahkan isi kandungan draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditolak pembangkang baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan Perpaduan, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof . Kredit Foto : Halaman FB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Ini susulan dari kenyataan media oleh Ketua Pembangkang, Dato; Seri Hamzah Zainudin, berkait keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk MoU mengenai peruntukan pembangkang yang dikemukakan kerajaan. "Memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media berhubung MoU berkenaan, maka dengan ini saya kemukakan dua draf MoU berkenaan kepada pihak media untuk membuktikan ketelusan Kerajaan Madani (rujuk dua lampiran disertakan, Lampiran A dan Lampiran B). Niat Kerajaan Madani ini adalah untuk mewujudkan suasana aman harmoni dan supaya semua Ahli Parlimen lebih memfokuskan kepada usaha […]

trending_flat

Sambutan Maulidur Rasul kini sebuah keperluan

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Pada setiap tahun umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Malah kerajaan memperuntukkan satu hari sebagai cuti umum khas bagi menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada tahun ini ia jatuh pada 16 September 2024, bersamaan tarikh sambutan Hari Malaysia. Sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi keperluan di zaman ini bagi mendekatkan kita kepada Rasulullah SAW (Ahmet Kurem - Unsplash) Walaupun sudah sekian lama sambutan Maulidur Rasul diadakan di Malaysia namun masih ada segelintir umat Islam yang tidak selesa dengan sambutan tersebut kerana dikatakan bid’ah yang berlawanan dengan syarak. Bagi mereka jika ia amalan yang dituntut oleh syarak maka sudah tentu para sahabat, Tabi’in dan imam empat mazhab (Syafie, Abu Hanifah, Malik dan Ahmad) terlebih dahulu melaksanakannya. Malah mereka juga mendakwa Saidatina Aisyah yang hidup melebihi empat puluh tahun selepas kewafatan baginda pun tidak […]

trending_flat

AEON komited merancakkan sektor peruncitan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 September 2024 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Hajah Fuziah Salleh telah hadir ke Majlis AEON 40Th Anniversary Thank You Dinner bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam. AEON Co. (M) Bhd. (dahulu dikenali sebagai JUSCO) meraikan ulang tahun ke 40 penglibatannya dalam sektor peruncitan di Malaysia. AEON mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1984 dengan pembukaan cawangan pertamanya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Kredit Foto : UKK KPDN Sejak itu, AEON telah berkembang pesat dan kini merupakan salah satu peruncit utama di negara ini. Sepanjang 40 tahun keberadaan AEON Co. (M) Bhd. di Malaysia, AEON telah mempunyai sebanyak 28 AEON Hypermarket, 25 pasar raya AEON Big, 10 AEON Superstore, 6 MaxValue Prime, 62 AEON Wellness, dan 46 Daiso di seluruh negara. AEON juga mempunyai lebih 11,000 orang pekerja di seluruh negara […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation