trending_flat

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 - Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengagihkan RM190,000 Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH) kepada empat (4) buah masjid bagi melaksanakan inisiatif hijau pada semalam. Menurut MGTC dan YWM dalam satu kenyataan, 4 masjid yang telah berjaya bagi fasa pertama tersebut ialah Masjid Nurul Iman, Pulau Pinang dan Masjid Dato’ Klana Petra Sendeng, Negeri Sembilan bagi pemasangan sistem solar PV, Masjid Zaid bin Haritsah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi pembangunan kebun bandar lestari dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Johor bagi sistem pengumpulan dan rawatan air hujan serta pemasangan pili cekap air. "WMH merupakan sumber pendanaan bagi projek pembangunan masjid di Malaysia berasaskan teknologi hijau di samping menyebar luas kepentingan gaya hidup hijau terutamanya di kalangan ahli kariah masjid dan masyarakat setempat. Berkonsepkan pengumpulan dana awam yang […]

trending_flat

NRECC segera laksanakan titah YDPA

PUTRAJAYA, 10 Januari 2023 - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi bin Nik Ahmad memaklumkan bahawa Kementerian yang diterajuinya telah bertindak segera melaksanakan titah Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong seperti yang disiarkan di laman sesawang Malaysiakini pada 7 Januari 2023 bertajuk “King Wants Review Of Cameron Highlands Slope Developments”. Dalam satu kenyataan semalam, Nik Nazmi menjelaskan bahawa pajakan kawasan pertanian seluas 6.475 hektar berkenaan telah diberikan kepada pemaju pada 20 Ogos 2021. Katanya, pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Pahang telah menerima satu surat permohonan ulasan penilaian tapak daripada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) selepas berlakunya kejadian pertama banjir lumpur telah dilaporkan di Perumahan Pekan Kg. Raja yang melibatkan sebuah rumah pada 30 Ogos 2022. Ini diikuti oleh dua lagi kejadian tanah runtuh di kawasan yang sama pada […]

trending_flat

Krisis perubahan iklim : Setiap komitmen kerajaan akan diperhalusi

24 DISEMBER 2022 - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan bahawa beliau amatlah memahami keperluan terdesak menangani isu perubahan iklim yang ditekankan lagi akibat bencana banjir yang sudah menjadi kejadian tahunan. Justeru, Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memberi fokus sepenuhnya kepada perkara ini dan akan terus mendepani usaha untuk mencari penyelesaian kepada isu yang membelenggu masa depan Malaysia. "Pakatan Harapan (PH) sememangnya sentiasa mengutamakan isu perubahan iklim, yang terbukti bukan sahaja melalui Manifesto PH, tetapi juga dengan cadangan (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim untuk membentuk satu Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim dan Biodiversiti yang telah dibuat pada 4 Ogos 2022 ketika dia masih Ketua Pembangkang. Pembentukan sebuah Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menangani perubahan iklim juga merupakan bukti bahawa kerajaan ini sudah pun mengambil langkah segera dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation