trending_flat

Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Kepada Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah

KOTA KINABALU, 29 DISEMBER 2022 – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Timbalan Ketua Menteri ll Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan, di pejabat beliau di Wisma Pertanian hari ini. Pertemuan ini membincangkan potensi terpendam Sabah sebagai penyumbang besar bagi memastikan bekalan makanan negara terus terjamin dan peranan yang dapat dimainkan MAFS bagi membantu Kerajaan Sabah memenuhi potensi tersebut. Chan berkata, “Sabah adalah bumi bertuah yang dikurniakan tanah yang luas dan subur, selain kawasan perairan yang luas, menjadikan wilayah ini sebagai salah satu penggerak penting dalam menampung bekalan dalam negara. Penggunaan teknologi terkini, termasuk kaedah-kaedah pertanian moden akan menjadi tumpuan dalam jangka masa sederhana bagi meningkatkan produktiviti masyarakat tani.” Beliau turut berharap Kementerian Pertanian dan Perikanan serta Jabatan dan Agensi berkaitan pertanian di Sabah […]

trending_flat

Lawatan Suai Kenal RESPA Selangor ke IPD Kajang

KAJANG, 28 DISEMBER 2022 - Semalam antara jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang seramai 12 orang terdiri ahli Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Selangor yang diketuai Timbalan Pengerusi, Tuan Abdul Hakim telah membuat kunjungan suai kenal ke IPD Kajang. Turut hadir bersama adalah kempimpinan RESPA Pusat, Dato Hj. Farid dan Datuk Setia Hj. Mohd Isa. Kredit Foto REDZUAN ZIN "Dalam ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt Nasir mengalu-ngalukan kunjungan ini dan secara langsungnya berupaya mengeratkan hubungan kedua- dua belah pihak untuk kebaikan bersama. Menurutnya, pada masa ini seramai 1, 173 Pesara Polis yang menetap di Daerah ini yang mana seramai 236 orang terdiri bekas Pegawai Kanan Polis." kata RESPA Selangor dalam satu kenyataan media semalam. Manakala, ucapan balas Timbalan Pengerusi, memaklumkan kunjungan tersebut adalah sebahagian program berjadual Persatuan […]

trending_flat

KEPUTUSAN ANALISIS ISOTOPE RATIO MASS SPECTROMETRY (IRMS) BAGI ATLET ANGKAT BERAT TEMASYA SUKMA XX MSN 2022

28 DISEMBER 2022 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah menerima pengesahan keputusan dari Makmal Anti-Doping, Doha, Qatar (ADLQ) bagi analisis dua (2) sampel atlet angkat berat SUKMA XX, MSN 2022 yang didapati positif. "Berikutan keputusan ini, satu analisa susulan telah dijalankan oleh Isotope Ratio Mass Spectrometry (IRMS) juga mengesahkan bahawa penggunaan pelbagai hormon telah menjejaskan profil steroid yang tertera di dalam Athlete Biological Passport (ABP) atlet berkenaan. Keputusan IRMS ini juga telah dirujuk kepada kumpulan pakar IRMS WADA yang mengesahkan penemuan bahan terlarang dalam kedua-dua sampel berkenaan iaitu dalam kelas S1.1 Anabolic Androgenic Steroids (AAS)." kata KBS. Justeru, kepada yang terlibat, pihak ADAMAS akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan kepada ADAMAS Anti-Doping Rules 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM).

trending_flat

Menteri KPKT terima kunjungan hormat Datuk Bandar KL

PUTRAJAYA, 28 DISEMBER 2022 - Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (KM) menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah di pejabat beliau semalam. Menurut KM dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, KPKT sebagai pihak berkuasa negeri yang bertanggungjawab ke atas PBT termasuk DBKL, mengalu-alukan kedatangan rombongan beliau dan menghargai usaha gigih DBKL utk terus membangunkan ibu kota. "Kami berbincang secara konstruktif tentang bagaimana ibu kota negara Kuala Lumpur dapat terus menjadi kebanggaan warga kota secara khas dan rakyat Malaysia secara umumnya." kata KM. Antara 5 perkara yang saya bangkitkan kepada Datuk Bandar KL termasuk : 1. Mesyuarat Tetap Bulanan di antara Datuk Bandar dan Ahli-ahli Parlimen "Wakil rakyat adalah jambatan penghubung antara agensi kerajaan dan rakyat marhaen. Amatlah penting Datuk Bandar dan pihak pengurusan tertinggi DBKL mendengar dan berbincang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation