trending_flat

Anwar akan pastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Bank Negara Malaysia (BNM) semalam untuk mendengar taklimat mengenai prospek, tantangan serta tumpuan dasar ekonomi negara saat ini. Beliau turut diiringi oleh kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan. "Saya dimaklumkan mengenai keadaan ekonomi negara yang kembali mengukuh pasca COVID-19. Namun, kerajaan mesti memikirkan cabaran semasa kepada ekonomi negara dengan mengambilkira risiko-risiko seperti pertumbuhan global yang lembab, konflik dan masalah geopolitik di peringkat antarabangsa yang terus memburuk serta gangguan kepada rantaian bekalan makanan. Kerajaan akan bertindak segera dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendepani permasalahan ini." kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau. Tambah beliau, usaha dan upayanya adalah memastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan dengan teratur bagi merancakkan pertumbuhan serta […]

trending_flat

Sistem D-Media JaPen beri kemudahan kepada pengamal media

PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Sistem D-Media yang berperanan sebagai hab tunggal bagi informasi digital yang mesra pengguna, interaktif dan terkini kepada pengamal media di Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 12 Disember 2022 (Isnin). Menurut JAPEN dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, sistem tersebut meliputi penyampaian maklumat secara digital sepenuhnya kepada pihak media seperti Nota Kepada Pengarang, Siaran Media, Kenyataan Media dan Pusat Media yang dimuat naik oleh kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan. "Pembangunan sistem ini juga selari dengan perkembangan kemajuan komunikasi digital seterusnya sebagai satu kemudahan kepada pengamal media dalam menerima maklumat dengan lebih pantas dan semasa. Sistem D-Media boleh diakses oleh pengamal media dan juga orang awam melalui pautan https://dmedia.penerangan.gov.my/. Ini merupakan perkhidmatan penyampaian maklumat yang ditawarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan bagi memudahkan pengurusan makluman […]

trending_flat

MEMBINA BUDAYA INOVASI WARGA KKDW

PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 - Dalam usaha menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga kerja, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganjurkan Hari Inovasi 2022 sebagai menghargai inisiatif Agensi, Bahagian dan Unit di bawah KKDW mentransformasikan perkhidmatan awam untuk merealisasikan agenda pembangunan luar bandar. Menurut Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun, kepelbagaian produk inovasi membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan untuk manfaat kepada masyarakat. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis berkenaan di bangunan kementerian tengahari semalam. Tujuh kategori anugerah kualiti dan inovasi dipertandingkan dalam kalangan KKDW dan agensi dibawahnya iaitu; 1. ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM KATEGORI PENGURUSAN Tempat pertama diraih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan inovasi membangunkan Sistem E-Perjalanan yang mempercepatkan urusan permohonan warga KEDA yang terlibat dengan urusan luar kerja. Tempat kedua Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui SISTEM PEROLEHAN yang direka untuk memudahkan proses perolehan dan menjimatkan penggunaan […]

trending_flat

ALAMANDA MEMBAWAKAN KERIANGAN KRISMAS KEPADA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK

PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 – Sempena sambutan perayaan Hari Krismas, Pusat Membeli belah Alamanda (Alamanda) meraikan keceriaan perayaan bersama kanak- kanak dari Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai, Selangor. Pada 14 Disember 2022, sekumpulan kanak kanak serta belia berumur di antara 3 dan 18 tahun telah diraikan dengan sambutan perayaan yang cukup bermakna di Alamanda. Mereka telah disantuni oleh pihak pengurusan setibanya mereka di perkarangan Alamanda. Untuk memeriahkan lagi majlis tersebut, kanak-kanak kecil telah dibawa menaiki tunggangan permainan di dalam pusat membeli belah sebelum dibawa ke Centre Court untuk menyaksikan persembahan silap mata. Sejurus selesai persembahan tersebut, mereka kemudiannya dihadiahkan dengan hadiah Krismas oleh Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong. Acara itu menjadi lebih bermakna lagi apabila rakan niaga yang lain turut menyumbang snek dan barangan lain kepada kanak-kanak ini. Sebelum majlis selesai, mereka disajikan dengan makan tengahari yang istimewa di Secret […]

trending_flat

Fadillah rasmikan Majlis Konvokesyen Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC) Ke-8

PUTRAJAYA 15 Disember 2022 - Majlis Konvokesyen Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC) Ke-8 yang berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya hari ini telah selamat disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof. Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam satu kenyataan hari ini, majlis tersebut dianjurkan bersama oleh IMPAC dan enam (6) agensi KPK iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Kata KPK, sesi kali ini melibatkan 584 graduan meliputi 360 graduan daripada program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), manakala selebihnya adalah dari program latihan kemahiran kelolaan IMPAC dan agensi pelaksana. "Sehingga September 2022, IMPAC telah melahirkan seramai 80,290 pelatih melalui pusat-pusat latihan di bawah enam agensi Kementerian atau pada […]

trending_flat

PDRM tahan suspek miliki bahan pornografi kanak-kanak

15 Disember 2022 -  Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di Klang, Selangor pada 13 Disember lepas kerana memiliki  sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam computer suspek tersebut. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini, siasatan mendapati suspek turut berkomunikasi dengan mangsa kanak-kanak di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dengan menggunakan media sosial. "Sehubungan itu, rampasan telah dilakukan ke atas komputer, external hard disk, router dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut. Kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat PDRM dengan Federal Bureau Of Investigation (FBI). Suspek kini direman selama empat (4) hari bermula 14 Disember 2022 hingga 17 Disember 2022. Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Setakat […]

trending_flat

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ketuai delegasi negara di CBD COP15

PUTRAJAYA, 14 Disember 2022 - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Bin Nik Ahmad memaklumkan bahawa Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, selaku national focal point kepada Convention on Biological Diversity (CBD) sedang mengetuai delegasi negara di The Fifteenth Conference of the Parties to the CBD (CBD COP15) bermula pada 7 Disember hingga 19 Disember 2022 di Montreal, Kanada. Katanya dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, CBD merupakan sebuah multilateral environmental agreement (MEA) yang dianggotai oleh 196 negara ahli dan mempunyai 3 matlamat utama iaitu konservasi biodiversiti, penggunaan komponennya secara mampan, dan perkongsian faedah daripada sumber genetik secara adil dan saksama. "COP diadakan setiap 2 tahun untuk merundingkan dokumen dasar dan teknikal berhubung biodiversiti di peringkat antarabangsa. COP15 adalah sangat penting kerana ia akan memuktamadkan Pelan Tindakan Strategik Biodiversiti […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation