trending_flat

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi dialog dengan para pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi berhubung langkah-langkah untuk memperkukuh pemacuan pertumbuhan ekonomi dan merangsang pelaburan domestik. Dalam sesi tersebut, Anwar menekankan petunjuk awal indikator ekonomi memperlihatkan bahawa dasar fiskal Kerajaan dan langkah Belanjawan 2023 telah membuahkan hasil meskipun menghadapi pelbagai cabaran yang diwarisi sejak Kerajaan mengambil alih pada November 2022 iaitu : Malaysia telah mencapai pertumbuhan Suku Pertama (S1) 2023 yang memberangsangkan sebanyak 5.6% (berbanding unjuran 2023 sebanyak 4% hingga 5%) dan mengurangkan kadar pengangguran kepada 3.5% (berbanding 5.2% pada Mei 2020). Pelaburan yang diluluskan pada S1 2023 mencecah RM71 bilion, meningkat 60% daripada RM45 bilion pada S1 2022. Ini disokong oleh minat pelaburan yang tinggi daripada, antaranya, Amazon Web Services, Tesla EV, Geely / Proton Automotive […]

trending_flat

PERDANA MENTERI DIBERI KAD MEDIA SEBAGAI MENGHARGAI SUMBANGAN BELIAU DALAM MEMARTABATKAN LAGI KEBEBASAN MEDIA

IPOH, 28 Mei 2023 – Sebagai penghargaan kepada usaha Perdana Menteri dalam memartabatkan kebebasan media di Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media (Media Accreditation Card) katogeri Emas (Gold) Jabatan Penerangan Malaysia daripada YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) sempena Hari Wartawan Nasional 2023 atau HAWANA disini. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Turut hadir pada majlis ini yang diadakan di reruai JaPen sempena HAWANA 2023 di Hotel Casuarina@Meru ialah YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi & Digital. Kad Perakuan Media (KPM) Jabatan Penerangan Malaysia merupakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada pengamal media daripada agensi dan syarikat media yang telah didaftarkan dan diperakukan oleh kerajaan secara rasmi melalui Jabatan Penerangan Malaysia untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan. Terdapat lima […]

trending_flat

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub telah melepaskan “Flag Off” Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun yang diadakan di Lobi Pejabat Ketua Majlis, Bangunan Parlimen hari ini. Menurut Salahuddin dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 1500 Bakul RAHMAH dan 6 buah lori telah dilepaskan ke Tambun oleh Perdana Menteri hari ini. "Untuk pengetahuan umum, KPDN telah melancarkan Inisiatif Bakul RAHMAH melalui Program Payung RAHMAH yang telah diperkenalkan oleh Kementerian pada awal tahun ini bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500) dan mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan ini. Sehingga hari ini, sebanyak 26,150 Bakul RAHMAH telah diagihkan ke seluruh Malaysia dengan bantuan sumbangan berbentuk makanan asas daripada Yayasan Global Mesra (YGM). Kementerian akan menggerakkan Inisiatif […]

trending_flat

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar telah berkata, “ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham”. Tambahnya, “Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu. Untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.” 2. Saya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya. 3. Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah. 4. Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri. 5. Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas PRU 14. Tetapi […]

trending_flat

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 - Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri Menu RAHMAH yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia semalam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Sebanyak 14 pemain industri termasuk persatuan-persatuan penyedia makanan yang menawarkan Menu RAHMAH telah berjaya dikumpulkan di dalam majlis kenduri tersebut. Antara industri dan persatuan yang menyertai majlis kenduri ini adalah Mydin, AEON Big, Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim, Pertubuhan Sahabat Tom Yam Prihatin Se-Malaysia, PLUS Berhad, Marry Brown Sdn Bhd, Old Town White Coffee, McDonald’s Malaysia, Burger King, A & W Malaysia, Texas Chicken Malaysia, Bubblebee, Mios Kitchen dan Temerloh Catering Sdn. Bhd. Justeru, KPDN mengucapkan terima kasih kepada semua penyedia makanan kerana menyertai majlis kenduri ini dan menyediakan makanan Menu RAHMAH kepada jemputan secara […]

trending_flat

Lima individu dilantik anggotai badan penasihat khas, bantu Anwar selaku Menteri Kewangan

PUTRAJAYA 7 Februari 2023 - Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah melantik lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau selaku Menteri Kewangan. Dalam satu kenyataan ringkas yang diedarkan semalam, Anwar berkata badan penasihat khas itu terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican. Selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas tersebut akan dianggotai oleh: • Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato' Ahmad Fuad Md Ali;• Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng;• Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato' Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan• Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi. Jelas Anwar badan penasihat khas yang dilantik itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

trending_flat

Anwar tiba di Singapura

SINGAPURA, 30 Januari 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura pada hari ini bagi lawatan rasmi sehari. Beliau ditemani oleh isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan para delegasi dari Malaysia. "Tiba di Singapura bersama Azizah dan para delegasi Malaysia untuk lawatan rasmi sehari. Turut sama dalam lawatan ini Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz Ghazi. Ketibaan saya disambut Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan delegasi." kata Anwar dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau. Anwar turut berharap agar lawatan tersebut akan memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Singapura.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation