SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 https://youtu.be/yWrq5OcYils Jawatankuasa Media dan Publisiti (JKMP) Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun (HKHM) 2023 memperkenalkan Program KUARTET MERDEKA bagi membantu mengelorakan sambutan HKHM 2023 dan meningkatkan penyertaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Program ini berkonsepkan Bual Bicara Khas secara eksklusif yang terdiri daripada empat orang ahli Jemaah Menteri iaitu: a. YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digitalb. YB Tuan V Sivakumar, Menteri Sumber Manusiac. YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dand. YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Saksikan video Bual Bicara Khas bersama Hannah Yeoh.

trending_flat

Elaun Pelajar Latihan Industri

19 Februari 2023 - Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Majikan Malaysia menyatakan ’Elaun mandatori untuk pelajar latihan industri akan menghalang majikan sektor swasta daripada menawarkan penempatan latihan’. Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ingin menekankan bahawa kenyataan yang disampaikan pada 16 Feb 2023 itu adalah untuk menggalakkan sektor swasta mencontohi langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan berkaitan latihan amali bergaji dan tidak ada rancangan untuk mewajibkannya pada masa ini, terutamanya kerana syarikat masihmelalui pemulihan pasca Covid-19. Beliau seterusnya menyatakan bahawa perkara itu akan dibawa ke Kabinet di mana kebaikan dan keburukan akan dibincangkan. Hannah berkata demikian semasa sidang media di Parlimen bagi tujuan membalas soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan program internship berbayar dalam sektor swasta seperti sektor Kerajaan. YB Menteri Belia dan Sukan menjawab dengan […]

trending_flat

KBS Wajibkan Pengiring Untuk Atlet Para Negara Ke Kejohanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua atlet Para negara ditemani pegawai pengiring untuk semua penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa, berkuatkuasa dengan serta merta. Ketetapan itu, yang bakal diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bersama-sama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet Para negara dijaga sepanjang masa demi memastikan fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas. Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di sidang media di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Foto oleh FADLISHAM FADZIL “Saya telah mengarahkan MSN menyelaraskan keperluan tersebut supaya atlet-atlet Para kita akan dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap kejohanan atau pertandingan peringkat antarabangsa yang mereka sertai,” kata Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh. Jumlah pegawai pengiring untuk atlet-atlet Para negara itu tertakluk kepada […]

trending_flat

Hannah Yeoh akan turun ke Dataran Merdeka beri sokongan kepada pasukan Hoki Malaysia

22 Januari 2023 - Bagi memudahkan para peminat sukan menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Sepanyol dalam Piala Dunia Hoki 2023, dua buah skin besar telah disediakan di dua buah lokasi. Lokasi-lokasi tersebut adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Perkarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga akan turut bersama-sama para peminat menyaksikan perlawanan tersebut di Dataran Merdeka. "Yang tak balik kampung, malam ini 2 lokasi BIG SCREEN untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023. Untuk memberikan sokongan kepada team Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baru Cina di Dataran Merdeka. Jom!" kata Hannah dalam satu hantaran di halaman sosial media beliau. Perlawanan tersebut akan bermula pada jam 6:45 waktu Malaysia.

trending_flat

KBS berhasrat teruskan Program Skrin Besar – Hannah Yeoh

20 Januari 2023 - Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan bahawa program “skrin besar” yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena perlawanan separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 telah berjaya menarik lebih 150,000 orang pengunjung di 60 lokasi seluruh negara. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, program yang berlangsung pada 7 Januari 2023 dihadiri 62,800 penonton di 17 lokasi tayangan manakala seramai 87,710 orang menyaksikan Separuh Akhir Kedua pada 10 Januari 2023 di 43 lokasi, termasuk 18 universiti awam. "KBS menganjurkan program ini berikutan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan Malaysia vs Thailand, tidak dapat digunakan disebabkan isu tempahan antara perlawanan bola sepak dengan konsert Jay Chou. Kedua-dua program ini mempunyai jumlah peminat yang besar dan kepentingan kedua-dua pihak perlu dijaga. Justeru, KBS telah bertindak pantas dengan mengambil inisiatif menganjurkan Program Skrin […]

trending_flat

Jurulatih Bola Tampar Yang Terlibat Dalam Insiden Menampar Pemain Dihenti Daripada Aktiviti Kejurulatihan

PUTRAJAYA, 12 Januari 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian khusus terhadap insiden jurulatih bola tampar yang menampar dua orang pemainnya semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang tular di media sosial baru-baru ini. KBS dan KPM berpendirian senada selepas Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) membatalkan lesen jurulatih itu melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplinnya. Justeru sebagai langkah awal, jurulatih sukan tersebut yang juga merupakan seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk menjadi jurulatih untuk murid sekolah. Jurulatih itu telah ditarik balik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA, bahkan belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK), seperti yang dipersetujui bersama antara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) Institut Sukan Negara dengan persatuan-persatuan sukan […]

trending_flat

Separuh Akhir AFF Malaysia vs Thailand : Skrin Besar disediakan di 14 lokasi

7 JANUARI 2023 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menyediakan Skrin Besar di 14 lokasi bagi memastikan peminat bola sopak negara menyaksikan perlawanan separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Club 2022 antara Malaysia dan Thailand pada malam ini. Hi semua, @KBSMalaysia @PerpaduanNegara akan menyediakan Skrin Besar di 14 lokasi bagi memastikan rakyat boleh menikmati aksi Malaysia melawan Thailand. Semoga sokongan padu ini akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir. Tolong RT! @StadiumMalaysia @FAM_Malaysia @ASTROARENA pic.twitter.com/ooFxXe0zQ1— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) January 6, 2023 Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti tertera di poster di bawah : Semoga sokongan padu akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir. Lagi Berita Sukan : Gaya HidupMY LNASukanSukan Separuh Akhir AFF Malaysia vs Thailand : Skrin Besar disediakan di 14 lokasi By hebahan amJanuary 7, 2023 HighlightsMY LNASukan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation