trending_flat

DATUK ZAHID MULAKAN TUGAS SEBAGAI MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

PUTRAJAYA, 5 Disember 2022 –Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, (KKDW) tiba di bangunan Kementerian di sini, bagi memulakan tugas pada hari pertama. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba pada pukul 12:15 tengahari dengan disambut Ketua Setiausaha KKDW Datuk Ramlan Harun bersama pihak pengurusan tertinggi dan agensi di lobi bangunan Kementerian. Datuk Ahmad Zahid kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini. Beliau seterusnya menandatangani buku Selamat Datang dan Selamat Bertugas di pejabatnya dan menghadiri sesi taklimat kementerian.

trending_flat

TINJAUAN MENGEJUT HARGA BARANG DAN BEKALAN DI HYPERMARKET NSK KUCHAI LAMA, KUALA LUMPUR.

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2022- Hari ini setelah clock-in dan majlis serah tugas, Datuk Seri Salahuddin Ayub terus membuat keputusan untuk melawat sebuah hypermarket di NSK Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Tujuan walkabout hari ini adalah untuk meninjau keberadaan bekalan dan harga barangan terpilih di pasaran. Semasa lawatan tersebut, didapati keberadaan barang keperluan mencukupi dan stabil. Barangan seperti telur mendapat permintaan yang tinggi semasa tinjauan dilakukan. Pengguna diseru untuk bersama-sama kerajaan untuk tidak membuat pembelian panik dalam memastikan bekalan barangan keperluan stabil di pasaran dan tiada unsur pencatutan (profiteering) dalam penentuan harga. Pengguna juga diminta menjadi mata dan telinga kerajaan dengan membuat aduan yang lengkap menggunakan pelbagai saluran aduan yang telah disediakan. Turut hadir, Datuk Azman Mohd Yusof- Ketua Setiausaha KPDNKSH, Datuk Roziah Abudin-Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Datin Roszanina Wahab-Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna), Tuan Azman bin Adam-Ketua […]

trending_flat

UNIVERSITI MALAYA MERAIKAN 7,863 GRADUAN DALAM ISTIADAT KONVOKESYEN KE-62

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2022 : Universiti Malaya pada tahun ini meraikan 7,863 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-62 dalam 15 sidang bermula 5 Disember hingga 12 Disember 2022. Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 yang berlangsung pada hari ini telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya. Antara aktiviti-aktiviti istimewa yang telah berlangsung pada hari pertama Istiadat Konvokesyen adalah pengurniaan gelaran Ijazah Kehormat kepada tokoh sejarawan negara, Profesor Dato’ Wang Gungwu, pengurniaan gelaran Profesor Emeritus kepada Profesor Dr. Saedah Siraj, pengurniaan Anugerah Pelajaran DiRaja kepada dua orang penerima dan pengurniaan Ijazah Kedoktoran kepada 479 orang graduan dari pelbagai fakulti/akademi/pusat/institut. Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor dalam ucapannya berkata, Istiadat kali ini akan menganugerahkan ijazah dan […]

trending_flat

ABIM RAKAM UCAPAN TAHNIAH BUAT MENTERI PENDIDIKAN BAHARU, PERINCI ASPIRASI PENDIDIKAN UNTUK MASA DEPAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan tahniah buat YB Puan Fadhlina Siddiq atas taklifan sebagai Menteri Pendidikan kepada kerajaan Perpaduan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim. ABIM meyakini kewibawaan dan pengalaman yang dimiliki menjadi tonggak untuk beliau memimpin kementerian pendidikan ke arah kecemerlangan. Dalam memenuhi misi tersebut, ABIM ingin perinci lima perkara pokok isu pendidikan yang harus dititikberatkan. Pertama, isu keciciran pembelajaran yang harus diangkat sebagai isu utama. Justeru ia memerlukan pengukuhan 3M pada peringkat tahap 1. Kedua Dasar Pendidikan Digital perlu disegerakan bagi mempercepat adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan. Ketiga sekolah daif yang merupakan isu berpanjangan dan perlu penyelesaian kreatif dan drastik bagi kesaksamaan pendidikan. Keempat hala tuju pendidikan perlu dijajarkan semula bagi memaknakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Negara yang dilihat semakin dilupakan akibat pembelajaran berorientasikan peperikasaan masih menebal dalam masyarakat. […]

trending_flat

Tiong King Sing diharap dapat rancakkan usaha perkasakan kembali industri pelancongan negara

PUTRAJAYA. 3 Disember 2022 - Pelantikan Dato Sri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan dipercayai dapat merealisasikan segala perancangan yang telah digariskan dalam memperkasakan keseluruhan rantaian sektor pelancongan untuk tahun-tahun kehadapan akan dapat dicapai. Kata Kementerian Pelancongan dalam satu kenyataan yang diedarkan hari, Tiong King Sing yang sebelum ini pernah dilantik sebagai Duta Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri ke China pada tahun 2020 diharap dapat bersama dalam merancakkan usaha ke arah memperkasakan kembali industri pelancongan negara pasca pandemik Covid-19. "Pihak kementerian yakin pemilihan dan pelantikan YB Dato Sri Tiong King Sing ini akan memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan dan pasukan kerja kementerian. Bersandarkan sokongan para pemegang taruh serta pemain industri, pihak kementerian akan terus komited bagi membangunkan sektor ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals)." kata Kementerian Pelancongan. Lagi Berita AM : AMMY LNA Tiong King Sing diharap […]

trending_flat

Video tular perhimpunan 8 Disember adalah video lama

3 Disember 2022 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani memaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran sebuah video berdurasi 2 minit 20 saat di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki memberikan ucapan berbaur perkauman di sebuah premis tertutup. Dalam ucapannya, lelaki berkenaan menyatakan sebuah perhimpunan akan diadakan pada "8 Disember". "Semakan mendapati video berkenaan adalah video yang dirakam pada tahun 2018 semasa isuInternational Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination (ICERD) sedang diperkatakan. perhimpunan yang dimaksudkan adalah perhimpunan anti-icerd yang berlangsung pada 8 Disember 2018 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Video tersebut telah ditularkan kembali oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan membangkitkan kegusaran awam dan kekeliruan, seolah-olah terdapat perhimpunan yang akan dianjurkan pada 8 Disember 2022." jelas Acryl Sani dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, sehingga kini, tiada […]

trending_flat

Lewré Bespoke Mempersembahkan Hasil Kraft Buatan Tangan Koleksi ‘Garden Of Eden’ Di Hadapan Sultanah Kalsom & Dato’ Suriani

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER - Lewré Bespoke mempersembahkan penampilan pertama koleksi kasut baharunya yang indah ‘Garden of Eden’ di hadapan Y.A.M Sultanah Hajjah Kalsom Binti Abdullah, Mantan Permaisuri Sultanah Pahang & Penaung Lewré Bespoke dan YBhg. Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) pada majlis pelancaran kedai flagship pertama Lewré Bespoke- sebuah galeri seluas 3,600 kaki persegi yang disediakan untuk pengguna dengan kemudahan yang tinggi, mewah dan akan memberikan pengalaman membeli belah yang lain daripada yang lain. Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Lewré Bespoke telah memikat tetamu dengan memperkenalkan buat kali pertama, koleksi kasut baharunya yang indah, 'Garden of Eden' yang diilhamkan oleh kisah alkitabiah dari the book of Genesis, yang menggunakan estetika bunga dan haiwan. Koleksi kasut ini menampilkan 18 reka bentuk versatil, yang mampu menawan semua orang dengan palet yang komprehensif. Daripada rona […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation