trending_flat

MISI BANTUAN BANJIR #KITAKAWAN

Merujuk kepada situasi banjir yang semakin membimbangkan hari ini, di mana laporan rasmi mencatatkan jumlah mangsa terlibat di Terengganu telah meningkat kepada 19,601 orang daripada 5,699 keluarga, di Kelantan meningkat kepada 12,104 orang daripada 3,295 keluarga, selain Pahang, Johor dan Perak yang turut mencatat peningkatan. Justeru, pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Adab Youth Garage (AYG) telah mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir #KitaKawan untuk membantu mangsa banjir di negeri yang terlibat khususnya di Kelantan dan Terengganu. Sebagai makluman, persediaan telah diatur melibatkan seramai 570 orang sukarelawan, 21 kenderaan pacuan empat roda, 3 buah lori, 5 buah van dan 23 buah waterjet yang akan dimanfaatkan untuk misi kali ini. Dalam masa yang sama pihak kami telah membuka Pusat Operasi dan Pengurusan Sumbangan Bantuan Bencana dan Banjir ABIM-GPM-AYG (Sanggar Bakti) di seluruh negara […]

trending_flat

ABIM gesa satu usul khas tergempar berkenaan bencana banjir di Kelantan dan Terengganu dibentangkan di Parlimen hari ini

19 DISEMBER 2022 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa supaya satu usul khas tergempar berkenaan bencana banjir di Kelantan dan Terengganu yang semakin membimbangkan dibentangkan di Sidang Parlimen hari ini. Menurut Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam, perbahasan tersebut perlu turut meliputi kesiapsiagaan jentera kerajaan mendepani banjir, serta penyelarasan bantuan dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir, dan lebih utama perancangan dalam menangani impak perubahan iklim. "Selain usul undi percaya kepada Perdana Menteri serta usul rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, ABIM menggesa supaya satu usul khas tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18, Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dibentangkan berkenaan bencana banjir untuk dibincangkan bersama oleh seluruh anggota Dewan Rakyat. Dalam mendepani situasi bencana hari ini, ABIM turut menggesa seluruh pihak khususnya ahli politik untuk mengenepikan kepentingan politik kepartian, sebaliknya bersama-sama membantu menstabilkan situasi politik semasa serta […]

trending_flat

Presiden ABIM Santuni Waris Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

16 Disember 2022 - Selesai menghadiri Majlis Sambutan 50 Tahun Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Kedah di Alor Setar, Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz bergegas menziarahi keluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali di Hospital Sg Buloh. Faisal bersama Exco Kesihatan ABIM Pusat, Dr. Atiqah Najwa dan Presiden PKPIM, Ahmad Farhan Rosli menzahirkan rasa takziah dan simpati kepada keluarga yang terlibat dalam tragedi ini. Kini waris dalam proses pengecaman mayat keluarga. Proses berjalan lama dan akan bersambung hari ini. Semoga Allah beri kekuatan kepada mereka yang terlibat.

trending_flat

ABIM RAKAM UCAPAN TAHNIAH BUAT MENTERI PENDIDIKAN BAHARU, PERINCI ASPIRASI PENDIDIKAN UNTUK MASA DEPAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan tahniah buat YB Puan Fadhlina Siddiq atas taklifan sebagai Menteri Pendidikan kepada kerajaan Perpaduan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim. ABIM meyakini kewibawaan dan pengalaman yang dimiliki menjadi tonggak untuk beliau memimpin kementerian pendidikan ke arah kecemerlangan. Dalam memenuhi misi tersebut, ABIM ingin perinci lima perkara pokok isu pendidikan yang harus dititikberatkan. Pertama, isu keciciran pembelajaran yang harus diangkat sebagai isu utama. Justeru ia memerlukan pengukuhan 3M pada peringkat tahap 1. Kedua Dasar Pendidikan Digital perlu disegerakan bagi mempercepat adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan. Ketiga sekolah daif yang merupakan isu berpanjangan dan perlu penyelesaian kreatif dan drastik bagi kesaksamaan pendidikan. Keempat hala tuju pendidikan perlu dijajarkan semula bagi memaknakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Negara yang dilihat semakin dilupakan akibat pembelajaran berorientasikan peperikasaan masih menebal dalam masyarakat. […]

trending_flat

Hentikan Hasutan Perkauman dan Agama – ABIM

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2022 - Merujuk kepada titah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, supaya tiada lagi pemimpin membangkitkan isu perkauman serta agama yang bertujuan untuk menghasut masyarakat, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa semua pihak harus bertanggungjawab untuk sama-sama meredakan suhu politik negara khususnya bersabit kerenggangan agama dan kaum yang telah menimbulkan kegelisahan seluruh rakyat Malaysia semenjak Pilihanraya Umum Ke-15 yang lalu. "ABIM merujuk kepada kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman ,Datuk Seri Hazani Ghazali, pada 22 November 2022 lalu, sebanyak 515 kertas siasatan telah dibuka dari sejumlah 3,483 laporan diterima sejak 4 November sehingga 21 November 2022. Laporan serta kertas siasatan itu antara lain dibuat meliputi kes berkaitan Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation