trending_flat

MOTAC Rai Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

SEPANG, 22 Januari 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meraikan ketibaan pelancong dari China, Vietnam, Thailand, Hong Kong dan Taipei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) bersempena dengan Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023 yang disambut semalam. Delegasi sambutan diketuai oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Dato Sri Tiong King Sing. Seramai 237 penumpang dari Fuzhou, China tiba pada jam 1.50 tengahari. Para penumpang dari penerbangan Xiamen Air (MF 0877) ini disambut dan diraikan oleh Dato Sri Tiong King Sing. Sambutan ini dimeriahkan dengan penyampaian cenderamata kepada kesemua pelancong yang tiba melalui penerbangan tersebut. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Sri Tiong King Sing. Kredit Foto UKK MOTAC Seterusnya, Dato Sri Tiong King Sing juga berkesempatan menyampaikan cenderamata kepada 186 orang penumpang yang […]

trending_flat

Lawatan Rasmi Timbalan Menteri MOTAC ke Kuala Lumpur Command And Control Centre (KlCCC)

18 Januari 2023 – YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam. YB Timbalan Menteri telah disambut oleh YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengurusan Tertinggi DBKL. Dalam lawatan ini YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat berkaitan fungsi Kuala Lumpur Command And Control Centre yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. MOTAC menyambut baik usaha-usaha yang dilaksanakan DBKL dalam menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandaraya pintar dan selamat dengan kawalan keselamatan, trafik dan inisiatif bantuan awal yang terkini dan sistematik. Bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan ‘Heart of Malaysia’ sememangnya menjadi tumpuan pelancong pada setiap masa. Dengan usaha menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah […]

trending_flat

Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri MOTAC Ke Melaka

14 Januari 2023 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YB Dato Sri Tiong King Sing mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka. Hadir sama dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha bersama pasukan kerja MOTAC, Jabatan dan Agensi di bawahnya. Antara agenda yang dirancang termasuklah lawatan ke agensi di bawah MOTAC iaitu Hotel Seri Malaysia dan Kompleks Kraftangan Malaysia yang memaparkan demonstrasi kraf, anyaman rotan, mencanting batik serta lawatan ke Galeri Jualan Karyaneka. Delegasi MOTAC yang diketuai YB Menteri ini juga turut mengadakan lawatan ke lokasi-lokasi tarikan utama pelancong iaitu Taman Seribu Bunga, Muzium Sejarah & Ethnografi, Galeri Warisan dan Tourist Information Centre (TIC). YB Menteri seterusnya mengadakan lawatan ke Jonker Walk Melaka yang mana sedikit taklimat ringkas diberikan oleh Datuk Wira Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasanya. YB Menteri turut meluangkan masa menyempurnakan perasmian Taman Warisan […]

trending_flat

[Video] Jenis-jenis pelancong oleh MOTAC

2 JANUARI 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menerbitkan satu lagi video menarik yang memaparkan jenis-jenis pelancong yang ada dan sekaligus menasihatkan kita supaya menjadi pelancong yang baik. "Setuju tak kalau kami kata terdapat pelbagai ragam pelancong yang kita boleh jumpa. Tak payah tinjau jauh-jauh, tengok perangai diri sendiri dan kawan-kawan semasa melancong pun dah macam-macam ragam kan? Tapi tidak apa, janji kita tak kacau orang betul tak? Apa-apa pun, pesanan kami jadilah pelancong yang bijak dan elakkan menjadi mangsa penipuan dan jaga keselamatan walau di mana anda berada. Hormati tempat orang dan jagalah nama baik Malaysia." kata MOTAC dalam satu hantaran di Facebook rasminya. Tabiat pelancong yang dikongsi di dalam video tersebut adalah : 1. Bawak Banyak Barang Tapi Tak Guna Pun 2. Pack Light Tapi Asyik Tinggal Barang 3. Suka Plan Trip Last Minute 4. Jenis […]

trending_flat

Video Tips Bercuti di Pantai oleh MOTAC

30 DISEMBER 2022 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menerbitkan satu video ringkas yang menarik yang menerangkan tips bercuti di pantai. Lima tips yang dikongsikan adalah seperti berikut : 1. Bawa 2 jenis sunscreen iaitu Woterproof dan Non Waterproof 2. Bawa bekas sampah 3. Bawa botol air dan minum air banyak-banyak 4. Gunakan cuka sebagai rawatan jika terkena gigitan obor-obor 5. Jangan musnahkan flaura dan fauna di pantai Saksikan video penuh tersebut di bawah :

trending_flat

MOTAC sambut baik pelantikan Timbalan Menteri yang baharu

10 Disember 2022 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengalu-alukan pelantikan Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu. Menurut MOTAC dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Khairul Firdaus yang berasal dari Sabah merupakan seorang pemimpin muda yang diyakini berupaya untuk memberikan idea yang berinovatif dan relevan dengan situasi semasa bagi merancakkan sektor pelancongan, seni dan budaya negara. "Pihak MOTAC optimis pemilihan dan pelantikan YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan akan memperkukuhkan serta melengkapkan barisan kepimpinan dan pasukan kerja MOTAC yang diterajui oleh YB Dato Sri Tiong King Sing selaku Menteri MOTAC. Seluruh warga MOTAC merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan atas pelantikan ini. MOTAC akan terus bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kelangsungan industri ini dapat terus diperkasakan." kata MOTAC.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation