trending_flat

PDRM akan laksanakan OP Lancar dan OP Selamat 20

KUALA LUMPUR, 15 April 2023 - OP Lancar akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 18 dan 19 April 2023 bagi memastikan kelancaran perjalanan bersempena sambutan Hari Raya Eid’l fitri 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani berkata PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan melaksanakan OP Selamat 20 bermula 20 April hingga 27 April 2023 (8 hari) bertemakan ‘rumah selamat, sampai ke destinasi’. "Fokus utama operasi ini adalah untuk memastikan aliran trafik yang lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. Juga dalam OP Selamat 20, PDRM melalui Jabatan Pjenayah dan Keselamatan Lomuniti (JPJKK) akan memfokuskan kepada pengurangan kadar jenayah harta benda seperti kes-kes pecah rumah melalui elemen kereta peronda (MPV), […]

trending_flat

PDRM berjaya tumpaskan sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian melalui serbuan yang dijalankan di dua alamat berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur pada 26 Januari 2023. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui serbuan tersebut, empat (4) individu berusia 26 hingga 45 tahun yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua (2) perempuan tempatan serta seorang perempuan pemastautin tetap telah berjaya ditahan. "Turut dirampas adalah enam (6) unit telefon bimbit, dua (2) kad ATM, satu (1) kad akses dan tujuh (7) helai salinan perbualan Whatsapp yang disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan jual beli barang kemas secara dalam talian. Melalui siasatan yang dilakukan, sindiket ini dipercayai aktif menjalankan penipuan sejak pertengahan tahun 2022. Sindiket ini mewujudkan kumpulan (group) melalui aplikasi Telegram dan Instagram bagi mengiklankan barang kemas dan seterusnya […]

trending_flat

Ketua Polis Negara tidak terlibat dengan Pelaburan AMUNDI

KUALA LUMPUR, 7 JANUARI 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa terdapat satu chat group aplikasi Whatsapp yang mempromosikan Pelaburan AMUNDI di mana terdapat satu profil Whatsapp palsu yang menyamar sebagai Ketua Polis Negara. "Dalam chat group tersebut terdapat satu profil Whatsapp yang menyamar sebagai Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara. Individu tersebut yang menggunakan nombor telefon 010-2301160 mendakwa kononnya Ketua Polis Negara turut menyertai skim pelaburan berkenaan." kata Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan media yang diedarkan pada hari ini. Jelas beliau, PDRM mengesahkan tiada sebarang penglibatan oleh Ketua Polis Negara dalam pelaburan tersebut. Katanya, laporan polis telah dibuat agar siasatan boleh dimulakan ke atas individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dan menggunakan nama Ketua Polis Negara. "Siasatan ke atas skim pelaburan berkenaan juga sedang dijalankan. PDRM menasihatkan orang awam […]

trending_flat

PDRM benteras perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2022 - Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan yang melibatkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan OP SOGA IX bermula 19 November 2022 hingga 21 Disember 2022. Hasilnya, beberapa serbuan dan tangkapan telah dibuat dan statistik berakhir pada 21 Disember 2022 adalah seperti berikut : Hasil rampasan keseluruhan meliputi: • Nilai had kredit di dalam perisian sebanyak RM22,353,866.27 dan Dollar Hong Kong 382,995.60; • Wang tunai berjumlah RM518,563.00 dan Dollar Singapura 500; • 74 unit komputer; • 47 unit komputer riba; • Empat (4) unit tablet; • 817 unit telefon bimbit; • Tiga (3) unit mesin kira-kira; • 28 unit modem; • 24 unit router; • Lapan (8) unit printer; • 386 keping sim kad; • 120 helai kertas catitan yang mempunyai catitan disyaki pertaruhan; dan • 27 keping […]

trending_flat

Hina YDPA, seorang lelaki tempatan ditahan PDRM

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 - Seorang lelaki Melayu yang berusia 33 tahun telah ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak semalam bagi membantu siasatan terhadap kenyataan berbaur penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. Menurut Setiausaha Polis Malaysia Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin, kenyataan tersebut telah dimuat naik melalui akaun facebook “As Bul”. "Turut dirampas daripada suspek adalah satu (1) unit telefon bimbit jenama Vivo serta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran. Suspek telah direman selama tiga (3) hari bermula 16 hingga 18 Disember 2022 untuk siasatan lanjut. Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan […]

trending_flat

PDRM tahan suspek miliki bahan pornografi kanak-kanak

15 Disember 2022 -  Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di Klang, Selangor pada 13 Disember lepas kerana memiliki  sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam computer suspek tersebut. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini, siasatan mendapati suspek turut berkomunikasi dengan mangsa kanak-kanak di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dengan menggunakan media sosial. "Sehubungan itu, rampasan telah dilakukan ke atas komputer, external hard disk, router dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut. Kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat PDRM dengan Federal Bureau Of Investigation (FBI). Suspek kini direman selama empat (4) hari bermula 14 Disember 2022 hingga 17 Disember 2022. Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Setakat […]

trending_flat

Video tular perhimpunan 8 Disember adalah video lama

3 Disember 2022 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani memaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran sebuah video berdurasi 2 minit 20 saat di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki memberikan ucapan berbaur perkauman di sebuah premis tertutup. Dalam ucapannya, lelaki berkenaan menyatakan sebuah perhimpunan akan diadakan pada "8 Disember". "Semakan mendapati video berkenaan adalah video yang dirakam pada tahun 2018 semasa isuInternational Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination (ICERD) sedang diperkatakan. perhimpunan yang dimaksudkan adalah perhimpunan anti-icerd yang berlangsung pada 8 Disember 2018 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Video tersebut telah ditularkan kembali oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan membangkitkan kegusaran awam dan kekeliruan, seolah-olah terdapat perhimpunan yang akan dianjurkan pada 8 Disember 2022." jelas Acryl Sani dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, sehingga kini, tiada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation