trending_flat

TPM NAFI TERLIBAT PELABURAN PATUH SYARIAH

16 Januari 2023 - YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof menafikan terbabit dalam pelaburan patuh syariah seperti poster yang tular di media sosial. Beliau menjelaskan bahawa poster tersebut adalah palsu dan menegaskan bahawa dirinya tidak terlibat dengan pelaburan tersebut di samping tidak pernah memberikan keizinan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambarnya bagi tujuan berkenaan. Poster palsu yang sama juga pernah disebarkan melalui media sosial sebelum ini dan laporan polis telah dibuat pada 3 September 2022 berhubung penyebaran poster tersebut. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan mempercayai maklumat yang tidak pasti kesahihannya sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

trending_flat

Menteri KPKT Dianugerah Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 JANUARI 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Majlis penganugerahan pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid bertempat di Dewan Sutera, Ibu JBPM, Putrajaya. Hadir sama pada majlis ini, Muhammad Razman bin Abu Samah,Timbalan Ketua Setiausahan (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. YB KM kemudian mengambil tabik hormat dan melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan yang terdiri daripada dua pegawai dan 99 anggota lain-lain pangkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diketuai Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Firdaus Khan bin Anwat Khan di perkarangan ibu pejabat diikuti sesi taklimat organisasi JBPM. YB KM yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan dilantik menganggotai Jemaah Menteri […]

trending_flat

Pembayaran STR Fasa 1 mulai Selasa

16 JANUARI 2023 - Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa program bantuan tunai untuk B40 iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini, pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti berikut: "Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023." kata Anwar. Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari […]

trending_flat

Gempa bumi kuat berlaku di Utara Sumatera. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

16 JANUARI 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul  6:30 pagi tadi. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:30 pagi, 16 Januari 2023Koordinat: 1.8° Utara 97.8° TimurLokasi: Utara Sumatera, IndonesiaMagnitud: 6.3Jarak: 64km Utara dari Nias,IndonesiaKedalaman: 60 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Geran Anugerah Merdeka Untuk Penempatan Antarabangsa Edisi Ke-9 Dibuka Untuk Permohonan

Rakyat Malaysia Di Bawah Umur 35 Diseru Rebut Peluang 3 Bulan Di Luar Negara KUALA LUMPUR, 14 JANUARI 2023 - Anak Malaysia yang pintar, berazam dan berbakat berumur antara 22 dan 35 tahun dijemput untuk memohon penempatan jangka pendek di mana-mana universiti, institusi dan organisasi terkemuka di peringkat global, melalui geran yang ditawarkan oleh Merdeka Award Trust. Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa, yang ditawarkan setiap dua tahun sekali, kini dibuka untuk permohonan sehingga 1 Mei 2023. Penerima terpilih akan dianugerahkan dengan yuran pengajian penuh, serta penginapan dan perjalanan yang ditanggung sepenuhnya sepanjang tempoh penempatan jangka pendek sehingga tiga bulan, selepas diterima oleh institusi pilihan. Kerina Fauzi, Setiausaha Lembaga Pemegang  Amanah Merdeka Award Trust berkata, “Melalui Geran ini, rakyat Malaysia di bawah umur 35 yang cemerlang, berbakat dan menjiwai semangat Merdeka dapat merebut peluang sekali dalam seumur hidup untuk menjalin […]

trending_flat

Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA, 15 Januari 2023 – Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama 27 Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dan 10 Pegawai Kanan Kerajaan telah menghadiri program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Program dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan. Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, program permukiman ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera Kerajaan. Aspek-aspek ini merangkumi Struktur Kerajaan dan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan, Persidangan Antarabangsa dan Kepentingan Negara, Protokol Kerajaan dan Profesionalisme, Pembangunan Lestari, Senario Ekonomi dan Cabaran, serta taklimat berkaitan Komunikasi Media. YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation