trending_flat

Impact Malaysia berjaya membangkitkan semangat 864 orang Changemaker muda melalui lawatan pertama Jelajah Impact

SHAH ALAM, 21 September 2023 -  Jelajah Impact telah memulakan lawatan pertamanya semalam bersama 864 peserta di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13 Shah Alam. "Jelajah Impact: Edisi Changemaker" adalah program outreach yang terdiri daripada bengkel separuh hari di 6 institusi pendidikan tinggi di mana peserta akan didedahkan dengan isu-isu sosioekonomi, cerita perubahan dan bagaimana seseorang anak muda boleh menjadi sebahagian daripada pembuat perubahan tersebut menerusi program Jelajah Impact. Jelajah ini dianjurkan khusus untuk menarik minat peserta terutamanya para belia bagi menyertai Akademi Impact iaitu program inkubator khusus untuk changemakers. Jelajah Impact dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan UniKL. Seramai 50 orang peserta Jelajah Impact akan dipilih untuk menyertai Akademi Impact yang dijangka akan dijalankan pada November 2023. Pada tahun 2022, Impact Malaysia telah berjaya mengadakan Jelajah Impact dengan tema […]

trending_flat

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Arwah Anak

NILAI - "Kami tetap hadir, biarlah sijil ini menjadi tanda sebuah kenangan dan cinta arwah kepada kami, " kata Mohd Suhairy Hashim, 46. Mohd Suhairy memberi reaksi itu ketika ditemui selepas menerima Skrol Sijil Servis Kenderaan Ringan mewakili arwah anaknya, Muhammad Danial yang meninggal dunia akibat kemalangan Januari lalu. Skrol sijil berkenaan disampaikan oleh Profesor Teknologis Dr. Ali Selamat, Dekan Malaysia Japan International Institute Of Technology, Universiti Teknologi Malaysia merangkap Ahli Lembaga Peperiksaan Dan Penganugerahan Sijil / Diploma Politeknik pada Sidang ke-7 Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), disini, semalam. Sementara itu, ibu arwah, Azlina Musa berkongsi arwah anaknya itu memang meminati bidang automatif dan bercita-cita untuk bekerja di syarikat automatif utama di negara ini setelah tamat pengajian di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Katanya, setelah tamat pengajian, Muhammad Danial bekerja di […]

trending_flat

Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser

PAHANG 21 September 2023 – Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang dengan kerjasama Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu (Wilayah Pantai Timur) dan Maybank Cawangan Kuantan telah mengadakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser di Dewan Komplek Sukan Bukit Fraser, Raub pada petang semalam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Cik Leong Yu Man. Menurut Tourism Pahang, Kerajaan Negeri akan sentiasa mengorak langkah bersama-sama pihak institusi-institusi perbankan dan pengeluar wang elektronik bukan bank bagi memastikan Negeri Pahang menjadi negeri pintar melalui penggunaan transaksi digital bagi semua urusan pembayaran. "Penganjuran inisiatif seperti ini amat membantu memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga mahupan orang awam melaluiplatform berteknologi tinggi serta pembayaran tanpa tunai bagimengurangkan jurang digital di kalangan bandar. Usaha ini juga memerlukan perancangan rapi serta penglibatan setiap jabatan dan agensi untuk merangka dan […]

trending_flat

Ke mana lulusan KV hendak pergi?

Oleh: Dr. Abd. Razak Zakaria Sekolah Menengah vokasional (SMV) merujuk kepada sekolah-sekolah yang menawarkan latihan kemahiran berbanding pendidikan akademik. Pada awal penubuhannya pada tahun 1964, pendidikan vokasional lebih ditumpukan kepada murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah supaya mereka tidak terus tercicir daripada arus pendidikan perdana. Walau bagaimanapun, perubahan dasar baru kerajaan telah mengangkat pendidikan vokasional ke tahap yang lebih tinggi dan tidak lagi dianggap pendidikan vokasional sebagai pendidikan kelas kedua. Dr. Abd. Razak Zakaria Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah meletakkan pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai salah satu bidang teras yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berkualiti serta memenuhi hasrat negara dalam melahirkan ramai tenaga kerja mahir. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Teknik dan Vokasional berusaha menjayakan misi ini dengan memperkasakan lagi bidang Teknik dan Vokasional melalui […]

trending_flat

Malaysia dan Türkiye sepakat bendung Islamophobia

NEW YORK - Perdana Menteri, Dat' Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan bersama Presiden Türkiye TYT Recep Tayyip Erdoğan di Turkish House, New York. Di dalam hantaran di halaman X rasmniya, Anwar berkata bahawa Malaysia dan Türkiye sepakat untuk menggandakan usaha bagi membendung sentimen Islamophobia yang semakin menggila. "Kami senada bahawa usaha memberi penjelasan perlu dipergiat. Sekiranya, isu mengenai Islam ini tiada jalan kesudahan maka natijahnya amat teruk untuk masa hadapan khususnya generasi akan datang. Turut dibincangkan semasa pertemuan ini adalah keperluan untuk meningkatkan kerjasama dua hala terkait bidang pelaburan dan perdagangan antaranya melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi membesarkan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG), kerjasama ekosistem pertahanan antara kedua-dua negara." kata Anwar. Anwar turut menjemput sekali lagi Presiden Erdogan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sebelum hujung tahun ini. "Besar harapan saya agar hubungan […]

trending_flat

Anwar tiba di New York

NEW YORK - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah tiba di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78. Beliau ditemani isterinya, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan diiringi delegasi Malaysia. Turut bersama beliau adalah Menteri Luar, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa serta pimpinan lain. "Insya-Allah, saya dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa sesi Debat Umum pada 22 September 2023 pada jam 10.00 pagi waktu tempatan (10.00 malam waktu Malaysia). Selain itu saya juga akan mengadakan pertemuan di sela-sela sesi Perhimpunan Agung PBB dengan ketua-ketua negara antaranya Türkiye, Iran, Iraq, Sri Lanka, dan Thailand." kata Anwar menerusi satu hantaran di halaman X rasmi beliau. Tambah Anwar, beliau turut dijadualkan […]

trending_flat

Pasangan Kembar Teruja Raikan Majlis Graduasi Bersama

NILAI, 20 September - Sepasang kembar seiras teruja meraikan majlis graduasi mereka bersama pada Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini. Muhammad Shah Hazimi Azlan Shah (abang) dan Muhammad Shah Hakimi Azlan Shah, 21, (adik) masing-masing menerima Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Servis Kenderaan Ringan antara penerima diploma dan sijil pada Sidang 5 bagi Kolej Komuniti Zon Selangor pada majlis konvokesyen yang berlangsung semalam. "Pada mulanya permohonan saya untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Selayang tidak diterima berikutan kuota yang disediakan telah penuh, namun saya dipanggil pada saat akhir berikutan terdapat kekosongan ketika itu. Saya mengambil peluang yang diberikan untuk mempelajari ilmu kemahiran dalam industri hospitaliti sementara kembar saya meneruskan pengajian dalam bidang servis kenderaan ringan di Kolej Komuniti Kelana Jaya," kata Muhammad Shah Hazimi. Tambahnya, pengalaman menjalani latihan industri […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation