KPKT memudah Tatakelola Prosedur Permohonan Pemajuan Kilang Tanaman (Plant Factory) bagi menyokong Ekosistem Industri Tanaman Keterjaminan Makanan Negara
SELANGOR, 12 September 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming telah menyempurnakan Pelancaran Garis Panduan Perancangan Kilang Tanaman ‘Plant Factory’ (GPP KiTa) di Laman Sayur MARDI bersempena MAHA 2024, Serdang, Selangor. Kredit Foto: KPKT Menurut KPKT, GPP Kilang Tanaman (GPP KiTA) itu merupakan salah satu ikhtiar dan usaha KPKT di bawah aspek tatakelola untuk menyeragam serta memudah cara proses permohonan dan kelulusan perancangan bagi menyokong `ease of doing business’ sama ada di pihak pengusaha, atau pihak berkuasa untuk melengkapi keseluruhan ekosistem industri tanaman makanan negara. Kredit Foto: KPKT “GPP KiTa telah diangkat dan dipersetujui Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri pada 20 Jun 2024 dan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-83 yang telah bersidang pada 10 September 2024. GPP ini telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan […]