trending_flat

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 akan dilaksanakan selama 5 hari

PUTRAJAYA, 20 Disember 2022 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa menjelang sambutan Krismas pada 25 Disember yang akan datang, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember 2022. Menurut Salahuddin menerusi satu kenyataan pada hari ini, tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan. Katanya, pada masa yang sama, ayam dan telur ayam sedang dikawal harganya di bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur ayam. Sebanyak 11 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2022. Senarai barangan bagi skim tersebut adalah seperti infografik di bawah : "Tempoh pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat […]

trending_flat

Henti tular video 3 beradik maut di Kelantan

CYBERJAYA 19 Disember 2022 - Orang ramai untuk henti menularkan video tiga (3) beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan pada pagi ini bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga mangsa serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut berkata bahawa langkahproaktif telah diambil bagi mengangkat perkara ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada penyedia platform seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usaha mengekang penularan video yang berkaitan. "Orang awam digalakkan untuk sentiasa mengawal selia kendiri dan peka tentang kandungan yang mereka terima atau di kongsi secara dalam talian, sama ada melalui aplikasi Whatsapp ataupun rakaman video di media sosial. Bagi menghentikan penularan video seperti tersebut, pengguna media sosial juga digalakkan untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan yang sensitif dan […]

trending_flat

PBT DIGESA LIPAT GANDA SELENGGARA PARIT DAN PEMBERSIHAN UNTUK MENEBAT BANJIR KILAT KETIKA MONSUN TIMUR LAUT

PUTRAJAYA, 19 Disember 2022 - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara hari ini untuk melipat gandakan usaha menyelenggara sistem perparitan bagi menebat banjir kilat ketika Monsun Timur Laut (MTL) melanda. Menteri KPKT YB Tuan Nga Kor Ming (KM) berkata, "Demi kesejahteraan rakyat, tindakan proaktif ini dapat mengurangkan risiko banjir dengan lebih berkesan.” "Semua PBT digesa untuk memastikan anggota, fasiliti, peralatan dan jentera mereka sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.” "Saya juga menggesa PBT memantau dan memastikan pemaju projek pembangunan supaya sentiasa menyelenggara parit, longkang, sistem pembetungan dan kolam takungan serta menjaga kebersihan kawasan pembangunan di bawah kawalan masingmasing, " kata YB KM lagi. Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), luruan kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku hingga 21 Disember 2022 ini akan memberi impak di kawasan berisiko tinggi termasuk banjir […]

trending_flat

ABIM gesa satu usul khas tergempar berkenaan bencana banjir di Kelantan dan Terengganu dibentangkan di Parlimen hari ini

19 DISEMBER 2022 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa supaya satu usul khas tergempar berkenaan bencana banjir di Kelantan dan Terengganu yang semakin membimbangkan dibentangkan di Sidang Parlimen hari ini. Menurut Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam, perbahasan tersebut perlu turut meliputi kesiapsiagaan jentera kerajaan mendepani banjir, serta penyelarasan bantuan dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir, dan lebih utama perancangan dalam menangani impak perubahan iklim. "Selain usul undi percaya kepada Perdana Menteri serta usul rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, ABIM menggesa supaya satu usul khas tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18, Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dibentangkan berkenaan bencana banjir untuk dibincangkan bersama oleh seluruh anggota Dewan Rakyat. Dalam mendepani situasi bencana hari ini, ABIM turut menggesa seluruh pihak khususnya ahli politik untuk mengenepikan kepentingan politik kepartian, sebaliknya bersama-sama membantu menstabilkan situasi politik semasa serta […]

trending_flat

Amaran Hujan Berterusan (BAHAYA) sehingga 21 Disember 2022 di Kelantan dan Terengganu

18 Disember 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada tengah hari tadi mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (BAHAYA) berkuatkuasa sehingga 21 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut: i) Kelantan; danii) Terengganu Turut dikeluarkan adalah Amaran Hujan Berterusan (BURUK) berkuatkuasa sehingga 21 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut: i) Perlisii) Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling);iii) Perak (Hulu Perak); daniv) Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) Manakala Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuatkuasa sehingga 21 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut: i) Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu);ii) Pulau Pinang;iii) Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar);iv) Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)

trending_flat

Perjanjian Persefahaman Kerjasama pastikan kestabilan politik negara berada dalam tahap terbaik dan kukuh – Ahmad Zahid

17 Disember 2022 - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk membentuk kerajaan gabungan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah suatu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara berada dalam tahap terbaik dan kukuh, maka fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan. Katanya dalam satu catatan di Facebook rasmi beliau hari ini, fokus ekonomi perlu diberikan perhatian segera lebih-lebih lagi persediaan negara mendepani suasana ekonomi yang lembap. "Malah Bank Dunia menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di negara-negara seluruh dunia akan membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023. Implikasinya adalah tahap permintaan akan berkurangan akibat kadar faedah yang tinggi yang seterusnya merencatkan ekonomi dunia. Terdapat juga kemungkinan Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia akan terjerumus dalam masalah ekonomi dan ini memberikan kesan langsung yang tidak baik kepada dunia. […]

trending_flat

RIDE BERSEKUTU VOL 5 2022

PUNCAK ALAM, 17 DISEMBER 2022 – Gabungan Kelab-Kelab Permotoran Malaysia telah menganjurkan program Ride Bersekutu Vol 5 2022 (RBV5 2022) pada 17 hingga 18 Disember 2022 bermula dari Puncak Alam Driving Range ke Seberang Prai, Pulau Pinang. RBV5 2022 ini merupakan rentetan daripada program pertama yang telah dianjurkan iaitu Ride Bersekutu Dua Tahun pada 2016-2017. Tujuan utama penganjuran RBV5 2022 ini dianjurkan adalah bagi mempromosikan kempen keselamatan jalan raya di samping meningkatkan kesedaran mengenai semangat kesukarelawan dan mengeratkan silaturahim antara kelab-kelab permotoran di Malaysia. Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), Tan Sri Rozali Ismail merupakan Penaung dan Penasihat Gabungan Kelab-Kelab Permotoran Malaysia merangkap Penaung RBV5 2022. Penaja utama bagi program ini adalah Puncak Niaga Holdings Berhad. Program ini terhasil dengan mendapat kerjasama padu daripada Kelab Storm Rider, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation