trending_flat

RM51.8 JUTA HASIL JUALAN INOVASI TEMPATAN DI JANA MELALUI SANDBOX TEKNOLOGI & INOVASI NEGARA (NTIS)

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2023 - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) telah meraikan Majlis Dua (2) Tahun Kemajuan Sandbox Teknologi & Inovasi Negara (NTIS). Dilancarkan pada tahun 2020 dan telah berjaya menyokong para inovator tempatan untuk mengkomersialkan produk, teknologi dan inovasi tempatan semalam. NTIS diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) sebagai sekretariat utama disokong oleh MIMOS Berhad, Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) dan Futurise Sdn. Bhd. “NTIS ditubuhkan selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Nasional (DSTIN) 2021-2030, seiring dengan usaha MOSTI untuk mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing, meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyatMalaysia, meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)/Pendapatan Negara Kasar (PNK), meningkatkan penyertaan, pelaburan dan kerjasama dalam penyelidikan oleh sektor swasta serta meningkatkan kadar pengkomersilan negara,”kata Menteri Sains, […]

trending_flat

Tapak Akuaponik Berteknologi Nano – Floraponic Farm Malaysia @ Manong

MANONG, PERAK, 19 Mac 2023 - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Tuan Chang Lih Kang semalam merasmikan Floraponic Farm Malaysia @ Manong (FFM @ Manong) sebuah tapak akuaponik berasaskan teknologi nano berskala besar di Manong, Perak. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan juga Pengurusan Tertinggi MOSTI. FFM @ Manong merupakan sebuah projek kerjasama akuaponik berskala besar antara NanoMalaysia Berhad (NMB), sebuah agensi di bawah MOSTI, bersama Flora Niaga Sdn Bhd (FMSS) yang telah bermula sejak tahun 2022. Projek ini merupakan salah satu inisiatif MOSTI dan NanoMalaysia untuk memastikan pemerkasaan jaminan makanan di Malaysia. Projek ini diterajui oleh NMB di bawah program REVOLUTIoNT yang memberi tumpuan kepada nanoteknologi dan pembangunan produk serta penggunaan Internet Pelbagai Benda Nano (IoNT) untuk meningkatkan penyelesaian teknologi bagi pelbagai penggunaan, termasuk dalam industri makanan […]

trending_flat

MoU dalam usaha menyokong Dasar Bioteknologi Negara 2.0

SELANGOR, 30 Januari 2023 - Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Chang Lih Kang menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) tiga pihak National Institutes of Biotechnology (NIBM), melalui Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), dengan MVP Healthcare Sdn Bhd dan Pfizer Malaysia Sdn Bhd dalam usaha menyokong Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) di bawah Teras Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan pada hari ini. Menurut MOSTI dalam satu kenyataan hari ini, pada 1 November 2021, Kerajaan Malaysia telah memberi mandat kepada NIBM-MGVI, untuk menyelaras usaha dan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&R) vaksin manusia. "Pfizer dan MVP Healthcare telah menzahirkan sokongan mereka terhadap visi kerajaan dan akan berganding bahu mengenal pasti bidang-bidang kerjasama untuk diterokai dalam pembentukan ekosistem vaksin negara seperti mana di dalam Pelan Halatuju Pembangunan Vaksin Negara ke arah mencapai aspirasi Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia. Pfizer merupakan […]

trending_flat

Teknologi AI Mampu Tangani Cabaran Jaminan Makanan

Oleh: Muhammad Arshad bin Hassni Negara kini menghadapi dua (2) cabaran semasa iaitu perubahan iklim dan jaminan makanan yang memerlukan campur tangan teknologi tinggi untuk menanganinya. Kedua-dua cabaran ini mempunyai hubung kait yang boleh mendatangkan kesan buruk yang besar jika tiada sebarang perancangan rapi jangka masa panjang dibuat. Tambahan lagi, kebergantungan sumber makanan Malaysia yang tinggi dari luar negara yang melebihi nilai RM60 bilion pada tahun 2021 boleh mendatangkan risiko yang tinggi apabila berlaku krisis ekonomi atau kesihatan seperti pandemik COVID-19 yang lalu. Cabaran semasa berkaitan perubahan iklim di Malaysia termasuk peningkatan suhu, pola hujan yang tidak menentu, dan peningkatan frekuensi dan intensiti bencana alam seperti banjir dan kekeringan menjejaskan sektor pertanian, seterusnya memberi kesan kepada jumlah hasil tanaman di pasaran. Hal ini boleh membawa kepada peningkatan harga makanan di pasaran yang akan membebankan kos sara hidup rakyat. Satu jalan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation