BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG
KUALA NERANG, 3 Jun - Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan bagi menyelesaikan isu dengan negeri Pulau Pinang. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah adalah berpunca daripada tuntutan caj air mentah ke atas negeri jirannya yang sudah berlarutan sekian lama. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid ditemui media "Ya saya fikir dia hanya bermula daripada bekalan air, sumber bekalan air dari Kedah yang pergi ke Pulau Pinang. "Air tu daripada hulu Kedah mengalir (melalui) Sungai Muda yang hujungnya ada sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang, itu yang jadi pertikaian yang panjang dan sudah lama. "Jadi saya fikir paling baik sekali […]